Senyum dalam menerima takdir Allah ini bukanlah benda yang boleh kita main-main, kerana ia memerlukan kekuatan dalaman. Yang senyum melihat takdir Allah yang berlaku ke atas dirinya kerana dia mengetahui:
- (Takdir) datang daripada Allah yang Maha Mulia dan sifatNya yang sempurna
- Allah akan ganti yang lebih baik daripada yang dia hilang
- Dia mengetahui itu tanda Allah sayang
- Dia mengetahui itu tanda Allah nak mengangkat darjatnya
- Dia mengetahui itulah dia antara sebab paling kuat dia masuk Syurga, dengan ujian Allah.
Allah takkan masukkan dalam Syurga, hamba-hambaNya tanpa ujian.
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Surah Al-Ankabut, 2)
- Apakah mereka menyangka cukup dengan berkata mereka beriman walhal mereka tidak diuji?
Kita pasti akan diuji sebagai seorang anak,
Diuji sebagai suami, isteri,
Diuji sebagai ahli masyarakat, pekerja.
Tuan-tuan ujian itu akan terus datang tidak pernah putus, seperti ombak ia akan terus memukul pantai. Bezanya, kecil atau besar. Tapi ombak itu terus berbunyi siang – malam, itu pantai.
Sama dengan hidup, ujian – ia tak datang sini, datang ikut sana.
Cuma besar, kecil itu yang mungkin datang bersifat berkala. Tempoh tertentu dikehendaki oleh Allah.
Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG