Satu perkara yang saya belajar lepas dah masuk usia pertengahan umur ni, abaikan perkara yang tak berkaitan hidup kita dan boleh menambah beban di kepala. “Let go” saja benda yang rasa tak perlu untuk disesakkan dalam kepala. Banyak lagi benda lain yang kena fikir.

Bila makin berumur, makin banyak tanggungjawab, dah jadi kurang nak ambik tahu hal orang lain. Tapi tak ambil tahu bukan tak prihatin. Tapi lebih kepada “tak perlu nak menjaga tepi kain orang”. Ambil tahu perkara yang dirasakan kita perlu tahu cukup. Contohnya, isu-isu semasa yang patut kita cakna. Hal life orang, tak perlu nak bersangka itu-ini. Jangan nak judge hidup orang macam-macam. Kita tak tahu apa yang dia dah lalui. Dan setiap orang ada cara masing-masing. Saling hormat prinsip hidup masing-masing, walaupun perkara tu kita tak suka. Saya pun dah mula tak kisah kalau WhatsApp orang tak reply, kenduri tak dijemput atau bila jumpa terlupa nak tegur semua. Anggap semuanya baik-baik saja. Taknak letak negative perceptions.

Hidup ni kalau kita terlalu sibuk dan fikir hal orang lain, nak buat apa pun asyik fikir apa kata orang, apa pendapat orang jadila macam ais krim di tangan. Dia akan mencair sebab kita tak fokus apa yang kita ada, tapi sibuk dengan hal sekeliling kita.

Apa yang kita ada akan “indah” bila kita bersyukur dan menikmati sebaiknya🌹.

Sumber Facebook:

Fahimah Mahayudin

November 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *