Sekiranya anda satu2nya anak dari ramai adik beradik yang terpaksa mengambil tugas menjaga ibu, maka hilangkan rasa keterpaksaan itu kerana sepanjang ibu anda bersama anda dan anda menjaga dgn ikhlas, kehidupan anda akan diliputi rahmat tatkala anda sentiasa diliputi pahala yang tak putus2. Nilai menjaga ibu itu sama seperti orang yang menjaga solat di awal waktu kerana kedua2nya adalah amalan yg DICINTAI oleh Allah SWT. Hakikatnya adik beradik anda yg lain sangat RUGI dan anda lah yang paling bertuah kerana berbakti kepada orang tua itu adalah antara faktor penyebab untuk mudah masuk Syurga.

Juga, janganlah anda mengeluh sekiranya anda adalah anak yg sering disuruh oleh ibu kerana anda lah orang yang paling menyenangkan hatinya tatkala itu adalah bonus pahala yg mungkin anda tidak sangka. Allah memuji anak2 yg berbakti kpd orang tuanya… Justeru jadilah anak yang soheh. Anak soleh bukan bermaksud anak yg hafiz quran, duk jadi imam dan sentiasa beramal, tetapi anak soleh itu maksudnya anak2 yg menyenangkan hati orang tuanya, berbakti serta mendoakan untuk mereka.

Siapakah manusia yang paling menghasilkan pahala kebajikan yang paling besar ?”…..IBUMU, IBUMU, IBUMU, BAPAMU…..”

Sumber Facebook: Muhamad Rizal Johari

~MRJ