Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

“Cikgu masih ingat saya lagi tak?”

Gurunya menjawab: “Tidak.”

Murid itu hairan dan bertanya lagi, “Eh, cikgu tak ingat saya?”

“Sayalah… murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

“Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

“Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya “pencuri” dan hidup saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

“Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

“Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

“Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

“Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

“Cikgu masih ingat lagi saya tak?”

“Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?

Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya selama2nya.

Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:

“Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya.”

“Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid sebab saya sangat mencintai murid-murid saya. “

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:

Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber Facebook: Ustaz Hanafi

28/11/2023

INGIN BERJAYA ONTIME? ONTIME

Dalam membina kejayaan, ada satu perkara penting yang menjadi petanda besar: ‘ontime’. Ini diajarkan dalam solat dan dalam sistem alam. 

Apakah petanda seseorang itu ‘ontime’ dalam berjaya? Apabila berjanji atau bermuamalah dengan manusia lain untuk berjaya, beliau akan ‘ontime’ dan minta maaf jika tidak ‘ontime’. 

Jika selalu menggunakan kaedah ‘anytime’ atau ‘if i have a time’, kejayaan yang ingin disinergikan dengan orang lain juga akan berjaya kalau ada ‘anytime’ atau ‘if i have a time’.

Disiplin ‘ontime’ dengan orang yang ingin kita bekerjasama amat penting kerana itu sebagai ‘ujian awal’ kita layak bekerjasama untuk berjaya membina legasi.

#SystemSolat

#BuildYourLegacy

Sumber Telegram:

Nota Fazrul Ismail.

Sedarilah bahawa setiap hari yang berlalu menyebabkan usia kita semakin bertambah diiringi dengan dekatnya kita kepada tarikh kematian. Hakikatnya manusia akan benar-benar bangun dari lena dan khayalan kehidupannya apabila kematian sampai pada dirinya.

Semoga dengan pertambahan usia kita, ia akan diusuli dengan

~ Bertambah amal kita,
~ Bertambah kebaikan kita
~ Bertambah taqwa kita
~ Bertambah sabar kita
~ Bertambah kesedaran kita

BUKAN
~ Bertambah dosa kita
~ Bertambah malas kita
~ Bertambah buruk prasangka
~ Bertambah sibuk dengan urusan dunia
~ Bertambah mengarut hidup kita
~ Bertambah buruk akhlak kita
~ Bertambah buruk ucapan serta penulisan kita

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook:

Muhamad Rizal Johari

29/11/2023

~MRJ

ALLAH tahu segala kesedihan, kelelahan dan kesulitan yang kita pendam dalam diri kita.

ALLAH tahu. Bukan ALLAH tak tahu.

Maka janganlah kita menjadi sepertinya orang yang merajuk dengan ALLAH. Janganlah kita menjadi sepertinya orang yang berjauh hati dengan ALLAH. ALLAH tahu segala apa yang kita hadapi.

Ketahuilah sesungguhnya…

DIA merindui kita.
DIA menyayangi kita.
DIA bersama-sama kita.

Cukuplah dengan kita tahu bahawa ALLAH tahu segala kesedihan, kesakitan, kelelahan dan segala kesulitan yang kita pendam dalam diri kita.

Maka bersabar dan bertawakkallah kerana ALLAH SWT ada bersama kita. DIA tidak akan meninggalkan kita bahkan ALLAH tahu kita akan mampu menempuhi segala ujian. Malah ALLAH tidak akan menguji seseorang hamba itu melebihi kemampuannya.

…….

“Kenapa ALLAH uji aku macam ni? Kenapa ALLAH tak uji jiran sebelah tu macam tu?”

Kita sering bertanya kepada ALLAH, mengapa DIA menguji kita dengan ujian seperti ini?

Bersangka baiklah dengan ALLAH.

Jika kita rasa ujian kita lebih berat daripada ujian orang lain, yakinlah ALLAH tahu kita lebih mampu menghadapi ujian itu berbanding yang lain.

Justeru tidak usah bertanya,

“Mengapa diri ini sering diuji?”

Tetapi yakinlah ia tanda kita mampu akan cabaran ini.

……..

Ramaikan kawan. Penuhkan jiwa dengan kasih sayang. Orang baik dan orang tak baik, semua adalah ujian buat kita.

Dari orang baik, kita belajar tak kebaikan daripada mereka?

Dari orang tak baik, orang yang dibenci orang, yang orang pulaukan dia, cuba belajar.

“Eiiii… Takutnya. Keluarga dia sendiri buang dia.”

Sebelum kita marah-marah keluarga dia buang dia, kita kena tengok dan siasat dulu. Kita kena cari tahu pasal apa keluarga dia buang dia?

“Oooo.. patutlah. Rupanya dia ada masalah begini.”

Kita akan dapat jawapan.

Bukan untuk bersangka buruk tapi untuk menjadi pelajaran kepada diri kita sendiri. Supaya kita ingatkan pada diri sendiri dan ingatkan pada anak-anak supaya jangan buat macam apa yang dia buat.

“Tengok dia. Kesian dia. Kenapa dia jadi macam tu? Sebab dia jahat pada diri dia sendiri. ALLAH tak bagi menipu. Bila mak ayah dia dah tahu dia banyak menipu, mak ayah dia sendiri buang dia dari keluarga.”

Kita jangan cepat nak menyalah-nyalahkan orang jika kita tak tahu cerita sebenar. Jangan main terjah kisah rumahtangga orang jika kita tak tahu apa kisah di sebaliknya.

…….

Bagaimana sikap anda ketika diuji?

Anda diuji, anda makin tutup pintu.
Orang whatsapp, tak nak jawab.
Orang telefon, tak nak angkat.
Dulu pergi masjid, sekarang masjid pun dah tak pergi.
Jumpa orang pun dah tak nak.
Lari dari jumpa orang.

Bila diuji , dia marah ALLAH,

“Aku dah elok-elok happy dengan kawan-kawan aku. Kenapa KAU matikan kawan baik aku? Kenapa??? Kenapa??? Kenapa??? Aku dah tak boleh lagi pergi masjid sebab kawan baik aku yang bawak aku pergi masjid tu dah mati.. dah tak boleh bawak aku pergi masjid dah.”

Anda merajuk dengan siapa sedangkan ujian itu ALLAH yang bagi?

“Dulu dia hadir majlis ilmu. Tapi sekarang sejak dia diuji begitu, dia tak nak datang majlis ilmu. Tak tahulah, dia macam down sangat.”

Sepatutnya apa yang mesti anda lakukan????

Lagi down, lagi anda kena bangkit!
Lagi down, lagi anda kena jumpa orang!
Lagi menangis di hati, lagi banyak anda kena bagi senyuman kepada orang!

Inilah cara anda sedang berdakwah!

Belajarlah dari semua orang yang anda jumpa. Terus bangkit. Terus berikan kegembiraan dan kebahagiaan. Secara diam anda sedang berdakwah.

…….

Ujian ini satu peringatan buat diri supaya kita lebih dekat dengan Pemilik Alam Semesta.

ALLAH merindui kita. Sebab itu ALLAH bagi ‘surprise’ yang berbentuk ujian itu pada kita. ALLAH beri ujian yang berat dan keras agar kita sedar jika selama ini kita sudah jauh daripada-NYA. Agar kita kembali mendekatkan diri kepada-NYA.

Cuba jujur pada diri sendiri.

Dulu ketika kita buat dosa, kita rasa ALLAH tu jauh dengan kita. Kan?

Lalu datang ujian menyebabkan kita balik mencari ALLAH. Kita belajar mengaji balik. Kita cari agama.

Subhanallah.

Bukankah kita sepatutnya berterima kasih kepada ujian?

Dan bukankah nanti di dalam Syurga, penghuni Syurga berterima kasih dengan ujian yang tidak pernah putus yang ALLAH berikan dengan airmata yang melimpah dulu, kita terima dengan redho, maka akhirnya ALLAH tempatkan kita di dalam Syurga?

Usah kita menjadi seperti orang-orang diuji tetapi mereka tidak bangkit dan tidak mencari redho-NYA ALLAH. Akhirnya mereka kekal berkeluh kesah di dalam Neraka ALLAH.

Na’uzubillahi Min Zalik.
Kita tak nak begitu.

……..

ALLAH rindu kita bercerita kepada-NYA. Sebab selama ni kita banyak bercerita dengan makhluk. Kita cerita kat FB. Kita terkinja-kinja di media sosial. Kita cerita pada ramai kawan. Kita rasa kita punya pasangan yang romantis. Kita punya anak-anak. Tapi akhirnya mereka hilang.

Sebenarnya kata alim Ulama, ALLAH cemburu. Kita cerita kat kawan berjam-jam. Kita cerita kat pasangan sampai bagi hadiah macam-macam.

Tapi kita cerita kat ALLAH?

1 minit sahaja.

Kita cerita kat ALLAH, 4 rakaat pun kita dah penat.

Kat ALLAH , kita tak bersembang sangat.

Jadi ALLAH bagi ujian yang keras.

Orang yang ALLAH nak tarik ke Syurga, dia sedar dengan ujian keras ini dia semakin berTahajjud. Dia semakin bersedekah. Dia semakin memberikan bahagia kepada orang lain. Ini cara ALLAH nak letakkan kita dalam Syurga.

DIA mahu kita kembali bercerita, mengeluh , meminta dan mengingati hanya kepada-NYA.

…….

Untuk kita yang diuji dengan ujian apa pun saat ini, berterima kasihlah kepada ALLAH.

Dan jangan maafkan diri kita andai dengan ujian itu kita semakin bermaksiat kepada ALLAH. Kerana tujuan ALLAH beri ujian, ALLAH sedang menghantarkan tali kepada orang yang sedang kelemasan. Peganglah tali itu sahabat.

Bila kita tarik tali itu, dengan siapa kita makin dekat?

Dengan penghulur tali itulah ALLAH.

ALLAH sedang mencampakkan tali kepada kita yang sedang kelemasan. Maka tarik. Supaya kita makin dekat dengan ALLAH. Dengan jalan-jalan syariat.

Bagaimana kita nak jumpa jalan-jalan syariat itu?

Melalui ilmu.

Maka belajarlah!
Baru kita jumpa jalan!

……

Jangan malas dan jangan jadikan malu sebagai alasan untuk kita kembali dekat kepada ALLAH. Kembali ke dalam dakapan iman kepada-NYA. ALLAH suka kepada kita yang menyerahkan diri, memunajatkan doa , meminta dengan penuh harap dan damba.

Sungguh!

ALLAH sedang menunggu kita mendekat.

Maka jangan sia-siakan penantian itu. Jangan sia-siakan waktumu dengan mengambil tempoh terlalu lama sebelum kembali mendekatkan diri kepada-NYA.

Jangan sampai ALLAH dah bagi ruang dan peluang berulang kali, tapi kita menderhakai-NYA berkali-kali.

Jangan sampai ruang dan peluang itu ALLAH tutup lalu tubuh kita ditutup dengan tanah, kita menyesal yang tak sudah-sudah di dalam tanah.

Na’uzubillahi Min Zalik.

____H-u-s-n-u-z-z-o-N____

Sebahagian tazkirah dari Ustazah Zai dalam Husnuzzon pagi tadi. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️.

Wallahu’alam.
Semoga coretan ini bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook:

yusnizayaziz

ustazahzai

Husnuzzon

14 Jamadil Awal 1445H
28 November 2023

TOKSIN Di RUMAH IALAH:

  1. Objek yang Tidak Anda Gunakan Lagi.
  2. Pakaian Yang Anda Tidak Suka Atau Sudah Lama Tidak Digunakan. Seluar dalam rosak.
  3. Benda Rosak.
  4. Kad dan nota lama.
  5. Tumbuhan yang mati atau sakit.
  6. Resit dan Majalah Lama.
  7. Kasut Pecah.
  8. Semua jenis perkara yang memanggil masa lalu.
  9. Jika anda mempunyai anak, mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak.

DENGAN MEMBERSIHKANNYA:

  1. Kesihatan bertambah baik.
  2. Kreativiti berkembang.
  3. Hubungan menjadi lebih baik.
  4. Terdapat kapasiti penaakulan yang lebih besar.
  5. Mood bertambah baik. SOALAN YANG MUNGKIN MEMBANTU MEMBERSIHKAN:
  • Kenapa saya simpan itu?
  • Adakah tentang saya hari ini?
  • Apakah perasaan saya jika saya melepaskannya?
    Asingkan dan klasifikasikan:
  1. Untuk menderma.
  2. Untuk melontar.
  3. Untuk menjual. PEMBERSIHAN DALAM RUMAH TERLIHAT DI LUAR RUMAH
  4. Elakkan bunyi yang melampau.
  5. Lampu kurang kuat.
  6. Warna kurang tepu.
  7. Kurang bau kimia.
  8. Kurang kenangan sedih.
  9. Selesaikan projek yang belum siap.
  10. Tanam tenaga positif di rumah anda. Lakukan pembersihan am dan gunakan kotak untuk organisasi. Mulakan dengan laci dan kabinet dan simpulkan setiap bahagian, lakukan segala-galanya mengikut kadar anda…
    a) Sampah.
    b) Susunan.
    c) Kitar semula.
    d) Dalam keraguan.
    e) Hadiah.
    (f) Derma.
    g) Jual.

Semasa anda BERSIH, perhatikan apa yang berubah dalam diri anda.

Semasa kita membersihkan rumah fizikal kita, kita juga meletakkan ketertiban pada fikiran dan hati kita.

Berlatih membuang perkara material yang hanya mengisi ruang anda dan anda akan melihat bagaimana anda perlahan-lahan akan dapat melakukan perkara yang sama dengan situasi yang lebih penting.

Sumber Facebook: November 2023

Kredit: Bei Kudyn Khan

REMINDER ESOK PUASA SUNAT YAUMUL BIDH

INSYAA ALLAH ESOK (ISNIN), SELASA & RABU adalah tanggal 13,14 & 15 Hijriah iaitu 3 hari yang AFHDAL untuk kita berpuasa sunat.

Pada setiap tarikh di atas (3 hari setiap bulan Islam) kita akan menyaksikan bulan akan keluar penuh di malam hari (mengeluarkan cahaya putih) maka kerana itu ia disebut sebagai hari-hari putih (yaumul bidh). Berpuasa sunat pada tarikh-tarikh ini pahala puasanya dilipat kali gandakan.

Selain zikir pagi & petang , puasa yaumul bidh adalah antara amalan sunnah yang kita tidak pernah diajar disekolah akan tetapi nilai pahala amalnya adalah besar.

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqomah melakukannya. Kalaulah seseorang itu melakukan amalan berpuasa, maka setiap detik selepas ia sahur hingga berbuka itu adalah bernilai IBADAH tatkala ia mengepungi seseorang itu kepada khusnul khotimah lalu sekiranya ia mati di dalam keadaan berpuasa, MASYAA ALLAH.

Maka kerana itu Allah SWT amat menghargai orang berpuasa sehingga di khabarkan di dalam sebuah hadis Qursi, kata Nabi ﷺ “…setiap amal anak adam memiliki sekecil10 kebaikan hinggai 700 kali ganda, lalu Allah ‘azza wa jalla berfirman: KECUALI AMALAN PUASA, kerana puasanya itu adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan memberinya pahala tersendiri, disebabkan dia meninggalkan syahwatnya, makan minumnya semata2 untukKu. (Hadis ini dinukilkan oleh Ibn Rajab al Hambali, sanad yang sahih).

Tidak cukup dengan itu Allah SWT menganugerahkan sebuah pintu KHUSUS yang dinamakan pintu itu sebagai AR-RAYYAN dimana malaikat yang menjaga pintu ini akan menyeru dan menjemput kepada orang-orang yang suka berpuasa agar masuk melaluinya. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan istimewa yang tidak dapat diraih oleh ahli Syurga yang lain melainkan dikalangan mereka (ahli puasa).

Puasa Yaumul Bidh adalah puasa sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi ﷺ, baginda tetap melakukannya meskipun di dalam keadaan musafir.

Puasa yaumul bidh ini boleh dilakukan samada dua hari atau sehari namun yang sebaiknya tiga hari straight.

Bagi yang uzur atau tidak mampu berpuasa maka berilah makan kepada orang-orang yang berbuka moga-moga kalian mendapat pahala puasa dari mereka. Rebutlah peluang amal selagi masih ada nyawa….

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook:

Muhamad Rizal Johari ~ MRJ~

26 November 2023

~MRJ

Satu perkara yang saya belajar lepas dah masuk usia pertengahan umur ni, abaikan perkara yang tak berkaitan hidup kita dan boleh menambah beban di kepala. “Let go” saja benda yang rasa tak perlu untuk disesakkan dalam kepala. Banyak lagi benda lain yang kena fikir.

Bila makin berumur, makin banyak tanggungjawab, dah jadi kurang nak ambik tahu hal orang lain. Tapi tak ambil tahu bukan tak prihatin. Tapi lebih kepada “tak perlu nak menjaga tepi kain orang”. Ambil tahu perkara yang dirasakan kita perlu tahu cukup. Contohnya, isu-isu semasa yang patut kita cakna. Hal life orang, tak perlu nak bersangka itu-ini. Jangan nak judge hidup orang macam-macam. Kita tak tahu apa yang dia dah lalui. Dan setiap orang ada cara masing-masing. Saling hormat prinsip hidup masing-masing, walaupun perkara tu kita tak suka. Saya pun dah mula tak kisah kalau WhatsApp orang tak reply, kenduri tak dijemput atau bila jumpa terlupa nak tegur semua. Anggap semuanya baik-baik saja. Taknak letak negative perceptions.

Hidup ni kalau kita terlalu sibuk dan fikir hal orang lain, nak buat apa pun asyik fikir apa kata orang, apa pendapat orang jadila macam ais krim di tangan. Dia akan mencair sebab kita tak fokus apa yang kita ada, tapi sibuk dengan hal sekeliling kita.

Apa yang kita ada akan “indah” bila kita bersyukur dan menikmati sebaiknya🌹.

Sumber Facebook:

Fahimah Mahayudin

November 2023

BERKAH HIDUP BERBAKTI PADA ORANG TUA

Yang pertama, untuk menjadikan kehidupan kita berkah,

  1. Jangan tinggal untuk mendoakan untuk kedua-dua ibu bapa kita SETIAP HARI. Samada mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia, maka kita baca doa yang sama iaitu:-

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Allohummaghfirli Waliwaalidayya War Hamhumaa Kama Robbayaanii Shaghiira

Ertinya, “Wahai Tuhanku, ampunilah daku dan kedua orang tuaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku diwaktu aku kecil.”

Yang kedua, bagi yang masih ada mak/ayah maka selalunya minta redha dari mereka, minta maaf jika tak dapat balik bertanya khabar jika jauh serta minta mereka doakan kita. Doa orang tua ni Masyaa Allah sangat makbul.

Yang ketiga, bagi yang masih ada mak/ayah jangan sampai seumur hidup, kamu tak salam, tak peluk, tak cium mereka. Kamulah anak yang paling teruk jika kamu tidak berbuat demikian. Tetaplah sayangi mereka walaupun pada anggapan kita dia tidak seperti mak/ayah yang lain. Tidak kira siapa pun mak/ayah kita tugas kita adalah menyantuni mereka. Hatta jika mak/ayah kafir sekalipun kita sebagai anak wajib berbuat baik pada mereka.

Yang keempat, bila dapat gaji, jangan tamak untuk sedekah pada mak/ayah kita. Berkah rezeki kita nanti.

Yang kelima, jika kita terasa hati pada mereka, maka tahanlah hati kita, sabar dan cepat-cepat untuk tackle semula hati mereka. Jangan biar berlarutan, jangan pulau mereka dan jangan pula kita yang merajuk. Ini sangat tidak betul. Jika kita kata AH! sahaja pada mereka, Allah SWT haramkan Syurga untuk kita. Maka berhati dengan tone/nada kita bila bercakap dengan mak/ayah kita.

Ingatlah, Allah meletakkan redha-NYA atas redha kedua ibu/bapa kita sebagai salah satu syarat untuk kita ke Syurga. Jika ibadah kita baik, hubungan kita dengan mak/ayah tak baik, maka kita tetap akan binasa.

Sumber Facebook:

Muhamad Rizal Johari

~MRJ

November 2023

Bila kita dah BURNOUT,

Tapi still tak boleh mengalah sebab kena teruskan utk survival hidup, maka secara tak langsung, diri kita dah di level lain…

Dah naik setingkat lagi, dah ditahap lain dah…

Sedar tak sedar, secara tak langsung kita dah ajar diri kita utk jadi lebih kuat, lebih tabah, lebih sabar…

Mengalah dah tak jadi satu pilihan utk kita lagi sebab walau apapun terjadi, sekiranya kita nak terus survive utk kehidupan kita, maka kita tetap kena hadap dan hadam biarpun dah burnout…

Look around, take a breath…

Tenangkan diri seketika, then teruskanlah… insyaAllah, lama-lama akan hilang kesusahan, kesulitan dan kesukaran kita tu dek kerana ketidakputusasaan kita…

Percaya akan proses, setiap sesuatu yg menimpa kita itu adalah bersesuaian dengan kemampuan kita…😊

Sumber Facebook:

Kredit: Firdaus Shakirin