“Kenapa dia yang boleh pergi holiday? Kenapa tidak kita? Yea lah sebab kita jaga orang tua kita sakit, kan…”

Akhirnya kita tak ikhlas. Kita tak bahagia. Kita tak seronok bertempat di dalam rumah yang menjadi lubuk pahala bagi anak yang sedang menjaga orang tuanya yang sakit.

“Eiii … Dia boleh lah tak beranak. Pergi sana, pergi sini. Aku ni lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Asyik beranak je. Laki aku tu pulak marah kalau aku nak buat begitu begini.”

Akhirnya kita hilang motivasi diri kerana kita berfikir kita tidak sepandai, secerdas, sepintar atau memiliki nasib sebaik orang lain.

…….

Bila jumpa orang, kita pun cakap,

“Kau takpelah. Laki kau faham kau.”

“Kau takpelah. Anak kau semua berjaya.”

“Kau takpelah. Kau tak jaga orang tua sakit.”

Tanpa kita sedari, pemikiran kita yang seperti ini sebenarnya sudah merenggut keyakinan hati kita, mematahkan kepercayaan diri kita dan membuatkan kita berburuk sangka kepada diri sendiri.

Dah lah perangai tu teruk, suka bersangka buruk pada orang. Pada diri sendiri pun dia bersangka buruk. Berasa diri sendiri tidak mampu, tidak berdaya bahkan tidak memiliki apa-apa dan jika situasi ini berlanjutan, maka ia akan memberikan pengaruh yang tidak baik.

Lupakah kita pada setiap kesulitan, akan selalu ada kemudahan?

Adakah kita menganggap semua orang berjaya mempunyai kisah hidup yang biasa-biasa?

Kita hanya tahu dia berjaya tetapi kita tidak pernah tahu tahap curam jalan yang pernah dilaluinya, sekeras apa kehidupan yang menghentamnya dan hidup seperti apa yang dia sudah pikul. Semua orang yang hebat mempunyai kisah yang memilukan. Daripada kisah yang memilukan itu dia bangkit, barulah dia berubah menjadi seorang yang hebat.

…….

Kita semua sama. Kita tidak sendiri dalam menjalani kehidupan yang amat berat ini. Hidup ini berat. Yang membezakannya adalah cara kita menyikapinya.

Kita hanya ada 2 pilihan.

Pasrah pada keadaan yakni tidak berbuat apa-apa. Memilih menghindar dari masalah, memilih menyerah dan berputus asa lalu menjadi orang tewas yang tenggelam dalam masalah yang ada.

Atau…

Kita perlu untuk terus bertahan, berjuang, berani bergerak, berani maju, berani melangkah, berani mengambil risiko dan keluar menjadi seorang pemenang yang mampu menyelesaikan masalah. Bukan menghindarinya.

…….

Jika kita berasa rendah, maka tidak salahnya jika kita menjadikan orang lain sebagai idola, sebagai motivasi dan inspirasi hidup kita. Ada kalanya kita memang perlu belajar daripada pengalaman orang lain. Jangan pernah berhenti mengambil pengajaran dan motivasi daripada kehidupan orang lain .

Bila berjumpa orang, belajarlah daripada kegagalannya agar kita tidak mengalami kegagalan yang serupa. Kita belajar daripada perjalanan hidupnya bagi memicu diri kita agar lebih ghairah dalam menjalani hidup dan lebih bersemangat dalam mewujudkan segala impian kita. Hal ini adalah suatu perkara yang baik. Kita belajar daripada orang lain tanpa kita harus merasakan kesakitan dan keperihan apabila mengalaminya sendiri.

……

Jangan jadikan orang lain sebagai pesaing kita kerana sesungguhnya saingan terbesar ialah diri kita sendiri.

Ingatlah sahabat, jika ada orang yang kita fikir jauh lebih baik dan berjaya, maka ikutilah langkahnya. Kita tiru apa yang dia lakukan. Lihat caranya berfikir , tindakannya tindakannya ketika menghadapi masalah dan belajar.

Pengalaman adalah universiti kehidupan yang paling ampuh. Kita akan dikonvokesyenkan di Akhirat kelak. Ambil pengalaman orang lain. Yang baik, contohi. Yang buruk bukan untuk dijaja dicaci tapi untuk kita jauhi dan hindari. Dalam hidup ini, belajarlah. Jangan masuk ke dalam lubang yang sama 2 kali.

___H-u-s-n-u-z-z-o-N___

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook:

yusnizayaziz

ustazahzai

Husnuzzon

8 Jamadil Awal 1445H
22 November 2023