Kita tinggalkan anak-anak soleh solehah tak, untuk mendoakan kita lepas kita mati?

Kalau tak ada, jangan kita sibuk mencari-cari dan menyalahkan ALLAH, kenapa ALLAH tak bagi pada kita anak soleh solehah?

Mungkin juga dengan ilmu boleh bawa kita ke Syurga ALLAH.

Mungkin juga dengan harta boleh bawa kita ke Syurga ALLAH.

Mungkin dengan ketiga-tiganya atau mungkin salah satunya akan bawa kita ke Syurga ALLAH.


Perkara berkaitan MASA,

Mengapa bila kita buat benda-benda lagho, kita tak terasa pun masa berjalan begitu pantas?

“Aikkk…. Aku tengok drama dah 3 jam?”

Kita tak sedar.

Tapi bila baca Al-Quran baru 2 muka surat, kita dah menguap.

Masa yang ALLAH beri kepada kita, nanti ALLAH akan tanya kita gunakan untuk apa?


Tubuh badan dan semua nikmat yang lain, ALLAH akan tanya.

Waktu tubuh badan masih sihat, dia pergi masjid. Masya-ALLAH bila dah tak sihat, dengar bunyi azan di masjid, mesti ada airmata yang mengalir dipipinya sebab dia dah tak boleh pergi masjid lagi dah sebab dia sakit.

Kemudian isterinya memujuk,

“Takpe abg. Solat di atas katil pun ALLAH terima.”

Sebelum solat di atas katil, dia diwudhukkan oleh anak-anaknya. Dia terkenang,

“Kalau aku sihat, boleh aku pergi masjid.”

Orang macam ni walaupun dia solat atas katil, ALLAH bagi pahala dekat dia sama macam dia solat jemaah di masjid.

Sebab apa?

Sebab masa dia sihat dulu dia buat.


Bayangkan kalau dia dah diuji begitu baru dia nak sebut,

“Aku nak sembuh Ya ALLAH. Aku nak pergi masjid nak solat jemaah.”

Dia dah sakit baru dia teringat macam tu. Tiba-tiba dia bukan sembuh tapi dia mati. Maka penyesalan itu bersambung di alam sana.


Sedangkan orang yang masa sihat dia buat, dan ketika dia sakit dia buat setakat kemampuan dia.

“Aku masih ada akal. Masih wajib solat.”

Dia buat.

Walaupun sorang-sorang dia solat, tapi ALLAH boleh bagi ganjaran pahala macam dia solat berjemaah.


Tapi kalau dia tak buat masa dia sihat, maka penyesalannya masa tu sangat besar.

“Kalaulah aku sembuh…. Aku nak berlari ke masjid. Aku bernazar Ya ALLAH. Kalau aku sembuh aku nak pergi masjid.”

Tiba-tiba sakaratul maut yang datang.

Maka dia tak boleh patah balik.

Sebab itu ada yang menjerit-jerit selepas kematiannya.

“Ya Robb! Balikkan aku ke dunia. Aku nak ulang balik. Aku nak sihat balik. Aku nak berlari balik ke masjid!”

Allahu Akhbar!


Ketua keluarga akan ditanya tentang keluarganya.

Pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya terhadap rakyatnya.


Kita akan ditanya tentang nikmat pendengaran, penglihatan dan hati yakni fikiran dan soalan tentang niat dalam melakukan amalan soleh.

Hari ni Ustazah Zai datang ke sini, tak ada seorang pun yang tahu niat Ustazah.

Niat nak dapat sampul lepas ni ke?
Niat kerana nak cari redho ALLAH ke?
Niat nak jumpa dan sembang dengan Datin ke?

Tak ada siapa yang tahu kecuali ALLAH.

Sebab itu bila tersalah niat, kita beristighfar dan perbetulkan semula niat.


Kita yang datang sebagai penuntut ilmu pulak, apa niat kita?

“Aku datang majlis ilmu ni sebab aku nak jumpa acik ni. Kalau jumpa acik ni, aku mesti dapat cekodok.”

Memang kita dapat cekodok sajalah nanti.

Jadi betulkan semula niat.

“Astaghfirullahal’azim. Aku datang nak belajar. Bukan nak cari cekodok.”

Subhanallah!

………..

“Hari ni Ustazah bawak tak muruku yang sedap dekat Grand Barakah tu? Saya dah bawak duit ni datang Masjid Mardhiyah semata-mata nak beli muruku.”

Maka dapat muruku sajalah dia.

Subhanallah!

………..

Kita tak sedar perkara ini hari-hari bermain dalam fikiran kita.

Tapi bila kita orang beriman dan berilmu, kita sedar ,

“Silap dah aku ni mai majlis ilmu cari muruku pulak dah. Ya ALLAH. Aku nak belajar ni.”

Maka kita akan dapat balik kebaikan.


Sebab itu ada orang alim menghantar anaknya di muka pintu untuk ke pondok lalu dia berpesan kepada anaknya,

“Kamu ingat wahai anak. Dari sini ke pondokmu itu ada 70 langkah. Jadi mesti kamu pergi sampai ke pondok itu dengan 70 niat. Di dalam niat itu terkandung doa.”

Antara doanya,

  • Aku mahu bertemu dengan guru yang soleh.
  • Aku mahu bercantum silaturrahim dengan kawan-kawan.
  • Aku mahukan ilmu yang diwarisi daripada Nabi SAW.

Mesti ada 70 doa.

…………….

Sedangkan kita?

Pada setiap kayuhan basikal dan pada setiap pusingan tayar kereta menuju majlis ilmu, kita tak pasang niat.

Kita nampak rumah orang, kita komplen,

“Laaa apasal rumah tu cat warna kuning? Kalau cat warna hijau kan lagi cantik.”

Kita masuk saja dalam masjid,

“Laaa masjid ni masih karpet warna hijau dah bertahun-tahun tak tukar-tukar. Tukarlah karpet merah pulak.”

Maka tak jadi pahala.

Sedangkan pada setiap langkah kita boleh berdoa, boleh berniat dan boleh berzikir. Semua itu menjadi ibadah sehingga ALLAH tak tanya kita lagi dah ketika berdiri di hadapan ALLAH.

Tapi jika di setiap langkah kita asyik fikirkan orang, asyik fikirkan dunia , maka di setiap itu jugalah ALLAH akan tanya kita ketika kita berdiri di hadapan ALLAH kelak.

Allahu Akhbar!


Dan soalan tentang niat dalam melakukan amalan soleh, adakah amalannya ikhlas ataupun tidak?

Kita masak-masak dalam keadaan ceria sebab anak dah janji nak balik bawa cucu.

Tiba-tiba anak telefon.

“Ma… Tak jadi baliklah ma. Kena pergi kerja outstation.”

Kita pun geram!

“Kalau aku tahu tadi, tak payah masak untuk budak-budak tu. Menyusahkan aku je!”

Maka tak jadilah kita mukhlisina lahuddin.

……………..

Ya ALLAH!

Banyak dah benda yang sebenarnya kita dah baik atas dunia ni , kita sudah berpenat-penat untuk baik. Tapi ALLAH tak hitung sebab kita tak ikhlas.

Jika kita ikhlas , ALLAH tahu. ALLAH nampak niat kita tadi sebagai ibu nak menggembirakan anak-anak dan sebagai isteri nak menggembirakan suami. ALLAH tahu.

Maka jangan batalkan lagi keikhlasan kita walau apapun ribut taufan yang datang.

“Ehhh….relax je yang? Anak-anak tak jadi balik. Tak marah?”

“Relaxlah Abg. Mama kan mukhlisina lahuddin.”

Inilah kesan ilmu.

…………………

Jadi apa beza orang berilmu dengan orang tidak berilmu?

Kalau kita tak ada ilmu memang kita rasa nak pelangkong kepala semua orang. Nak pelangkong kepala suami. Nak pelangkong kepala anak-anak.

Tapi orang yang berilmu mampu memelihara keikhlasannya, mengawal emosinya serta tindakannya dan tidak akan sengaja mengulangi kesalahan yang sama.

Subhanallah.


[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah live dari Masjid Mardhiyah. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

3 Muharram 1446H
9 Julai 2024