BUANG BENCI DI HATI KITA

Nak bahagia, kan!

Hati ada benci, bahagia tak boleh masuk.

Kita membenci orang,
tidak membuatkan hidupnya menjadi buruk.

Tidak berbekas, sungguh!

Tetapi menjadikan hidup kita lebih berserabut, serba-serbi tak kena.

Tak bahagia.

Memaafkan orang bukan membuatkan hidup orang itu menjadi baik tetapi hidup kita menjadi lebih ceria.

Lebih selesa!

Aku juga pernah tertipu dengan dunia, kusangkakan orang yang menzalimi perlu berubah dan bermuhasabah.

Rupa-rupanya orang yang dizalimi juga perlu berubah dan muhasabah diri.

Saat kita membenci orang yang mengkhianati dan menzalimi kita bermakna hati kita juga sedang sakit.

Parah!

Andai kita mula meredai dan cuba memaafkan, damai mula bertapak dalam rasa.

Tahu kenapa?

Kerana kesucian hatimu bercambah tunas dan ketinggian akhlak serta pekerti Nabi SAW sudah kauserap auranya.

Sesungguhnya mahar syurga bukan murah. Hati yang sakit sukar untuk menggapai syurga Allah.

Allah bertegas, wahai jiwa-jiwa yang tenang masuklah ke syurga-Ku. Ya, hanya jiwa yang tenang beroleh syurga.

Ketika kita membenci orang yang menzalimi, hidup seolah-olah tiada ketenangan, serabut, dan stres.

Saat kita mula memaafkan dan reda, pasti terpancar rasa kelegaan dan ketenangan.

Menzalimi dan dizalimi, kedua-dua insan ini sedang melalui ujian Allah.

Dan..

Dia Maha Adil, Maha Membalas sekecil-kecil perbuatan baik atau buruk manusia. Biar sebesar zarah, Dia Maha Tinggi Penilaian terhadap setiap tindakan kita.

Kerana itulah Nabi SAW serta orang-orang soleh sentiasa tenang dan memaafkan walau mereka dizalimi.

Membalas kejahatan dengan kebaikan kerana mereka ingin pulang kepada Allah dengan hati yang bersih suci.

Kerana mereka faham dunia hanya tempat persinggahan dan fatamorgana yang menipu daya manusia.

Sungguh negeri akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi.

Tenang -tenang ya!

Percaya dan yakinlah!

Tahu tak, kenapa rasa ketenangan saat berdiri di mataf menghadap Kaabah?

Menangis, gais!

Kerana kemaafan adalah dendam yang terindah.

Maafkanlah, semoga Allah menjemput kita menjadi tetamu -Nya.

Lebih bahagia saat Allah menjemput kita menghadap sakarat, silalah wahai hamba-Ku yang tenang.

Silalah..

Sumber Facebook:

Norwati Md Zain

November 2023

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *