Apabila disebut tentang amal, kebanyakkan manusia telah set mindanya bahawa dia akan menunggu masa bersara atau tua baharulah nak memecutkan amal.

Namun, disebalik impian dan harapan tersebut, kalian perlu hadam dengan kata2 saya ini, “Apakah kita yakin akan sampai ke usia bersara atau tua?” Sedarilah kita dihiddenkan oleh musibah dan penyakit. Terkadang kita telah cuba berhati-hati di jalan raya, namun sedarilah bahawa kita boleh terkena musibah dari kecuian orang lain atau musibah lain yang tidak dijangka misalnya yang telah berlaku sebelum ini terhempasnya kapal terbang di Elmina Shah Alam. Ada yang bawa kereta tiba-tiba besi melayang dari lori besi hingga tersusuk kedada. Betapa ramai juga orang muda yang terkena penyakit berat seperti kanser dan sebagainya.

Ingatlah, Allah tidak jadikan manusia ini sia-sia. Allah cipta manusia ini bersebab iaitu Allah tuntut manusia beribadah dan berbuat kebaikan. Kita pasti akan dipersoal oleh Allah SWT atas apa yang kita buat/laksana semasa hidup. Justeru jangan kita merasai hidup ini tanpa tujuan. Kita yang tentukan rentak kehidupan yang macam mana kita mahu. Masa tidak akan free kalau kita tak freekan. Sibuk tidak akan pernah reda jika kita tak lapangkan.

Namun sekiranya kita habiskan banyak masa kita untuk dunia, maka kita telah buat kesilapan besar di dalam kehidupan kerana apabila kita mati kelak Allah SWT hanya mahu amal soleh kita bukan apa hasil dunia yang kita usahakan.

Seandainya manusia dunia didengarkan seketika jeritan ahli neraka, nescaya tidak ada manusia yang berani membuat kemungkaran. Ingatlah siksaan kubur juga adalah benar, libasan di dalam kubur juga adalah benar. Janganlah selepas kematian kita terus merana di alam-alam yang seterusnya.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI. BACALAH, AMALAH DAN BERSUNGGUHLAH…

Sumber Facebook: Muhamad Rizal Johari

23/11/2023

~MRJ

SUMBER PAHALA BESAR

Ramai yang beranggapan bahawa pahala besar itu HANYA terhasil melalui ibadah seperti tahajjud, puasa & sedekah.

Hakikatnya pahala besar itu juga hadir melalui DUA PERKARA ini iaitu Syukur & Sabar. Ibadah seperti solat, puasa & sedekah majority manusia mampu buat, namun dua perkara ini (sabar & syukur) belum dapat diimplementasi oleh manusia meskipun dia seorang ilmuan.

Menahan keperitan sabar (melalui ujian kehidupan) itu adalah result keimanan yang baik, manakala bersyukur atas kekurangan yang dimiliki berbanding orang lain (seperti kemiskinan) itu adalah result ketaqwaan yang jitu.

Justeru untuk pelajaran pada pagi ini, kuatlah diri untuk menahan sabar, dan banyakkan bersyukur atas apa yang dimiliki meskipun sedikit. Kedua sifat ini (sabar & syukur) adalah sifat ahli syurga.

Doa yang boleh diamalkan agar kuat bersabar dan merasai nikmat syukur (dikomen).

DOA AGAR KUAT BERSABAR DAN MERASA SYUKUR

اللهم اجعلني شكورا واجعلني صبورا واجعلني في عيني صغيرا وفي أعين الناس كبيرا

“Allahummaj ‘alni syakuro, Waj ‘alni saburo Waj ‘alni fii ainii soghiroo, Wa fii a’ yuninnasi kabiiroo”

Ya Allah jadikan aku org yg bersyukur, jadikan aku org yg sabar, jadikan aku di hadapan mataku (aku melihat diriku) sebagai orang yang kecil, dan dihadapan orang lain (pandangan orang lain) sebagai orang yg besar.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook:

Muhammad Rizal Johari

21/11/2023 (Selasa)

~MRJ

Berkawanlah disebabkan dua perkara iaitu samada kita boleh mendapat manfaat ilmu yang baik dari seseorang ATAU kita boleh beri manfaat kepada dia. Diri kita amat dipengaruhi oleh siapa yang rapat dengan kita. Justeru antara perkara yang dapat mengubah diri kita adalah berkawan dengan orang yang baik-baik.

Antara perkara lain yang dapat mengubah diri kita kepada kebaikan adalah rajin-rajinlah baca perkongsian ilmiah serta peringatan kerana ia dapat memperingatkan kita kepada kelalaian serta memberikan kita panduan ilmu untuk beramal.

Sentiasa hadam bahawa dunia adalah sementara, dunia semakin tua, kita semakin berusia. Mati bukan penyudah kehidupan tetapi bermulalah kehidupan yang sebenar kerana hakikat mati itu roh kita dipindahkan ke alam yang lain untuk kehidupan yang lain kemudian akan disarungkan semula ke jasad yang baru diyaumul mahsyar kelak untuk kita menerima catatan amal dan ditentukan samada layak ke Syurga atau ke Neraka. Tanpa persediaan amal kita PASTI sengsara.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ

Sumber Facebook:

Muhammad Rizal Johari

13/11/2023

Minggu ni banyak mendengar berita berkenaan rakan-rakan sekolahku, kenalanku, sebahagian dari followersku yang telah bertemu Tuhan. Sungguh sedih juga dengan keadaan umat Islam di Pal3s+1n yang terus dibom oleh tentera Y4hud1.

Dunia sudah terlalu TUA. Tanda tanda-tanda akhir zaman sudah semakin nampak dan kita semakin dekat dengan kemunculan tanda-tanda besar yang lain. Apakah kita semakin leka dengan keamanan dinegara kita tanpa mengetahui tentang keadaan yang berlalu ditempat lain.

Dari hari demi hari, segala yang kita miliki akan lapuk dan menjadi barang lama, termasuk juga diri kita yang semakin berusia akan semakin uzur, lemah dan tidak akan kekal cantik tatkala kulit kita semakin lama pasti akan semakin berkedut, rambut menjadi beruban dan mata semakin kabur. Tidak hanya dengan keadaan fizikal, manusia berpecah disebabkan salah faham, keegoan, hasad dan sebagainya.

Ini menunjukkan bahawa dunia tidak seindah mana yang perlu kita kejari dan idami. Kalaulah dunia ini segala-galanya indah, sentiasa bahagia, tidak ada duka, susah atau sengsara, nescaya manusia tidak kan berhajat untuk mengejar Syurga.

Jesteru dengan adanya kesemuanya keadaan seperti kesedihan, kedukaan, kesengsaraan, kesusahan, kesakitan, permusuhan serta kebosanan itu agar dapat befikir bahawa bukan DUNIA yang sepatutnya untuk kita beri komitmen sepenuhnya, justeru hadapilah kesemua keadaan itu dengan tabah dan kita tidak terlalu berat untuk mengenang dan memikirkannya sedangkan masalah akhirat itu jauh lebih besar.

Jangan banyak buang masa dengan dunia, rehatkanlah jiwa kita dengan Quran, Istighfar serta zikir dan ingatlah bahawa kemewahan bukan jaminan untuk ketenangan dan kebahagian. Channelkan semula fokus kita kepada akhirat. Untuk kembalikan fitrah kita kepada akhirat maka seringlah mengingati akan kematian. Ia boleh hadir pada bila-bila masa kerana tidak kematian tidak syarat mesti tua dan sakit. Terkadang ada org dah jaga kesihatan baik, tiba-tiba mati kemalangan.

Justeru kita jangan putus asa untuk terus memperbaiki diri, sekiranya umur kita 30an bersungguhlah mencari ilmu, sekiranya umur kita 40an slowkan aktiviti dunia, sekiranya umur kita 50an banyakkan masa dengan quran & majlis2 ilmu dan setelah kita 60an maka perbanyakkanlah mengucapkan zikir & istighfar dan menjadikannya ia tidak lekang dibibir.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ

Slumber Facebook:

Muhammad Rizal Johari

12/11/2023 ( Ahad)

EMPAT PERKARA YANG MEMBUATKAN MANUSIA STRESS, FIKIRAN TERBEBAN SERTA HIDUP TAK TENANG.

1. Apabila seseorang itu meletakkan masalah dunia itu lebih berat dari permasalahan akhirat sedang kehidupan selepas kematian itulah saat yang paling dahsyat, paling berat, paling getir, paling membimbangkan serta paling seram. Hakikatnya manusia akan menghadapi beberapa fasa kehidupan lagi selepas mati. Justeru bagi orang yang meletakkan permasahan akhirat sebagai priority yang lebih penting untuk difikirkan lalu mengambil inisiatif untuk membuat persiapan akhirat maka permasalahan dunia tidak menjadi bebanan difikirannya.

2. Apabila seseorang itu menganggap bahawa permasalahan, ujian, musibah yang menimpa atau yang dihadapinya terlalu teruk tanpa memandang/melihat keadaan orang lain yang jauh lebih teruk darinya menyebabkan dia tidak merasai rasa/nikmat syukur.

3. Apabila seseorang itu melihat pencapaian orang lain yang berjaya dari sudut dunianya lalu membuat perbandingan dengan dirinya yang serba kekurangan.

4. Apabila seseorang itu mengikat komitment masanya dengan urusan dunianya tanpa memikirkan soal akhirat. Dia terlalu sibuk untuk urus perkara dunia yang tak habis-habis.

Justeru ini kita berlepas diri dari empat permasalahan di atas, Nabi ﷺ mengajarkan satu doa (dikomen) untuk kita amalkan dan ia PASTI akan mengubahkan jiwa kita dari terikat, terbeban dengan perkara-perkara tersebut.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook

Muhamad Rizal Johari ~MRJ

10 November 2023