“Saya rasa saya dah baik. Jadi tak perlu lah saya solat.”

Kata seorang hakim pada ustaz.
.
.
Ada satu kisah.

Ustaz pernah berdialog dengan seorang hakim perempuan. Waktu tu dia kena sihir. Bila masuk mahkamah untuk bicarakan satu kes tu, hidung dia berdarah memancut-mancut.

Dia minta tolong, ustaz bantu apa yang patut. Ustaz tak pandai sangat bab perubatan islam ini, boleh la sikit-sikit.

Alhamdulillah, Allah izinkan hakim ni sembuh. Lepas dah sembuh, hakim ni sangat gembira dan bersyukur. Dia buat satu majlis, jemput ustaz datang bacakan doa.
.
.
Masa pergi majlis kat rumah dia, hakim tu bersembang dengan ustaz.

“Ustaz, saya nak cerita. Saya ni sebenarnya tak solat.”

Terkejut ustaz dengar kata-kata hakim tu. Kemudian dia sambung lagi.

“Pada saya, saya dah jadi orang baik. Saya tak buat perkara jahat. Tak rasuah, tak dengki dan khianat pada orang lain. Saya tak curi duit orang. Saya tengok kat mahkamah ada orang yang pakai lebai kopiah. Solat tak tinggal dahi sampai hitam. Tapi buat jenayah macam-macam.”

“Saya rasa saya dah baik. Jadi tak perlu lah saya solat.”

Ustaz diam saja dengar kata-kata hakim tu sambil dalam hati beristighfar panjang.

“Saya tahu, mesti ustaz akan cakap pada saya nabi pun solat. Para sahabat solat. Saya tahu, nabi is a good example. Teladan yang sangat baik. Tapi, bila kita dah capai objektif jadi orang yang baik, tak perlu lah nak solat lagi.”

Begitulah pandangan hakim ini.

Apa yang ustaz jawab pada dia?

“Datuk, sebenarnya orang solat ni bukan orang yang betul-betul baik. Tapi Allah yang Maha Baik.”

Ustaz senyum saja sambil bagi pandangan ustaz.
.
.
“Solat ni ibarat kita bayar sewa.”

Berkerut muka dia bila ustaz bagi analogi macam tu. Mungkin tak faham apa yang ustaz maksudkan.

“Datuk ada tak rumah yang Datuk sewakan pada orang lain?”

“Ada, ustaz.”

Ustaz pun tanya dia,

“Pernah tak Datuk sebut orang yang bayar sewa rumah Datuk sebagai penyewa yang baik?”

Dia jawab,

“Tak pernah. Bayar sewa kan dah jadi tanggungjawab penyewa. Jadi, kenalah bayar selagi masih tinggal di rumah saya.”

Ustaz pun bagi penjelasan.

“Macam tu jugalah dengan solat. Allah bagi kita nikmat hidup, jadi kena solat sebagai satu bentuk tanggungjawab. Allah bagi nikmat kita hidup antara isyak ke subuh. Jadi, kita solat di waktu subuh. Kemudian Allah bagi lagi kita hidup sampai waktu zohor, kita kena solat zohor pula. Begitulah seterusnya selagi Allah izinkan kita hidup di bumi menyewa segala nikmat Allah SWT.”
.
.
MashaAllah.
Tabarakallah.

Allah Maha Baik tuan puan.

Macam-macam Allah beri pada kita. Nikmat kehidupan, tempat tinggal, makanan, udara yang kita guna untuk bernafas setiap hari. Semuanya Allah cipta sebagai satu nikmat untuk manusia.

Bagaimana kita nak balas segala bentuk nikmat ini?

Caranya adalah ikut segala perintah Allah. Tinggalkan segala larangan.

Solat adalah satu perintah Allah. Wajib ditunaikan 5 waktu sehari semalam selagi masih diberi usia.

Tak kira apa saja keadaan yang kita lalui, kena solat.

Kalau tak boleh berdiri, solatlah dalam keadaan duduk.
Tak mampu duduk, solatlah dalam keadaan berbaring.
Jika tak sempat dalam musafir yang jauh, himpunkan solat. Solat Jamak.
Baiknya Allah, dia bagi kemudahan untuk kita qasar-kan solat.
.
.
Tuan puan yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, Allah bagi ilham pada ustaz untuk beri penjelasan kepada hakim tadi tentang solat. Kita solat bukan sebab kita hamba yang baik tapi kita solat sebab Allah terlalu baik kepada kita dan semua hambaNya.

Jom pujuk hati dirikan solat.

Tak kira susah atau senang.
Miskin atau kaya.
Di rumah atau sedang musafir.
Dah cukup baik atau belum baik.
Tetap dirikan solat sekurangnya 5 waktu sehari semalam.

Kita solat bukan sebab kebaikan yang ada atau tidak pada diri kita, tapi kita solat sebab kebaikan Allah SWT.
.
Sumber Facebook: 25/12/2023

UstazHanafiMalek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *