Syeikh Abdul Qadir al-Jailani mencela segelintir Ulama, yang ada di setiap zaman. Ulama yang jahat memuji setiap perbuatan zalim, mungkar di kalangan Pemimpin. Digunakan apa sahaja ‘jenama’ Islam bagi membenarkan perbuatan orang zalim, jahat malah orang kafir – dan mereka Ulama jahat ini mengutamakan orang-orang kafir!
Kata Syeikh Abdul Qadir, dicela orang berstatus Ulama tapi berselindung di sebalik ilmu bagi menjustifikasi keburukan.
Ini ada setiap zaman.
Guru Mursyid yang beramal dengan ilmunya, kita nak belajar bukan Ulama sembang ‘deras’ tapi tak buat apa, dia tak tunjuk dia faham agama, dia tak kita lihat ke masjid atau buat apa.
Dia bercakap hanya meraih dunia, hanya nak menghiasi telinga orang mendengar. Angkat diri, bukan agama!
Kata Syeikh, “Semoga Allah memberikan hidayah kita dan mereka, ampuni kita dan mereka.”
- kita sebut kejahatan orang, tapi kita juga mendoakan mereka.
Kita berdoa kepada Allah semoga orang tersesat dalam bicara, kembali ke pangkal jalan.
- TOKKU PASIR GUDANG
Sumber Facebook: Pertubuhan Pengajian Ilmu Islam – PQ