JAUH TAPI DEKAT

“ibu sendirian? Mana yang lain?”

Sebaik saja mengusap muka selesai berdoa .. di uja soalan. Sekumpulan ibu-ibu dari Indonesia melempar senyuman.

Dalam hati mahu sahaja menjawab.. “Mahram ku suamiku Muhd Kamil Ibrahim sedang sakit di rumah namun terpaksa ditinggalkan. Di sini daku senang berseorangan .. terasa dekat disisi Tuhan”

Soalan tulus. Saya angguk .. malas berborak. Mata memerhati mereka berbahagi kentang rebus.

“Hotel ibu dekat-dekat sini?”

Jenis peramah. Masih memancing. Saya masih diam. Hanya anggukan.

Alasan utama saya memilih bersendiri kerana mahu mengelak berbicara perkara sia-sia. Tambahan pula di hadapan kaabah.

“Enak kali ya buk hotelnya dekat. Hotel kami jauh .. 7 km. Jam 2.00 pagi kami udah mulai jalan kaki”

Saya menatap satu-persatu wajah mereka. Berbilang usia. Paling muda barangkali seusia dengan saya. Namun semangat setiakawan mereka begitu utuh. Saling membantu.

Katanya seharian mereka berada di dataran kaabah. Dari subuh hingga usai Isyak. Hanya keluar sebentar untuk ke tandas dan berwuduk kemudian masuk semula.

Hati tersentuh. Melihat cara pemakaian .. mereka bukan orang senang. Ia memaksa saya membuka mulut.

“Tahukah ibu … berapa ramai mereka yang tinggal di hotel berhampiran masjidilharam tetapi pilihan solatnya di bilik sahaja.

Ibu-ibu semua .. hotelnya jauh. Berjalan kaki berkilometer tetapi solatnya di depan kaabah.

Hakikatnya mereka tinggal dekat tapi dijauhkan Allah dari memasuki Baitullah.

Ibu semua tinggal jauh tapi diberi kekuatan semangat rasa dekat dan diizinkan sujud menghadap kaabah.

Allah .. jauh tapi dekat. Sujud syukur lah”

Lalu, kami bergilir berpelukan menangis berhiba-hiba.

“Kami miskin buk. Puluh tahun nyimpan uang. Itulah bila dijemput Allah ke Baitullah kami mahu duduk di sini aja. Kapan lagi bisa ke mari”

Bagi saya ke tanah suci ini .. keistimewaan bukan semata-mata terletak pada kelas tempat duduk dalam pesawat atau bilangan bintang hotel tempat menginap.

Tetapi … berapa kerap dan dekat dirimu diizinkan sujud dalam Baitullah.

Sumber Facebook : RozaRoslan #haji2023 #hajikutanpamahram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *