“Pinjam bahu kau sat. Aku nak nangis.”

Asal jumpa orang, pinjam bahu nak nangis.
Asal jumpa orang je, kau nak pinjam bahu sekejap nak menangis.

Kau dah kenapa?
Kau hidup tak bertuhan ke?

Ketika di hadapan orang, senyumlah.

Kita ada perasaan. Kita pun punya rasa kecil hati, ada rasa sentap sebab kita manusia biasa.

Rasa nak menangis?

Menangislah di atas sejadah ketika kita ber-me-time dengan ALLAH. Ketika di hadapan orang, tetaplah tersenyum.

ALLAH lebih tahu.
ALLAH Maha Mendengar.
ALLAH Maha Melihat.
ALLAH lebih faham kita berbanding makhluk yang kita cari nak pinjam sekejap bahunya.

Bukankah ALLAH yang menurunkan musibah yang sedang kita hadap?

Maka Innalillahi Wainna Ilaihi Roji’un.
Maka senyumlah selagi kita mampu.

Senyumlah.

Kerana ia akan membuatkan orang lain ikut tersenyum. Tanpa sedar ia akan membuatkan hati kita lebih damai dan tenteram meskipun kehidupan kita tidak sedemikian.


“Kau ni asyik senyum je. Kau takde masalah ke?”

Semua orang yang hidup ada ujian. Jangan kata hidup kita langsung tak ada ujian. ALLAH yang kata hidup adalah ujian. Jangan perasan kita ini beriman selagimana kita belum diuji. Kita orang beriman, kita pasti diuji.

Tapi bagaimana orang beriman berdepan dengan ujian?

Dengan senyuman. Dengan berbaik sangka kepada Tuhan.

Justeru senyumlah.

Bukan kerana kita sedang bahagia tetapi kerana kita sedar jika orang lain tidak perlu tahu selok belok kehidupan kita.


Jangan lupa untuk tersenyum sepelik apapun hidup yang sedang dijalani, seberat apapun beban hidup yang sedang dipikul. Kita tersenyum bukan kerana hidup yang sedang baik-baik sahaja. Tetapi kita tersenyum kerana kita tahu bahawa kehidupan kita tidak seburuk mana. Kita tahu bukan segala hal mesti dikeluhkan hingga perlu menampakkannya dengan wajah yang muram.

Ehhh kita ingat orang yang tak suka kita akan kesian ke tengok kita muram?

Takkan!

Malah wajah kita yang muram itulah yang mereka akan ketawakan!

Kerana dari wajah muram itu mereka tahu hidup kita sedang berantakan.

Bodohlah kita andai kita sengaja membiarkan diri diketawakan.

Cerita sedih kita biar diadukan hanya kepada ALLAH dan wajah muram itu selayaknya dipertontonkan hanya kepada yang ikhlas menyayangi dan mengambil peduli.

Bukan untuk diluahkan dan ditayangkan pada semua manusia ke sana ke mari!


Jangan stress kalau kita senyum kat orang, orang tak balas senyuman kita.

Tak payah stress.

Kita senyum bukan untuk dibalas.

Kita senyum kerana kita nak beritahu ALLAH, yang kita ok ok saja dengan ujian ALLAH ini. ALLAH Maha Tahu senyuman kita itu senyuman mengada-ngada ke atau senyuman itu ada makna ke atau apa.

ALLAH Maha Tahu.

Maka senyumlah dari hati yang paling ikhlas.

_______H-u-s-n-u-z-z-o-N____

Awali setiap hari baru dengan senyum dan syukur kepada ALLAH.

Alhamdulillah.
Terima kasih wahai ALLAH kerana telah menguatkan lagi dan lagi hingga saat ini.

Alhamdulillah.
Terima kasih kepada diri sendiri sebab telah kuat sampai hari ini dengan izin dan pertolongan-NYA ALLAHU ROBBI.

Alhamdulillah.
Laa Hawla Wala Quwwata Illa Billah ❤️

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

Husnuzzon

2 Jamadil Akhir 1445H
15 Disember 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *