Banyak amalan-amalan sahih yang besar pahalanya, kalau kita tak istoqmahkan maka kita PASTI rugi (di akhirat). Kalau tak mampu buat semua maka jangan sampai tinggal semua.
- Bacalah Quran setiap hari walau semuka kerana Quran akan menjadi syafaat (penolong) @ peguam bela kita diakhirat. Syafaat Al Quran adalah syafaat yang paling terbesar yang mampu membatalkan seseorang itu dari masuk ke neraka.
- Jawablah azan dan doakan wasilah untuk Nabi ﷺ selepas selesai azan. Amalan selawat dan doa selepas azan akan membolehkan kita mendapat syafaat Nabi ﷺ , antaranya kita dapat minum air di telaga Nabi iaitu telaga haud Al Kaustsar disaat kedahagaan yang tersangat melampau di yaumul mahsyar. Antara lainya, Nabi ﷺ akan bantu untuk mempercepatkan turn kita agar disegerakan untuk mendapat timbangan amal.
- Berpuasalah sebanyak 3 hari setiap bulan, kita akan dianugerakan ArRayyan , iaitu dapat memasuki pintu khusus di dalam Syurga yang mana di dalamnya penuh dengan pelbagai kenikmatan.
- Jagalah solat Tahajjud, kerana Allah akan berikan kedudukan yang tinggi diakhirat yang ianya hanya diberikan kepada orang yang berTahajjud.
- Jagalah solat sunat fajar, kerana Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.
- Berilah salam ketika berjumpa sesama muslim dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, kita akan selamat masuk Syurga.
- Jagalah solat Subuh & Asar on-time pada awal waktu kerana Allah jamin, pasti masuk Syurga.
- Istiqomahlah amalkanlah Zikir Pagi & Petang, amalan zikir memberatkan timbangan mizan kita dan asbab mati di dalam husnul khotimah.
- Sertailah solat jenazah pada mana muslim yang meninggal, kerana pahalanya 1 Qirath, (sebesar gunung uhud).
- Alihkan halangan di jalanan, ia juga kebaikan yang memudahkan seseorang itu ke Syurga.
- Perbanyakkan Zikir “Subhanallah Wabihamdi, Subhanallah Hil Adzim”, nanti kita akan terkejut melihat koleksi pahala di timbangan amal.
- Bersedekahlah sekerapnya walaupun senilai sebesar tamar kerana ia adalah amalan yang dapat menyelamatkan seseorang itu dari bakaran neraka. At least sebulan sekali wajibkan kita untuk bersedekah. Sebaiknya setiap minggu.
Insyaa Allah kita belajar sikit-sikit dan amalkan apa yang kita tahu, asalkan ianya sahih. Kesemua amalan di atas adalah bersumber dari hadis-hadis yang sahih. Nak beramal, pastikan ianya sahih. Ketahuilah Allah tidak menerima amalan bid’ah (amalan yang diada-adakan).
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.
Sumber Facebook:
Muhamad Rizal Johari
12/12/2023
~MRJ