“Aku pilih berdiam. Aku dah malas nak fikir. Aku tak nak maafkan orang.”

………………………………….

Kau pernah fikir tak, bagaimana pula kalau orang tak nak maafkan kau?

Sedangkan kau pun tak pernah lari dari membuat kesilapan.

……………………..

Bila nak ALLAH redho, bila kita nak ALLAH ampunkan kita, kita kena belajar memaafkan orang . Tak kiralah sekejam mana dia kepada kita.

Bila kita nak berhijrah , kita kena ingat hijrah itu adalah jihad yang terbesar.

Hari ni ramai sangat di kalangan kita yang tak nak memaafkan orang lain.

Hari ni ramai sangat antara kita yang bertangguh tak nak memaafkan orang lain.

Bila kita mati, kita lupa Yaumul Mahsyar itu dipenuhi dengan lautan manusia. Orang dah masuk Syurga tapi kau masih lagi terkandas di luar Syurga.

Kerana apa?

Kerana kesombongan kau tak nak maafkan orang lain.

Sombong tak nak maafkan orang lain.
Macam lah kau tak pernah buat dosa.
Macam lah kau tu baik sangat.

Kau kata,

“Dia zalim dekat saya.”

Bagaimana pula di saat kau zalim kepada diri kau?

Pernah kau fikir tak?

……………………..

Sebaliknya orang yang beriman, orang yang bertaqwa, orang yang beramal soleh, mereka sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang zalim kepada diri mereka. Hatta Baginda Nabi SAW pun apabila dizalimi oleh orang-orang kafir, Baginda Nabi SAW masih lagi memaafkan mereka.

Kita kena tiru cara Nabi.

Kita tak boleh jadi seperti Nabi SAW tapi kalau kita dapat tiru cara Nabi SAW memaafkan orang, di saat kita memaafkan orang, ALLAH buka pintu rahmat buat kita dan ALLAH letakkan kita dalam golongan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT.

…………………………

Bila kita tak memaafkan orang lain, tidak akan ada ketenangan dalam jiwa kita wahai sahabat.

………………………..

Jiwa sombong ni dia buat jahat tanpa dia sedar. Dia buat jahat dalam keadaan dia perasan dia hebat.

Kejahatan yang kita tak sedar di saat kita nak berubah jadi baik, kita lupa nak maafkan orang. Kita lupa nak berlapang dada dengan ujian ALLAH.

Kita ingat berubah tadi dengan pakaian sahaja, dengan solat sahaja, dengan zikir sahaja. Tetapi kita lupa bahawa perubahan sebenar adalah pada hati kita.

……………………..

Ujian datang berbagai-bagai cara.

Sudah berpakaian baik pun akan ada ujiannya.

Sudah solat sempurna pun akan datang ujiannya.

Sudah solat di awal waktu pun akan datang ujiannya.

Setiap apa pun yang kita lakukan adalah ujian. Kita sahaja yang tak faham. Kita sahaja yang tak tahu. Sebab itu bila kita nak memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH, kita kena banyak menangis kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, kurniakan kepada aku petunjuk, taufiq dan hidayah.”

Kerana kita sangat perlukan petunjuk ALLAH di dalam kehidupan ini.

…………………………….

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

23 Muharram 1446H
29 Julai 2024

Apabila disebut tentang REZEKI, mentality kita akan terfokus bahawa rezeki itu adalah DUIT & HARTA. Apabila diberi rezeki pada dua hal ini baharulah manusia akan ‘UP’ rasa syukur pada dirinya.

Namun kebanyakkan orang mentalitynya tidak meletakkan bahawa kesihatan, kebahagian, mendapat pasangan yang baik, beribadah juga adalah REZEKI. Hakikatnya jarang manusia bersyukur bila memiliki nikmat ini, sedang kesemua ini adalah rezeki yang teristimewa.

Apa guna duit banyak , kalau badan tidak sihat, apa guna duit banyak tetapi mendapat pasangan yang menyakitkan hati, tak caring, dan apa guna jika dapat gaji sebulan sejuta tapi tak solat.

Rezeki terbesar bagi seorang muslim adalah IMAN lalu dengannya dia memperbanyakkan ibadah. Mengumpul rezeki dunia lalu berpenatan dan menghabiskan banyak masa yang banyak untuknya adalah sesuatu yang mungkin menguntungkan dari sudut dunia.

Kebanyakkan manusia mengejar rezeki dunia hingga minima masanya untuk beribadah. Kita perlu sedari bahawa, nikmat dunia adalah sementara dan ia mula hilang apabila seseorang itu menjadi tua dan mulai sakit. Lalu ekoran menghabiskan masa dengan dunia kemudian apabila dia mati, dia akan menjadi papa kedana di akhirat (ekoran amalnya sikit) sedangkan akhirat adalah kehidupan kekal abadi tatkala untuk meraih kehidupan kekal abadi itu kita memerlukan stock pahala yang banyak.

Cari nikmat dunia ia memerlukan duit yang banyak (melalui usaha pekerjaan), namun hakikatnya ia hanyalah nikmat yang sementara, sedang sebanyak manapun harta dunia yang dimiliki ia tidak akan pernah merasa cukup dan puas.

Cari nikmat akhirat ia tidak memerlukan modal harta tatkala ia memerlukan pahala yang banyak (melalui usaha amal soleh). Maka kerana itu Syurga yang amat hebat yang tidak ternilai itu ia ramai dihuni oleh fakir miskin. Bagaimana keadaan kedasyatan nikmat akhirat itu, ia tidak terjangkau oleh minda manusia. Perumpamaan nikmat akhirat adalah jari yang dicelup ke lautan , setitik yang jatuh dari jari itu adalah nikmat dunia manakala yang selautan itu adalah nikmat akhirat.

Justeru, beruntunglah bagi insan yang menjuruskan kehidupan mereka untuk mencari dana akhirat (pahala) dan mengambil nikmat dunia dengan ala kadar sahaja.

Hakikatnya REZEKI TERBESAR pada seseorang muslim bukanlah duit dan harta tetapi IMAN dan IBADAH.

Tetaplah bersyukur apabila mendapat pasangan yang baik, anak-anak yang baik, diberi kesihatan yang baik kerana ini juga adalah REZEKI.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, INVESTLAH UNTUK DANA AKHIRAT KITA DENGAN AMAL.

Sumber Facebook :~MRJ

𝐃𝐄𝐍𝐆𝐊𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁

Membunuh segala kebaikan.

Dalam hidup, kita akan sentiasa diuji dengan orang-orang di sekeliling samada di kalangan ahli keluarga, jiran-jiran, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang dikenali ataupun tidak.

Allah SWT menjadikan kata-kata dan tingkah laku mereka boleh membuatkan kita menjadi marah, kecewa, sedih dan berputus asa.

Inilah lumrah dalam kehidupan kerana Allah SWT ingin menguji tahap kesabaran kita dan Allah ingin menyedarkan kita bahawa inilah hakikat kehidupan dunia, kerana di syurga sahaja kita tidak akan tersakiti, sebagai firmanNya,

— Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa.

— Tetapi mereka mendengar ucapan salam.”
(Al-Waqiah: 25-26)

Sebaik manapun kita, kita tetap akan mendengar cemuhan, cacian dan kata-kata buruk yang ditujukan kepada kita.

InsyaAllah kita tidak termasuk dalam golongan dengki, khianat dan suka membuat fitnah.

Sumber Facebook : Muhd Kamil Ibrahim

Kenapa manusia terkena depression, anxiety, disorders dan sebagainya? Benda-benda ni semua bukan datang secara tiba-tiba, tetapi ia disebabkan mereka OVERTHINKING. Kenapa overthinking? Sebab jiwa tidak diisi dengan zikrullah lalu sibuk melayan masalah dan otak (pemikiran). Maka kerana itu kita lihat, bagi orang yang melazimi zikir di dalam amalan hariannya, dia akan tenang meskipun menghadapi ujian yang berat.

Kenapa orang yang melazimi zikir boleh tenang? Zikir adalah penguat jiwa, dan Allah SWT dekat dengan orang yang sentiasa mengingatiNYA. Justeru pertolongan Allah cepat kepada orang yang mendekatiNYA.

Justeru, kenapa ramai orang putus asa bila mengadapi keadaan yang terdesak dan dia sangat memerlukan doanya untuk segera dimakbulkan, lalu dia tidak mendapatkannya? Hal ini disebabkan disaat dia lapang, dia lupakan Allah.

Maka kerana itu jika kita mahu doa kita cepat disegerakan disaat kita menghadapi situasi yang mendesak, maka banyakkan mengingati Allah sewaktu kita lapang.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, INGAT JUMAAT INGAT SELAWAT.

~Sumber Facebook : MRJ

Pengetahuan Am

  1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.
  2. Pulangkan duit yang kita pinjam sebelum diminta. Tak kisah lah RM 1 atau RM 100. Hutang tetap hutang. Hormati integriti diri sendiri.
  3. Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.
  4. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, “Oh, belum kahwin ya? Umur dah berapa ni?”, atau “Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?”, “Kenapa belum beli rumah?”. Itu hal peribadi. Tak perlu ditanya. Bukan hal kita.
  5. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tak rugi bantu mudahkan orang lain.
  6. Berhati-hati dalam bergurau. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.
  7. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila dah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.
  8. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.
  9. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau dah terbagi tahu, eloklah jemput terus.
  10. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.

TeguranSesamaKitaDanDiriSendiri

Sumber Facebook : Via Nina Zahirah

KESIBUKAN TIDAK MENGHALANGI INSAN YANG CINTAKAN IBADAH UNTUK BERZIKIR

ZIKIR PETANG YANG SAHIH DARI HADIS

Dimulakan dengan membaca Ayatul Qursi (1x), Al-Ikhlas (3x), Al-Falaq (3x) & An-Nas (3x)

  1. Dibaca Petang 1x (satu kali) :

أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ للهِ، وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا، وَأَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا، رَبِّ أَعُوذُبِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ

Amsaynaa wa amsal mulku lillah walhamdulillah, laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodir. Robbi as-aluka khoiro maa fii hadzihil lailah wa khoiro maa ba’dahaa, wa a’udzu bika min syarri maa fii hadzihil lailah wa syarri maa ba’dahaa. Robbi a’udzu bika minal kasali wa suu-il kibar. Robbi a’udzu bika min ‘adzabin fin naari wa ‘adzabin fil qobri.

Ertinya: “Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada ilah (yang berhak disembah) kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Milik Allah kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.Wahai Rabbku, aku mohon kepada-Mu kebaikan di malam ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Rabbku, aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan keburukan di hari tua. Wahai Rabbku, aku berlindung kepada-Mu dari siksaan di neraka dan siksaan di kubur.”

  1. Dibaca Petang 1x (satu kali) :

اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ أَصْبَحْنَا،وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ

Allåhumma bika am-saynaa, wa bika ash-bahnaa, wa bika nahyaa, wabika namuut, wa ilaykal mashiir.

Ertinya: “Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang, dan dgn rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi. Dengan rahmat dan kehendak-Mu kami hidup, dan dengan rahmat dan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu tempat kembali ”

  1. SAYYIDUL ISTIGHFAR
    Dibaca Petang 1x (satu kali) :

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allåhumma anta råbbiy, laa ilaaha illa anta, khålaqtaniy wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika, wa wa’dika, mas tathå’tu, a’uudzubika min syarri maa shåna’tu, abuu-u laka wa ni’matika ‘alayya, wa abuu-u bidzanbiy, faghfirliy, fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta.

Ertinya: Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada ilah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan apa yang aku perbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.

  1. Dibaca Petang 3x (tiga kali) :

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا

Rådhitu bilaahi råbba, wa bil islaami diinaa, wa bi muhammadin shållallåhu ‘alayhi wa sallama nabiyya.

Ertinya: “Aku redho Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad Shallallahu ’alaihi wa Sallam sebagai nabiku.”

  1. Dibaca Petang 3x (tiga kali) :

اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَدَنِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ سَمْعِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَصَرِيْ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allåhumma ‘aafiniy fiy badaniy, Allåhumma ‘aafiniy fiy sam’iy, Allåhumma ‘aafiniy fiy bashåriy. Laa ilaaha illa anta. Allåhumma inniy a’uudzubika minal kufri wal faqri, wa a-’uudzubika min ‘adzaabil qåbri, laa ilaaha illaa anta.

Ertinya: Ya Allah! Selamatkan tubuhku. Ya Allah, selamatkan pendengaranku. Ya Allah, selamatkan penglihatanku. Tidak ada ilah kecuali Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur. Tidak ada ilah kecuali Engkau.

  1. Dibaca petang 3x (tiga kali) :

بِسْمِ اللهِ الذي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bismilaahil hil ladzi laa yadhurru ma ‘asmihi syay’un fil ardhi wa laa fis samaa wahuwas samii’ul ‘aliim

Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatupun yang membahayakan, baik di bumi maupun di langit. Dia-lah Yang Maha mendengar dan Maha mengetahui.”

  1. Dibaca Petang 1x (satu kali) :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

Allåhumma inni as-alukal ‘afwaa wal ‘aafiyah, fid-dunya wal aakhiråh, allåhumma inniy as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah, fi diinii wa dunyaayaa wa ahliy wa maaliy. Allahummastur ‘awraatiy, wa aamin råw-’aatiy. Allåhummah fazhniy min bayni yadayya, wa min khålfiy, wa ‘an yamiiniy wa ‘an syimaaliy wa min fawqiy, wa a-’uudzubika bi ‘azhåmatika an-ughtaala min tahtiy.

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kebaikan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah! Peliharalah aku dari depanku, dari belakangku, dari ka-nanku, dari kiriku, dan dari atasku. Dan aku berlindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak disambar dari bawahku.

  1. Dibaca Petang 1x (satu kali) :

اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِيْ سُوْءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

Allåhumma ‘aalimal ghåybi wasy syahaadah, faathiras samaa waati wal ‘ardh, råbba kulla sya-in wa maliikahu, asyhadu an-laa ilaaha illa anta, a-’uudzubika min syarri nafsi, wa min syarrisy syaythååni wa syirkih, wa an-aq’tarifa ‘ala nafsiy suu-an aw ajurråhu ila muslim.

Ertinya: “Ya Allah! Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Råbb pencipta langit dan bumi, Råbb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahwa tidak ada ilah kecuali Engkau. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku, dan dari kejahatan setan dan balatentaranya, dan aku dari berbuat keburukan atas diriku atau mendorong seorang muslim kepadanya.”

  1. Dibaca Petang 1x (satu kali) :

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

Yaa hayyu yaa qåyyuum, bi råhmatika astaghiitsu, ash-lihliy sya’niy kullahu, wa laa takilniy ila nafsiy thårfata ‘ayn.

Ertinya: “Wahai Rabb Yang Maha hidup, wahai Rabb Yang Maha berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau serahkan (urusanku) kepada diriku sendiri walaupun hanya sekejap mata.”

  1. Dibaca Petang 3x (tiga kali) :

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

A’uudzu bi kalimaatillaahit taaammaati min syarri maa khålaq.

Ertinya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya.”

  1. Dibaca Petang 100x :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir.

Ertinya: “Tidak ada ilah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dan Dia-lah yang Maha kuasa atas segala sesuatu.”

  1. Dibaca Petang 100x :
    سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Subhaanallåhi wa bihamdih.
Maksudnya: “Maha Suci Allah, aku memuji-Nya.”

  1. Dibaca Petang (atau Sehari-semalam) 100x :

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

Astaghfirullåha wa atuubu ilayh

Ertinya: “Aku memohon ampunan kepada Allah dan bertobat kepada-Nya.”

  • WAKTU ZIKIR PETANG, SELEPAS SOLAT ASAR HINGGA SEBELUM ISYAK.
  • Sumber Facebook: Muhamad Rizal Johari

~MRJ

Muharram adalah antara 4 bulan-bulan haram (bulan-bulan yang dimuliakan) selain Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Rejab.

Namun dari keempat-empat bulan tersebut, Muharram diangkat sebagai bulan keutamaan untuk melakukan ibadah puasa sunat, maksudnya afdhal untuk memperbanyakkan puasa sunat. Maksud adhal adalah ia memiliki darjat(kelebihan/fadhilat) yang lebih dari bulan-bulan yang lain.

Justeru, perbanyakkanlah berpuasa sunat pada bulan muharram seperti:-

  1. Isnin dan Khamis
  2. Tasu’a & Asyura (9 & 10H)
  3. Yaumul bidh (jumaat, sabtu,ahad | 13,14,15H)
  4. Berpuasa spt puasa nabi Daud iaitu berpuasa secara berselang.

Memperbanyakkan ibadah puasa akan mendapat manfaat AR RAYYAN iaitu disediakan pintu khas di dalam Syurga yang mana di dalamnya penuh dengan segala kenikmatan.

Justeru, mari kita berpuasa sunat hari ini (sunat khamis), kemudian yaumul bidh (jumaat,sabtu,ahad), kemudian sunat isnin.

~MRJ

Sumber Facebook – MRJ ( Muhamad Rizal Johari)

JANGAN TAKUT KURANG HARTA DEMI MEMBAIKI AGAMA

Guru kami menceritakan waktu beliau di Baghdad, dia kata ada seorang itu baik dia langgar satu kereta. Bila langgar, tuan tu takda. Dituliskan surat, dan tinggalkan surat. Rupanya kereta dilanggar itu milik Paderi besar. Akhirnya dia telefon dan buat pertemuan.

Mengaku salah dan nak beri ganti rugi.
Paderi itu bertanya,

“Kenapa awak buat macam ni?”

“Sebab saya takut Akhirat saya.”

Ganti rugi dunia kecik je, berbanding Akhirat. Paderi itu jadi kagum.

Ini dia TAUBAT.
Memanglah kita langgar lari tapi tanggungjawab kita tak selesai. Walau kita rugi, kalau beritahu, mengaku kena bayar tapi tak beritahu duit selamat.

Ingat, rezeki kita boleh hilang banyak cara. Kalau tuan-tuan tak hilang sebab bayar gantirugi, ia hilang cara lain. Nanti orang lain langgar kereta kita pula. Rezeki ini berpusing dekat situ, jangan takut untuk kita memperbaiki agama dengan hilang harta. Kan harta itu hak Allah dan Allah kembalikan kepada kita lebih baik?

Ramai orang dia takut bertaubat dengan hilang harta, kena bayar gantirugi itu ini.

Pemilik rezeki itu Allah dan Allah akan gantikan lebih baik.

Sumber Facebook : Pertubuhan Pengajian Ilmu Islam – TOKKU PASIR GUDANG

APAKAH AMALAN YANG BAIK UNTUK KITA LAKUKAN PADA HARI JUMAAT ???

1.Mulakan rutinan diawal pagi dengan bacaan zikir pagi.

  1. Kemudian, ditambahkan dengan berselawat 100x. Jumlah ini bukan syarat khusus, ia sebagai usaha untuk disiplinkan diri agar kita perbanyakkan selawat pada hari Jumaat.
  2. Selesai zikir pagi, selesai selawat, kita cari mana-mana channel kebajikan, dan kita BERINFAQ.
  3. Bila dah naik matahari, kita buat Dhuha 4 rakaat (2 salam). Habis je Dhuha kita baca istighfar ni sebanyak 100x
    رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Rabbighfir li, wa tub ‘alayya, innaka antat tawwābur rahim.

  1. Cari masa lapang samada sebelum jumaat atau selepas jumaat kita baca Al-Kahfi (penuh).
  2. Selepas solat asar kita baca zikir petang.
  3. Kemudian, ditambahkan dengan berselawat 100x. Jumlah ini bukan syarat khusus, ia sebagai usaha untuk disiplinkan diri agar kita perbanyakkan selawat.
  4. 1/2 jam sebelum maghrib kita angkat tangan kita berdoa-doa banyak. Nak buat solat sunat wudhuk sebelum tu pun tak de masalah dan lepas tu doa sungguh-sungguh bagi mereka yang ada hajat penting.

Kesimpulan, ingat Jumaat maka ingat Selawat, ingat Sedekah, ingat al-Kahfi dan ingat Doa mustajab dipenghujung asar.

Selamat beramal.

~MRJ

Sumber Facebook : Muhamaf Rizal Johari

Kita tinggalkan anak-anak soleh solehah tak, untuk mendoakan kita lepas kita mati?

Kalau tak ada, jangan kita sibuk mencari-cari dan menyalahkan ALLAH, kenapa ALLAH tak bagi pada kita anak soleh solehah?

Mungkin juga dengan ilmu boleh bawa kita ke Syurga ALLAH.

Mungkin juga dengan harta boleh bawa kita ke Syurga ALLAH.

Mungkin dengan ketiga-tiganya atau mungkin salah satunya akan bawa kita ke Syurga ALLAH.


Perkara berkaitan MASA,

Mengapa bila kita buat benda-benda lagho, kita tak terasa pun masa berjalan begitu pantas?

“Aikkk…. Aku tengok drama dah 3 jam?”

Kita tak sedar.

Tapi bila baca Al-Quran baru 2 muka surat, kita dah menguap.

Masa yang ALLAH beri kepada kita, nanti ALLAH akan tanya kita gunakan untuk apa?


Tubuh badan dan semua nikmat yang lain, ALLAH akan tanya.

Waktu tubuh badan masih sihat, dia pergi masjid. Masya-ALLAH bila dah tak sihat, dengar bunyi azan di masjid, mesti ada airmata yang mengalir dipipinya sebab dia dah tak boleh pergi masjid lagi dah sebab dia sakit.

Kemudian isterinya memujuk,

“Takpe abg. Solat di atas katil pun ALLAH terima.”

Sebelum solat di atas katil, dia diwudhukkan oleh anak-anaknya. Dia terkenang,

“Kalau aku sihat, boleh aku pergi masjid.”

Orang macam ni walaupun dia solat atas katil, ALLAH bagi pahala dekat dia sama macam dia solat jemaah di masjid.

Sebab apa?

Sebab masa dia sihat dulu dia buat.


Bayangkan kalau dia dah diuji begitu baru dia nak sebut,

“Aku nak sembuh Ya ALLAH. Aku nak pergi masjid nak solat jemaah.”

Dia dah sakit baru dia teringat macam tu. Tiba-tiba dia bukan sembuh tapi dia mati. Maka penyesalan itu bersambung di alam sana.


Sedangkan orang yang masa sihat dia buat, dan ketika dia sakit dia buat setakat kemampuan dia.

“Aku masih ada akal. Masih wajib solat.”

Dia buat.

Walaupun sorang-sorang dia solat, tapi ALLAH boleh bagi ganjaran pahala macam dia solat berjemaah.


Tapi kalau dia tak buat masa dia sihat, maka penyesalannya masa tu sangat besar.

“Kalaulah aku sembuh…. Aku nak berlari ke masjid. Aku bernazar Ya ALLAH. Kalau aku sembuh aku nak pergi masjid.”

Tiba-tiba sakaratul maut yang datang.

Maka dia tak boleh patah balik.

Sebab itu ada yang menjerit-jerit selepas kematiannya.

“Ya Robb! Balikkan aku ke dunia. Aku nak ulang balik. Aku nak sihat balik. Aku nak berlari balik ke masjid!”

Allahu Akhbar!


Ketua keluarga akan ditanya tentang keluarganya.

Pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya terhadap rakyatnya.


Kita akan ditanya tentang nikmat pendengaran, penglihatan dan hati yakni fikiran dan soalan tentang niat dalam melakukan amalan soleh.

Hari ni Ustazah Zai datang ke sini, tak ada seorang pun yang tahu niat Ustazah.

Niat nak dapat sampul lepas ni ke?
Niat kerana nak cari redho ALLAH ke?
Niat nak jumpa dan sembang dengan Datin ke?

Tak ada siapa yang tahu kecuali ALLAH.

Sebab itu bila tersalah niat, kita beristighfar dan perbetulkan semula niat.


Kita yang datang sebagai penuntut ilmu pulak, apa niat kita?

“Aku datang majlis ilmu ni sebab aku nak jumpa acik ni. Kalau jumpa acik ni, aku mesti dapat cekodok.”

Memang kita dapat cekodok sajalah nanti.

Jadi betulkan semula niat.

“Astaghfirullahal’azim. Aku datang nak belajar. Bukan nak cari cekodok.”

Subhanallah!

………..

“Hari ni Ustazah bawak tak muruku yang sedap dekat Grand Barakah tu? Saya dah bawak duit ni datang Masjid Mardhiyah semata-mata nak beli muruku.”

Maka dapat muruku sajalah dia.

Subhanallah!

………..

Kita tak sedar perkara ini hari-hari bermain dalam fikiran kita.

Tapi bila kita orang beriman dan berilmu, kita sedar ,

“Silap dah aku ni mai majlis ilmu cari muruku pulak dah. Ya ALLAH. Aku nak belajar ni.”

Maka kita akan dapat balik kebaikan.


Sebab itu ada orang alim menghantar anaknya di muka pintu untuk ke pondok lalu dia berpesan kepada anaknya,

“Kamu ingat wahai anak. Dari sini ke pondokmu itu ada 70 langkah. Jadi mesti kamu pergi sampai ke pondok itu dengan 70 niat. Di dalam niat itu terkandung doa.”

Antara doanya,

  • Aku mahu bertemu dengan guru yang soleh.
  • Aku mahu bercantum silaturrahim dengan kawan-kawan.
  • Aku mahukan ilmu yang diwarisi daripada Nabi SAW.

Mesti ada 70 doa.

…………….

Sedangkan kita?

Pada setiap kayuhan basikal dan pada setiap pusingan tayar kereta menuju majlis ilmu, kita tak pasang niat.

Kita nampak rumah orang, kita komplen,

“Laaa apasal rumah tu cat warna kuning? Kalau cat warna hijau kan lagi cantik.”

Kita masuk saja dalam masjid,

“Laaa masjid ni masih karpet warna hijau dah bertahun-tahun tak tukar-tukar. Tukarlah karpet merah pulak.”

Maka tak jadi pahala.

Sedangkan pada setiap langkah kita boleh berdoa, boleh berniat dan boleh berzikir. Semua itu menjadi ibadah sehingga ALLAH tak tanya kita lagi dah ketika berdiri di hadapan ALLAH.

Tapi jika di setiap langkah kita asyik fikirkan orang, asyik fikirkan dunia , maka di setiap itu jugalah ALLAH akan tanya kita ketika kita berdiri di hadapan ALLAH kelak.

Allahu Akhbar!


Dan soalan tentang niat dalam melakukan amalan soleh, adakah amalannya ikhlas ataupun tidak?

Kita masak-masak dalam keadaan ceria sebab anak dah janji nak balik bawa cucu.

Tiba-tiba anak telefon.

“Ma… Tak jadi baliklah ma. Kena pergi kerja outstation.”

Kita pun geram!

“Kalau aku tahu tadi, tak payah masak untuk budak-budak tu. Menyusahkan aku je!”

Maka tak jadilah kita mukhlisina lahuddin.

……………..

Ya ALLAH!

Banyak dah benda yang sebenarnya kita dah baik atas dunia ni , kita sudah berpenat-penat untuk baik. Tapi ALLAH tak hitung sebab kita tak ikhlas.

Jika kita ikhlas , ALLAH tahu. ALLAH nampak niat kita tadi sebagai ibu nak menggembirakan anak-anak dan sebagai isteri nak menggembirakan suami. ALLAH tahu.

Maka jangan batalkan lagi keikhlasan kita walau apapun ribut taufan yang datang.

“Ehhh….relax je yang? Anak-anak tak jadi balik. Tak marah?”

“Relaxlah Abg. Mama kan mukhlisina lahuddin.”

Inilah kesan ilmu.

…………………

Jadi apa beza orang berilmu dengan orang tidak berilmu?

Kalau kita tak ada ilmu memang kita rasa nak pelangkong kepala semua orang. Nak pelangkong kepala suami. Nak pelangkong kepala anak-anak.

Tapi orang yang berilmu mampu memelihara keikhlasannya, mengawal emosinya serta tindakannya dan tidak akan sengaja mengulangi kesalahan yang sama.

Subhanallah.


[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah live dari Masjid Mardhiyah. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

3 Muharram 1446H
9 Julai 2024