“Saya rasa saya dah baik. Jadi tak perlu lah saya solat.”

Kata seorang hakim pada ustaz.
.
.
Ada satu kisah.

Ustaz pernah berdialog dengan seorang hakim perempuan. Waktu tu dia kena sihir. Bila masuk mahkamah untuk bicarakan satu kes tu, hidung dia berdarah memancut-mancut.

Dia minta tolong, ustaz bantu apa yang patut. Ustaz tak pandai sangat bab perubatan islam ini, boleh la sikit-sikit.

Alhamdulillah, Allah izinkan hakim ni sembuh. Lepas dah sembuh, hakim ni sangat gembira dan bersyukur. Dia buat satu majlis, jemput ustaz datang bacakan doa.
.
.
Masa pergi majlis kat rumah dia, hakim tu bersembang dengan ustaz.

“Ustaz, saya nak cerita. Saya ni sebenarnya tak solat.”

Terkejut ustaz dengar kata-kata hakim tu. Kemudian dia sambung lagi.

“Pada saya, saya dah jadi orang baik. Saya tak buat perkara jahat. Tak rasuah, tak dengki dan khianat pada orang lain. Saya tak curi duit orang. Saya tengok kat mahkamah ada orang yang pakai lebai kopiah. Solat tak tinggal dahi sampai hitam. Tapi buat jenayah macam-macam.”

“Saya rasa saya dah baik. Jadi tak perlu lah saya solat.”

Ustaz diam saja dengar kata-kata hakim tu sambil dalam hati beristighfar panjang.

“Saya tahu, mesti ustaz akan cakap pada saya nabi pun solat. Para sahabat solat. Saya tahu, nabi is a good example. Teladan yang sangat baik. Tapi, bila kita dah capai objektif jadi orang yang baik, tak perlu lah nak solat lagi.”

Begitulah pandangan hakim ini.

Apa yang ustaz jawab pada dia?

“Datuk, sebenarnya orang solat ni bukan orang yang betul-betul baik. Tapi Allah yang Maha Baik.”

Ustaz senyum saja sambil bagi pandangan ustaz.
.
.
“Solat ni ibarat kita bayar sewa.”

Berkerut muka dia bila ustaz bagi analogi macam tu. Mungkin tak faham apa yang ustaz maksudkan.

“Datuk ada tak rumah yang Datuk sewakan pada orang lain?”

“Ada, ustaz.”

Ustaz pun tanya dia,

“Pernah tak Datuk sebut orang yang bayar sewa rumah Datuk sebagai penyewa yang baik?”

Dia jawab,

“Tak pernah. Bayar sewa kan dah jadi tanggungjawab penyewa. Jadi, kenalah bayar selagi masih tinggal di rumah saya.”

Ustaz pun bagi penjelasan.

“Macam tu jugalah dengan solat. Allah bagi kita nikmat hidup, jadi kena solat sebagai satu bentuk tanggungjawab. Allah bagi nikmat kita hidup antara isyak ke subuh. Jadi, kita solat di waktu subuh. Kemudian Allah bagi lagi kita hidup sampai waktu zohor, kita kena solat zohor pula. Begitulah seterusnya selagi Allah izinkan kita hidup di bumi menyewa segala nikmat Allah SWT.”
.
.
MashaAllah.
Tabarakallah.

Allah Maha Baik tuan puan.

Macam-macam Allah beri pada kita. Nikmat kehidupan, tempat tinggal, makanan, udara yang kita guna untuk bernafas setiap hari. Semuanya Allah cipta sebagai satu nikmat untuk manusia.

Bagaimana kita nak balas segala bentuk nikmat ini?

Caranya adalah ikut segala perintah Allah. Tinggalkan segala larangan.

Solat adalah satu perintah Allah. Wajib ditunaikan 5 waktu sehari semalam selagi masih diberi usia.

Tak kira apa saja keadaan yang kita lalui, kena solat.

Kalau tak boleh berdiri, solatlah dalam keadaan duduk.
Tak mampu duduk, solatlah dalam keadaan berbaring.
Jika tak sempat dalam musafir yang jauh, himpunkan solat. Solat Jamak.
Baiknya Allah, dia bagi kemudahan untuk kita qasar-kan solat.
.
.
Tuan puan yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, Allah bagi ilham pada ustaz untuk beri penjelasan kepada hakim tadi tentang solat. Kita solat bukan sebab kita hamba yang baik tapi kita solat sebab Allah terlalu baik kepada kita dan semua hambaNya.

Jom pujuk hati dirikan solat.

Tak kira susah atau senang.
Miskin atau kaya.
Di rumah atau sedang musafir.
Dah cukup baik atau belum baik.
Tetap dirikan solat sekurangnya 5 waktu sehari semalam.

Kita solat bukan sebab kebaikan yang ada atau tidak pada diri kita, tapi kita solat sebab kebaikan Allah SWT.
.
Sumber Facebook: 25/12/2023

UstazHanafiMalek

Antara pesanan Ustazah Rahmah semalam,

Jangan berdebat dengan orang yang takdak agama.

Jangan bertengkar dengan orang yang jahil agama.

Dan jangan lawan bercakap dengan orang yang hidup dia hanya mengikut nafsu.

Sebab sia-sia sahaja kita lawan bercakap, bertengkar dan berdebat dengan orang macam tu. Kita pun jadi dua kali lima, serupa macam dia.


Apa-apapun yang kita lakukan, niatkan,

“Aku buat ini kerana-MU Ya ALLAH. Untuk mendapatkan redho-MU Ya ALLAH. Untuk kasih sayang dan rahmat-MU Ya ALLAH.”

Tak perlu minta banyak-banyak. Nak kayalah, nak bahagialah , nak berjayalah , nak kereta besar lah, nak rumah besar lah, nak cantik lah etc. Tak perlu.

Cukup dengan minta REDHO dan KASIH SAYANG ALLAH.

Sebab apa?

Sebab orang yang ALLAH redho dan sayang, ALLAH akan bagi kat dia serba cukup. ALLAH cukupkan segala keperluan dia. Malah benda yang dia tak minta pun ALLAH bagi sebab ALLAH sayang kat dia. Bahkan ALLAH bahagiakan dia dengan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kerana dia disayangi oleh ALLAH.

Masya-ALLAH Tabarakallah.

Cukuplah ALLAH bagi kita.
Dapat redho dan kasih sayang DIA.
Bahagia!

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat ❤️

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook: yusnizayaziz

19/12/2023

6 Jamadil Akhir 1445H
19 Disember 2023

Ilmu Dan Pengalaman Baru Buat Kami.

Pertama Kali berdepan dengan jemaah offload. Kebelakangan ni kalau pergi airport kerap dengar ramai yang offload dekat bawah.

Dengan izin Allah, semalam terjadi pada jemaah kami sendiri. Cuma jemaah ini telah menyemak status halangan keluar negara beliau sebelum berlepas, dan statusnya hijau tiada halangan. Semua urusan telah beliau selesaikan sebulan yang lepas.

Dipendekkan cerita, pegawai imegresen memang tak nak lepaskan jemaah walaupun telah tunjukkan dengan bukti pembayaran segala macam, masih nakkan hitam putih surat daripada kastam.

Lebih bermasalah bila pegawai kastam di bawah tidak memberi sebarang guideline apa yang jemaah perlu buat. Jadi, jemaah hanya tunggu di bawah sambil menunggu update dari team kami.

Masa terus berjalan, gate dah nak close dah sampai masa boarding, semalam pula hari Ahad pejabat kastam tutup.

Terus ke kaunter, bertanya kepada mereka penyelesaian yang boleh dibuat. Sampaikan orang kaunter pun pelik kenapa tak lepas, jemaah ni tiada halangan untuk imegresen. Terus berusaha dan berharap yang baik untuk jemaah ini walaupun tengok jam memang tahu dah tak sempat. Tiket pun dah tak boleh nak reschedule.

Team berusaha berhubung dengan kenalan pegawai kastam yang kenal dan terus diajukan ke Pegawai HQ kastam.

Lima minit selepas pegawai HQ kastam hubungi jemaah terus dihantar surat kastam yang diperlukan. Alhamdulillah. Subuh dahulu di KLIA, dan terus hubungi ticketing minta untuk membeli ticket baru pada hari yang sama.

Jemaah nampak tenang tapi di dalam hati siapa yang tahu kan, pertama kali pula beliau nak menunaikan umrah.

Kami tanya tuan Hafidzie. Macam mana perasaan tuan?

“Jujur saya memang takda rasa apa-apa masa pergi airport tadi. Tapi bila nak terbang pukul 1 petang ni, rasa nervous pula”

InsyaAllah tuan ujian sedikit di sini untuk Allah bagi lebih di sana. Aamiin. Itu belum lagi perasaan ahli keluarga beliau seramai 6 orang yang terpaksa berangkat dahulu tanpa beliau. Resah dan sedih mungkin di atas kapal terbang tanpa suami dan anak di sisi.

Alhamdulillah jemaah pun sudah selamat berangkat 6 jam kemudian. Beliau lepas imegresen tanpa ada apa-apa halangan. Surat daripada Kastam yang diminta bagai nak rak tadi tidak diperlukan pun.

Allahu, kami speechless bila dapat tahu perkara tu. Jemaah sudah lah terlepas flight dan kena beli tiket baru. Tak apalah, ada hikmahnya. Asalkan jemaah dapat ke pangkuan keluarga semula di Tanah Suci.

Bila Allah nak jemput, Allah akan jemput juga walau macam mana pun caranya.

Alhamdulillah, jemaah telahpun selamat sampai di airport Jeddah dan disambut oleh CEO kami sendiri, Tuan Haji Rosli Talib. Terima kasih Haji Rosli dan team Saudi yang menguruskan urusan jemaah di sana.

Semoga Allah ganti yang lebih baik untuk tuan Hafidzie. Ilmu dan pelajaran baru untuk kami semalam. Dah selesai baru terasa penat semalaman tak tidur, dari pukul 12 tengah malam dah ke Airport sampai pukul 7 pagi lebih.

Sekali lagi, terima kasih ya Allah atas segala ujian dan pembelajaran buat kami.

“Kembara Penuh Ibrah, Ibadah Selari Sunnah”

Sumber Facebook: PDC Travel Sdn Bhd 18/12/2023

Nak Cakap….

SIAPA LAGI NAK JAGA HATI KITA?

Menjaga setiap hati itu penting, tapi menjaga hati yang utama ialah hati kita sendiri. Jangan mengorbankan rasa sendiri, hanya kerana perlu menurut rasa orang lain. Jangan mengorbankan hati sendiri, hanya kerana menurut hati orang lain. Hidup kalau nak puaskan hati orang lain memang susah, jadi kadang2 kita perlu jaga hati sendiri dulu dan pilih hati yang mana perlu di jaga. Kadang2 bukan tak nak jaga hati orang lain cuma letih…

Before nak kesian dekat orang, belajar untuk kesian dekat diri sendiri dulu. Susah sebenarnya jaga hati dan perasaan orang, sehingga kadang-kadang perasaan sendiri terluka.

Jaga hati sendiri. Jaga diri sendiri. Itulah yang terbaik. Siapa lagi nak jaga hati kita, kalau bukan diri sendiri yang jaga? Selain percaya kata-kata orang itu ada logik, kita juga harus lebih percaya bahawa kata-kata hati sendiri juga ada logik, malah lebih penting. Sebab kata-kata hati kita tak akan memutuskan sesuatu yang tidak tepat…

Kita bukan seorang yang kejam dan takde perasaan nak jaga hati orang lain tapi kita tak suka jenis manusia yang suka tunjukkan kelemahan diri untuk dapat simpati. Cukuplah kita simpati pada diri kita dan berusaha untuk rasa bahagia. Orang lain tak akan jaga hati kita. Kita yang kena jaga hati sendiri sebab hati tu hati kita. Kita yang rasa. Pilihan ditangan kita sebenarnya. Kita nak terus di sakiti atau kita nak elak. Walau tak semua perkara tapi apa selagi ada pilihan kita untuk jaga hati kita maka jagalah.

Orang boleh berkata apa saja tentang diri kita mungkin kita tak mampu hentikan tapi kita ada pilihan samada nak peduli atau buat tak tahu. Setiap hati itu penting terutama hati sendiri.

Sumber Facebook: Kena Tahu 16/12/2023

Malam tu tersangat sejuk. Seorang hartawan keluar sebentar dari rumah hingga ke jalan besar..Melihat salji yang halus menutupi halaman rumahnya dan orang lain..Ketika berpatah balik dia terlihat ada seorang gelandangan tua yang duduk sendirian..Dia bertanya ‘pakcik tak sejuk ke? Nampak pakcik tak winter coat.’.Orang tua itu pandang pada hartawan itu. Lama dia perhati. Dia balas. ‘Saya tak ada jaket winter. Tapi saya dah biasa begini.’.Si hartawan terkejut. ‘Dengan salji mula turun mesti beku pakcik, dia monolog dalam diri..‘Kejap pakcik ye. Saya masuk rumah, saya bawakan winter coat untuk pakcik. Panaslah sikit malam. Jangan ke mana mana tunggu tau’ kata si hartawan..Pakcik tua itu terkejut dan seronok. Dia beritahu si hartawan dia akan tunggu..Sambil si hartawan berjalan telefonnya berbunyi. Terus menjawab dan masuk dalam rumah. Dia terlupa terus pasal pakcik tua dan tertidur..Esoknya saat tersedar dan tengok jam dia terus melompat. Alamak pakcik tu. ‘Aku janji nak bagi winter coat!’.Dia terus turun ke bawah dicapainya winter coat. Terus dia berlari keluar. Laju dia meluru ke tempat dia jumpa pakcik itu semalam..Tapi pakcik sudah keras membeku. Salji menutupi wajahnya dan janggutnya..Dia lihat di tangan pakcik tua ada sekeping nota. Diambilnya. Dia baca nota itu. Nota itu tertulis:.“Bila tuan janji nak berikan jaket winter tuan telah ambil kekuatan saya untuk melawan kesejukan..Sebelum tuan berikan janji tuan, saya punya kekuatan melawan kesejukan kerana saya sudah biasa. Tetapi apabila saya terpaku dengan janji tuan, kekuatan itu cair bersama janji tuan.”.Dalam hidup ini, kalau kita serahkan nasib kita pada manusia, Allah akan biarkan nasib kita di tangan manusia itu..Tetapi kalau kita serahkan nasib kita pada Allah, Allah lah yang menguruskan nasib kita..Dalam kuliah dhuha di masjidil haram pagi tadi, Sheikh sebut para sahabat apabila ditimpa sesuatu, mereka mengadu dulu pada Khaliq..Kemudian baru mereka mencari makhluk..Bukan sebaliknya. Bukan cari manusia mana yang boleh tolong aku dulu..Nasib kita diserahkan pada siapa? Saat keputusan periksa anak tak bagus, apa yang kita buat? Cari pusat tuisyen bagus?.Saat rezeki kurang apa yang kita fikir? Tanya kawan ada orang nak pakai part timer? Bukan cari ArRazzak Si Pemberi rezeki..Begitulah kita. Tanpa sedar serahkan kekuatan kita pada janji manusia..

Sumber Facebook:

DrRizal

12/12/2023

“Pinjam bahu kau sat. Aku nak nangis.”

Asal jumpa orang, pinjam bahu nak nangis.
Asal jumpa orang je, kau nak pinjam bahu sekejap nak menangis.

Kau dah kenapa?
Kau hidup tak bertuhan ke?

Ketika di hadapan orang, senyumlah.

Kita ada perasaan. Kita pun punya rasa kecil hati, ada rasa sentap sebab kita manusia biasa.

Rasa nak menangis?

Menangislah di atas sejadah ketika kita ber-me-time dengan ALLAH. Ketika di hadapan orang, tetaplah tersenyum.

ALLAH lebih tahu.
ALLAH Maha Mendengar.
ALLAH Maha Melihat.
ALLAH lebih faham kita berbanding makhluk yang kita cari nak pinjam sekejap bahunya.

Bukankah ALLAH yang menurunkan musibah yang sedang kita hadap?

Maka Innalillahi Wainna Ilaihi Roji’un.
Maka senyumlah selagi kita mampu.

Senyumlah.

Kerana ia akan membuatkan orang lain ikut tersenyum. Tanpa sedar ia akan membuatkan hati kita lebih damai dan tenteram meskipun kehidupan kita tidak sedemikian.


“Kau ni asyik senyum je. Kau takde masalah ke?”

Semua orang yang hidup ada ujian. Jangan kata hidup kita langsung tak ada ujian. ALLAH yang kata hidup adalah ujian. Jangan perasan kita ini beriman selagimana kita belum diuji. Kita orang beriman, kita pasti diuji.

Tapi bagaimana orang beriman berdepan dengan ujian?

Dengan senyuman. Dengan berbaik sangka kepada Tuhan.

Justeru senyumlah.

Bukan kerana kita sedang bahagia tetapi kerana kita sedar jika orang lain tidak perlu tahu selok belok kehidupan kita.


Jangan lupa untuk tersenyum sepelik apapun hidup yang sedang dijalani, seberat apapun beban hidup yang sedang dipikul. Kita tersenyum bukan kerana hidup yang sedang baik-baik sahaja. Tetapi kita tersenyum kerana kita tahu bahawa kehidupan kita tidak seburuk mana. Kita tahu bukan segala hal mesti dikeluhkan hingga perlu menampakkannya dengan wajah yang muram.

Ehhh kita ingat orang yang tak suka kita akan kesian ke tengok kita muram?

Takkan!

Malah wajah kita yang muram itulah yang mereka akan ketawakan!

Kerana dari wajah muram itu mereka tahu hidup kita sedang berantakan.

Bodohlah kita andai kita sengaja membiarkan diri diketawakan.

Cerita sedih kita biar diadukan hanya kepada ALLAH dan wajah muram itu selayaknya dipertontonkan hanya kepada yang ikhlas menyayangi dan mengambil peduli.

Bukan untuk diluahkan dan ditayangkan pada semua manusia ke sana ke mari!


Jangan stress kalau kita senyum kat orang, orang tak balas senyuman kita.

Tak payah stress.

Kita senyum bukan untuk dibalas.

Kita senyum kerana kita nak beritahu ALLAH, yang kita ok ok saja dengan ujian ALLAH ini. ALLAH Maha Tahu senyuman kita itu senyuman mengada-ngada ke atau senyuman itu ada makna ke atau apa.

ALLAH Maha Tahu.

Maka senyumlah dari hati yang paling ikhlas.

_______H-u-s-n-u-z-z-o-N____

Awali setiap hari baru dengan senyum dan syukur kepada ALLAH.

Alhamdulillah.
Terima kasih wahai ALLAH kerana telah menguatkan lagi dan lagi hingga saat ini.

Alhamdulillah.
Terima kasih kepada diri sendiri sebab telah kuat sampai hari ini dengan izin dan pertolongan-NYA ALLAHU ROBBI.

Alhamdulillah.
Laa Hawla Wala Quwwata Illa Billah ❤️

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

Husnuzzon

2 Jamadil Akhir 1445H
15 Disember 2023

5 perkara yang akan menentukan hari anda adalah hari yang produktif.

  1. Media sosial yang kita scroll.
    .
    Jika kita scroll tentang berita, risau mood untuk memulakan kerja terganggu. Jika hiburan, takut takut akan drag masa kita.
    .
    Jadi scroll media sosial yang memberikan ilmu terutama ‘how to’ contohnya yang anda baca sekarang.
    .
    ( nampak tak mainan dia 😬 )

.
Kalau saya,pagi hari saya suka tonton podcast bermanfaat di youtube atau dengar melalui spotify.
.

  1. Youtube yang kita tonton.

.
Kita tonton majlis majlis ilmu kita akan mendapat energy yang tinggi berbanding kita lihat hiburan.
.
Dan energy ini adalah energy yang akan membuatkan kita produktif dan banyak idea.
.

  1. Cara kita sapa pasangan kita
    .
    Ini juga penting kerana bila kita sapa pasangan kita dengan cara yang ceria dia akan menceriakan mood kita dan akan menentukan pagi atau hari kita.

.

  1. Bantuan kecil kita pada orang lain.
    .
    Contohnya kita memberi jalan kepada pengguna jalan raya lain. Jika mereka angkat tangan, kita akan rasa ‘feel good’, tapi kalau tak pun tak apa. Sebabnya bila kita bagi bantuan kepada orang lain tanpa dihargai pun kita sebenarnya sudah ‘feel good’
    .
  2. Zikir atau solawat yang kita amalkan.
    .
    Kita tahu bahawa dengan mengingat Pencipta kita, kita akan tenang. Justeru ingatlah pada Dia dengan semudah bacaan Subanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. Ataupun bersolawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
    .
    Jom amalkan
    .
    Rizal Rashid
    Suka bermula dengan produktif

Sumber Facebook:

12/12/2023

Jika kita banyak tahu amalan sahih namun sekiranya kita tak amal maka sia-sia juga. Ibarat duit kertas bertaburan dijalanan kalau kita tak kutip maka kita tak dapat apa.

Banyak amalan-amalan sahih yang besar pahalanya, kalau kita tak istoqmahkan maka kita PASTI rugi (di akhirat). Kalau tak mampu buat semua maka jangan sampai tinggal semua.

  1. Bacalah Quran setiap hari walau semuka kerana Quran akan menjadi syafaat (penolong) @ peguam bela kita diakhirat. Syafaat Al Quran adalah syafaat yang paling terbesar yang mampu membatalkan seseorang itu dari masuk ke neraka.
  2. Jawablah azan dan doakan wasilah untuk Nabi ﷺ selepas selesai azan. Amalan selawat dan doa selepas azan akan membolehkan kita mendapat syafaat Nabi ﷺ , antaranya kita dapat minum air di telaga Nabi iaitu telaga haud Al Kaustsar disaat kedahagaan yang tersangat melampau di yaumul mahsyar. Antara lainya, Nabi ﷺ akan bantu untuk mempercepatkan turn kita agar disegerakan untuk mendapat timbangan amal.
  3. Berpuasalah sebanyak 3 hari setiap bulan, kita akan dianugerakan ArRayyan , iaitu dapat memasuki pintu khusus di dalam Syurga yang mana di dalamnya penuh dengan pelbagai kenikmatan.
  4. Jagalah solat Tahajjud, kerana Allah akan berikan kedudukan yang tinggi diakhirat yang ianya hanya diberikan kepada orang yang berTahajjud.
  5. Jagalah solat sunat fajar, kerana Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.
  6. Berilah salam ketika berjumpa sesama muslim dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, kita akan selamat masuk Syurga.
  7. Jagalah solat Subuh & Asar on-time pada awal waktu kerana Allah jamin, pasti masuk Syurga.
  8. Istiqomahlah amalkanlah Zikir Pagi & Petang, amalan zikir memberatkan timbangan mizan kita dan asbab mati di dalam husnul khotimah.
  9. Sertailah solat jenazah pada mana muslim yang meninggal, kerana pahalanya 1 Qirath, (sebesar gunung uhud).
  10. Alihkan halangan di jalanan, ia juga kebaikan yang memudahkan seseorang itu ke Syurga.
  11. Perbanyakkan Zikir “Subhanallah Wabihamdi, Subhanallah Hil Adzim”, nanti kita akan terkejut melihat koleksi pahala di timbangan amal.
  12. Bersedekahlah sekerapnya walaupun senilai sebesar tamar kerana ia adalah amalan yang dapat menyelamatkan seseorang itu dari bakaran neraka. At least sebulan sekali wajibkan kita untuk bersedekah. Sebaiknya setiap minggu.

Insyaa Allah kita belajar sikit-sikit dan amalkan apa yang kita tahu, asalkan ianya sahih. Kesemua amalan di atas adalah bersumber dari hadis-hadis yang sahih. Nak beramal, pastikan ianya sahih. Ketahuilah Allah tidak menerima amalan bid’ah (amalan yang diada-adakan).

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook:

Muhamad Rizal Johari

12/12/2023

~MRJ

Kalau kita MENIPU, agak-agak doa si penipu ni nak diangkat tak oleh ALLAH?

Kalau kita MENIPU, agak-agak doa si penipu ni nak didengar tak oleh ALLAH?

Kalau kita MENIPU, agak-agak si penipu ni nak tak ditengok oleh Nabi Muhammad SAW?

Kita ni kuat MENIPU.
Tipu ni tak boleh tinggal.

Sabda Rasulullah SAW,

»لَيْسَ مِنَّا مَنْ غَشَّ«

“Bukan dari kalangan kami (ummat Muhammad SAW) siapa yang menipu”.

[Riwayat Abu Daud (3452)]

……….

Kalau kita tak boleh tinggal sifat menipu, kita ingat kita boleh masuk Syurga?

Tak payah tunggu umur 55, umur kita yang sekarang ni pun kalau sifat menipu tu kita tak boleh tinggal lagi, bermakna kita bukan orang baik. Menipu pun kita tak boleh tinggalkan , apatahlagi mengumpat. Apatahlagi hasad. Apatahlagi hubbu dunia.

Jangan BUANG DUIT PERGI UMRAH kalau TAK BOLEH TINGGAL lagi sifat MENIPU. Duit tu LEBIH BAIK buat SEDEKAH.

Kalau kita pergi umrah tapi masih nak menipu lagi, kalau kita pergi umrah tapi masih tak nak ikhlas lagi, penatttttt tuan puan, penatttttt .
Kita akan penatttttt.

Sampai bila nak MENIPU???

TINGGALKAN sifat KHIANAT dan MENIPU.

…………

Larangan bersikap KHIANAT dan MENIPU terdapat dalam hadith Nabi SAW,

«آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ»

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

………

Di manakah ditempatkan orang-orang yang suka MENIPU dan KHIANAT ini yakni orang-orang munafik?

Penghuni Neraka paling bawah adalah orang-orang munafik.

Sebagaimana ALLAH SWT berfirman,

اِنَّ الْمُنٰفِقِيْنَ فِى الدَّرْكِ الْاَسْفَلِ مِنَ النَّارِۚ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيْرًاۙ ١٤٥

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) di tingkat paling bawah dari Neraka. Kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.”

(QS An-Nisa’ 4 : 145)

Na’uzubillahi Min Zalik.


Sampai bila nak jadi PENGKHIANAT dan PENIPU?

Bertaubatlah segera dan tinggalkan sifat-sifat mazmumah itu, sebelum Malaikat Maut merentap nyawamu!

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook:

yusnizayaziz

26 Jamadil Awal 1445H
10 Disember 2023

Adakalanya waktu yang paling tepat untuk berdoa ialah pada ketika hati paling berat untuk berdoa.

Benar, ada masa kita terlalu ‘down’ hingga segala-galanya mati dan terhenti. Rasa dan fikir kita mati. Langkah dan upaya kita seakan terhenti.

Masjid tempat paling tenang itupun terasa berat untuk dijejaki. Solat seakan-akan terawang-awang hingga segalanya terasa berlalu begitu kontang… gersang.

Pada waktu itu, istighfar dan berselawatlah. Duduk, pejamkan mata, tarik, simpan dan hembuskan nafas dengan perlahan-lahan. Katakan pada diri, aku tidak punya apa-apa, segalanya milik Mu ya Allah.

Jika segalanya berpunca daripada dirimu sendiri, istighfar… pasti itu daripada dosa. Jika pada orang lain, lepaskan… biar Allah yang membalas.

Jika memaafkan terlalu sukar, jangan dipaksakan. Tetapi terimalah itu sebagai takdir yang tidak mungkin dapat ditangkis. Memaafkan itu satu rasa. Rasa tidak mungkin dapat dipaksa.

Hanya katakan pada diri, biarlah Allah yang membalas. Allah sentiasa berada di pihak hamba yang dizalimi. Biarkanlah sumber kesakitan itu tertawa semahu-mahunya, tetapi yakinlah air mata mu lebih berbisa.

Selagi kau tidak melakukan dosa, itulah modal mu untuk bahagia. Bersedia berperang bukan bererti tidak berani untuk berdamai. Jangan dihunus belati kemarahan, sebaliknya simpan, pendam dan tahan… itu petanda taqwa yang ada di dalam dada.

Jangan sekali-kali mengundang perang, namun jika diri mu telah diserang, lawanlah dan patahkan tengkuk kezaliman dan pengkhianatan itu habis-habisan!

(Pesan-pesan pasca haji bersama Tuan Guru ustaz Salehuddin di masjid Ampang baru-baru ini)

Ustaz Pahrol
FB 24/9/2023