KUNCI KEBAHAGIAAN

1 – Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2 – Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

3 – Lidah sentiasakan berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali.

4 – Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan untuk orang seterusnya.

5 – Setiap kali waktu solat, paksakan diri untuk solat di awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

6 – Sentiasa ucap rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji

7 – Tekadkan dalam diri nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

8 – Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

9 – Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

10 – Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

11 – Akhir sekali, berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, sayangi diri sendiri.

Ilmu untuk dikongsi bukan untuk disimpan ..

Nota penting:
Jangan kedekut ilmu kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Sumber : Ceramah Ustaz & Ustazah – Telegram
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *