Mujahadahlah untuk terus bersangka baik dengan mencari alasan-alasan untuk terus bersangka baik.

Misalnya seseorang sudah berjanji mahu datang bertemu dengan kita, tapi dia tidak datang tepat pada masa yang dia janjikan. Maka berilah alasan pada diri sendiri dengan beranggapan mungkin dia sakit, atau mungkin kereta dia rosak, atau mungkin dia terlupa kerana kita tidak menelefon dia.

Kalaupun kita telefon dia tak angkat,

“Lembab! Pemalas! Penipu!”

Bila sudah keluar perkataan-perkataan tidak baik seperti ini dari lidah, ini sudah menjadi dosa tanpa kita sedar.

Kenapa tidak kita cuba bersangka baik?

“Kita call dia tak jawab agaknya HP dia tertinggal kot.”

“Agaknya tayar kereta dia pancit kot sampai dia tak sempat nak call kita kot.”

Sangka baik.

Cuba ajar diri mencari pelbagai alasan supaya tidak bersangka buruk. Cari salah diri sendiri sebelum menyalahkan orang.

“Salah aku jugak. Kenapa aku tak telefon tanya dia?”

“Salah aku jugak. Sebelum aku keluar rumah awal-awal tadi, kenapa aku tak call dulu tanya dia jadi ke tak? Mungkin dia terlelap.”

Ini cara untuk menimbulkan sangka baik pada orang lain dalam hati. Ini cara menyelamatkan hati kita dari bersangka buruk. Walaupun mungkin dia tidak baik seperti yang disangkakan, kita tetap disuruh bersangka baik.

…….

Ini bukan soal tentang dia tetapi soal kita.

Kita selalu kata orang tu tak betul, orang ni tak betul. Kenapa kita tak cari salah kita sendiri?

Kemarahan kita pada seseorang akan membakar diri sendiri. Bukan membakar orang yang kita marahkan. Sebab itu Nabi marah orang yang marah.

La Taghdob.

Kenapa Nabi marah?

Sebab kemarahan bukan membakar diri orang yang kamu marahkan. Tetapi ia sedang membakar dirimu sendiri.

Sebab itu bila bersangka baik , jiwa kita jadi tenang dan lapang. Manakala bersangka buruk mampu mendatangkan marah sehingga begitu mudah kita menumpahkan kepercayaan atas sesuatu yang tidak sohih. Lalu kita pun bersangka buruk. Kita pun marah pada orang yang bercakap begini begitu kepada kita tetapi marah itu akhirnya membakar diri kita sendiri.

________H-u-s-n-u-z-z-o-N_____

(Sebahagian tazkirah dari Ustazah Zai dalam Husnuzzon pagi ini. Alhamdulillah)

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook:

yusnizayaziz

ustazahzai

Husnuzzon

17 Jamadil Awal 1445H
1 Disember 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *