Apabila selalu bersangka buruk , kita akan menjadi manusia yang sombong, angkuh dan bongkak seperti Firaun.

Jika kita selalu bersangka buruk, kita akan menjadi lupa diri bahkan lupa dirinya hanyalah hamba.

Sangat bahaya bila kita dah terlupa diri kita adalah hamba.

Tak sedar diri.
Lupa.
Baru kaya sikit,

“Kau siapa? Kau ada????”

Kesian orang bongkak macam ni. Rumah bertingkat-tingkat, kereta berkilat-kilat. Dia tak sedar dirinya tak lama lagi akan bergelar mayat.


Kita hamba.

Kalau ALLAH tak bagi sihat, kita tak dapat bekerja.

Kalau ALLAH tak bagi rezeki, macam mana kita nak dapat nikmat?

Ramai orang yang kaya tapi sakit berada di atas pembaringan.

Macam mana manusia yang boleh sakit, boleh miskin, boleh mati itu menggelar dirinya Tuhan?

Na’uzubillahi Min Zalik!


Kita biasa saja up and down.

Sekejap kita rasa kitalah paling kaya dalam taman perumahan.

Sekejap kita pula jatuh muflis .

Sekejap kita ketawa ceria dengan adik beradik kita dan pasangan kita serta anak-anak kita.

Tiba-tiba ALLAH rentap.

ALLAH matikan salah seorang.

Bukan kehendak kita kerana kita tidak pernah berdoa meminta begitu tapi ALLAH berkehendak.

Jadi jangan angkuh!

Puncanya kerana kita bersu’uzzon kepada ALLAH.


Orang yang dah tak sedar diri, dia lupa dia adalah hamba ALLAH SWT. Lupa ALLAH yang memberikan nikmat , kurniaan dan anugerah.

Jadi berhati-hati jika tidak ingin berakhir seperti Firaun.

Jauhilah sifat bersangka buruk.
Fikirlah yang baik-baik sahaja.
Bersangkalah hanya pada perkara yang positif sahaja.


Antara kesan bahaya apabila selalu su’uzon adalah kita tidak percaya kepada orang lain kerana kita selalu curiga kepada orang lain.

Misalnya setiap kali ada orang menolong kita, kita selalu menganggap orang itu menolong kita kerana ada maksud tertentu. Atau mesti ada alasan tertentu dan tidak benar-benar ikhlas ingin menolong.

Apabila melihat orang lain berjaya, kita tidak percaya dengan apa yang diperolehinya. Dan terkadang kita lebih mudah terpengaruh dengan apa yang dikatakan orang. Kita lebih mudah percaya dengan kata-kata orang daripada hal jelas yang sudah kita saksikan.

Sedangkan kita sendiri mengetahui selalunya cerita orang tidak semestinya benar. Ada yang sudah ditokok tambah dan sebagainya. Maka janganlah kita bersangka buruk kerana perbuatan ini hanya akan menarik kita kepada lembaran perbuatan buruk yang lain.

Hanya kerana kita mulakan dengan sangka buruk pada 1 Januari, berkemungkinan pada 2 Januari kita tambah dosa mengumpat.

3 Januari tambah dosa hasad.
4 Januari tambah dosa berdendam dengan orang.

Na’uzubillahi Min Zalik.


ALLAH suruh bersangka baik.

“Pernah tak awak sangka buruk kat orang? Tak pernah langsung ke?”

Semua orang pernah bersangka buruk.

Pernah!

Sebab kita hanya manusia biasa yang banyak khilafnya.

Tapi ingat!

Apabila datang sangka buruk, cepat-cepat istighfar.

Kan Nabi kata kebanyakan sangkaan itu adalah dusta.

Kalau kita bersangka-sangka kepada seseorang, pergi tanya pada dia sendiri.

Jangan tanya pada orang lain, ditakuti bertambah-tambah lagi dosa kerana ada ‘nasi tambah’ yang menyedapkan lagi cerita sangka-sangka.

Semua dosa-dosa yang lebih parah ini sebenarnya berpunca daripada su’uzon. Sesudah bersangka buruk, menaruh curiga, kita membicarakan hal orang lain yang belum tentu benar. Andai pun jika hal itu benar, kita tetap sudah melakukan hal yang tidak baik kerana kita tidak boleh menyebarkan keburukan orang .


ALLAH menyimpan aib kita dengan begitu rapi.

Bagaimana kita tega menceritakan aib sesama sendiri sedangkan kita seperti meratah bangkai daging saudara kita sendiri?

Maka bersihkan hati kita dari su’uzon.
Lisan akan bersih dari hati yang bersih.
Insya-ALLAH.

_______H-u-s-n-u-z-z-o-N___

(Sebahagian tazkirah dari Ustazah Zai dalam Husnuzzon pagi tadi. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️)

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook:

yusnizayaziz

ustazahzai

Husnuzzon

14 Jamadil Akhir 1445H
1 Januari 2024

Isnin, 1hb Januari 2024, Angka tahun telah berubah, angka umur juga telah berubah, nasihat MRJ bagi mereka yang masuk usia 40 tahun dan ke atas.

Mulai hari ini bermulalah tahun baru Masihi iaitu 2024 pada usia yang baru. Bagi yang masuk umur 40 tahun maka slowkanlah (kurangkan) aktiviti duniawi dari segi liburan, lepak, memancing, hiking dan sebagainya. Kita sering dengar ramai rakan terdekat kita yang telah kembali kepada Tuhan dalam range usia 40an.

Pada usia ini kita kena sungguh-sungguh buat persediaan untuk kita berhijrah ke alam yang lain. Hakikatnya kita tidak tahu bila ajal kita datang, namun ia boleh hadir pada bila-bila masa tanpa menunggu usia tua.

Sudah-sudahlah jika kalian asyik layan kereta, asyik join band, layan karaoke, layan media sosial berlebih2an. Cuba judge diri kita dengan keupayaan membaca Al Quran. Pasti boleh baca dengan baik? Dalam setahun yg lalu dah berapa kali kita khatam?

Rakan facebook ku yang dikasihi….

Yang Pertama, kita jangan tunggu pada usia tua baharu nak beramal kerana pada waktu itu keadaan kesihatan kita tidak akan terdaya. Betapa ramai yang kita dapat dengar dan mungkin dapat lihat sendiri orang yang mati terkejut pada usia di awal 40an, yang mengalami sakit jantung diusia 30an, yang kena penyakit gout, darah tinggi pada awal 40an dan pelbagai penyakit lain yang tidak dijangka lebih-lebih lagi kita berada pada zaman wabak ini. Ekoran mendapat penyakit di pertengah usia ini ia akan menyebabkan pergerakan akan terbatas, tak terdaya lagi nak ke masjid, lesu utk baca Quran, lemah utk bangun tahjud dan byk halangan-halangan yang lain. Justeru masa kita usia muda atau memiliki kesihatan yang baik ni lah yang kita perlu usahakan utk perhebatkan amal ibadah rajin2 g masjid, rajin2 ke majlis2 ilmu dan byk berbuat kebaikan.

Yang kedua, apabila masuk usia 40 adalah usia yang membawa rentak kebiasaan kehidupan kita kepada kepenghujungnya.

Justeru kita kena renung dan lihat diri kita apabila masuk usia 40 tahun. Kalau kita tak bawa jiwa@diri kita kepada Agama maka ketika masuk usia 40 tahun kehidupan kita yang seterusnya akan kekal mengikut bawaan diri kita pada usia tersebut dan ia mungkin akan kekal hingga kita mati. Maksudnya, jika umur kita 40an masih lagi tak solat maka akan berterusanlah selamanya, kalauu 40an masih tak tutup aurat maka berkemungkinan besar akan kekal lah keadaan itu sampai ia mati, kalau dah usia 40an masih melayan karaoke, bermuzik maka sampai ke mati la dia akan terus bergelek @ berdangdut dan bermuzik. Kalau dah masuk 40 tahun masih lagi lagho (buat hal yg sia2, masjid tak nak pergi, kuliah jauh sekali, quran tak bukak, hanya sibuk buat hal yg tak manfaat) maka akan berterusanlah keadaan itu hingga akhir hayatnya.

Maka kerana itu , tentang usia 40 tahun ni..Allah ada sebut di dalam Quran dan Allah suruh kita DOA sebaik masuk usia 40 tahun sebagaimana yang difirmankan di dalam Quran surah Al-Ahqaf surah yg ke 46, ayat 15 iaitu:

حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَال

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa,

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri “.”
(QS. Al-Ahqaf: 15)

Justeru, pada tahun baru masihi 2024 yang baru bermula hari ini, kepada mereka yang masuk usia 40 tahun, silalah baca doa ini, jika tak boleh baca dalam bahasa arab maka bacalah di dalam bahasa rumi. Angkat tangan dan baca doa ini sungguh-sungguh.

Pada yang belum mencapai usia 40an, manfaatkanlah usia muda kalian dengan mencari ilmu, duduk dimajlis-majlis ilmu, belajarlah Al Quran dan tadabbur serta latih diri untuk melakukan amalan-amalan sunnah seperti zikir pagi & petang, tahajjud, dhuha, rawatib serta berpuasa sunat.

Semoga Allah SWT memberikan kebaikan kepada kita semua.

Sumber Faceboomk: Muhamad Rizal Johari

1/1/2024

~ MRJ

Menjadi Wanita Tenang

  1. Bangunlah seawal pagi. Mandi ni wajib. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan.
  2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.
  3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran.
  4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi.
  5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya.
  6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.
  7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari. Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka.
  8. Solat dhuha jangan tinggal. Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.
  9. Amalkan solat sunat lain. Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah
  10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita suka.
  11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat.
  12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.
  13. Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Ilmu akhirat lebih baik. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya.
  14. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur. Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah
  15. Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanitabyang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
  16. Foto saya ketika dalam Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Mekah ketika mengerjakan umrah yang lalu. Jika dengan bas, 7 jam perjalanan. Dengan train laju ini, dua setengah jam boleh sampai. Alhamdulillah.

Sumber Facebook Ilham Media : Faridah Mohd Ali