Kita duduk lalu mengenang zaman jahiliyyah kita. Kita menyesal. Kita menangis. Sehinggalah kita mendapat petunjuk. Lalu kita memuji ALLAH atas petunjuk ini. Maka itu adalah zikir.

Kadangkala kita duduk untuk saling nasihat menasihati. Maka itu adalah zikir.

Kadangkala kita duduk untuk menyampaikan ilmu dan mendengar ilmu. Maka itu adalah zikir.

Kadangkala kita duduk untuk memahami bab daripada bab-bab kehidupan kita. Bab nikah. Bab jual beli contohnya. Maka itu adalah zikir.

Kadangkala kita duduk untuk memikirkan kebesaran ALLAH. Maka itu adalah zikir.

Kadangkala kita duduk untuk melihat dan bermuhasabah akan kecuaian kita. Maka itu adalah zikir.

Zikir merujuk kepada semua keadaan, semua suasana di mana kita mengingati ALLAH.


Kita duduk sambil kita bincang dosa kita. Kita duduk dengan isteri, kita bincang apa dosa kita selama hidup.

“Apa dosa saya pada awak? Apa dosa awak pada saya? Apa dosa kita pada anak-anak? Apa dosa kita pada masyarakat?”

Bincangkan.

Kita bincang bukan untuk kita nak blame atau nak mengutuk.

Kita bincang sebab kita nak muhasabah.

Isteri berkata,

“Abg…..saya rasa saya banyak berdosa sebab saya selalu tinggi suara marah kat Abg.”

Isteri pun menyesali dosa-dosanya.

Suami pula berkata,

“Saya pun sama. Saya mengabaikan kasih sayang pada awak. Saya mengabaikan perhatian kepada awak. Saya mengabaikan nafkah. Kita sama-sama mengabaikan pendidikan anak-anak kita.”

Suami isteri duduk berbincang kekurangan masing-masing dan bermuhasabah untuk memperbaiki. Maka ini juga adalah majlis zikir.


Suami isteri duduk untuk merancang kebaikan agama.

“Kita ni dah makin tua. Awak dah pencen. Saya pun dah pencen. Anak pun dah besar. Apa yang kita nak buat untuk agama kita? Apa kita nak isi kehidupan kita sekarang? Dulu saya keluar pagi. Awak pun keluar pagi. Kita jumpa malam. Kita jumpa waktu cuti. Sekarang kita ALLAH dah lapangkan waktu. ALLAH panjangkan umur kita sampai macam ni. Sampai anak kita semua dah kahwin dan mereka dah ada komitmen. Tinggal kita berdua. Apa kita nak buat pengisian kita?

Maka ini juga majlis zikir.

“Kita ubahlah cara hidup kita ni Abg. Kita ke masjid. Kita ke surau. Kita dengar kuliah. Dulu duit-duit kita, kita infaq ke anak-anak kita. Sekarang kita infaq pada semua benda baik yang lain. Dulu waktu cuti-cuti habis semua tempat dah kita melancong. Sekarang ni kita nak gunakan cuti-cuti kita untuk memperbanyakkan lagi ketaatan kepada ALLAH. Dulu masa kerja tak sempat nak belajar agama. Masa cuti pun tak sempat nak belajar sebab nak pi bercuti. Tak ada masa nak belajar. Sekarang Alhamdulillah ALLAH dah lapangkan. Kita dah harung semua negeri dah Abg. Dah habis utara , timur, barat dan selatan. Dah habis benua. Sekarang dah sampai masa kita bersiap sedia untuk pengembaraan yang hakiki yakni pengembaraan ke Alam Barzakh. Kita nak siapkan penerbangan kita untuk ke Akhirat. Biar kita dapat seat VIP. Dapat layanan yang baik. Biar penerbangan kita penerbangan yang baik.”

Suami isteri berbincang tentang pengisian kehidupan. Maka ini adalah majlis zikir.


Apa sahaja yang mengingatkan kita kepada ALLAH, sama ada dosa kita lalu mendorong kita untuk bertaubat, atau nikmat lalu mendorong kita untuk bersyukur, atau kekurangan lalu mendorong kita untuk memperbaiki, atau apa sahaja yang akhirnya mengembalikan kita semula ke pangkal jalan, maka sepakat ulama memanggilnya dengan majlis zikir.

Namun kita tak nafikan ada yang lebih mulia atas yang lebih mulia. Maka majlis yang paling mulia sekali adalah majlis yang secara khusus kita mengingati ALLAH dengan ilmu , kerana ALLAH mengangkat majlis zikir itu dengan ilmu.

Sehingga berkata Imam As-Syafie,

“Tiada ada majlis dan tidak ada ibadah yang lebih mulia sesudah fardhunya selain daripada menuntut ilmu.”


Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook:

yusnizayaziz

24 Jamadil Akhir 1445H
6 Januari 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *