1.Mulakan rutinan diawal pagi dengan bacaan zikir pagi.
- Kemudian, ditambahkan dengan berselawat 100x. Jumlah ini bukan syarat khusus, ia sebagai usaha untuk disiplinkan diri agar kita perbanyakkan selawat pada hari Jumaat.
- Selesai zikir pagi, selesai selawat, kita cari mana-mana channel kebajikan, dan kita BERINFAQ.
- Bila dah naik matahari, kita buat Dhuha 4 rakaat (2 salam). Habis je Dhuha kita baca istighfar ni sebanyak 100x
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
Rabbighfir li, wa tub ‘alayya, innaka antat tawwābur rahim.
- Cari masa lapang samada sebelum jumaat atau selepas jumaat kita baca Al-Kahfi (penuh).
- Selepas solat asar kita baca zikir petang.
- Kemudian, ditambahkan dengan berselawat 100x. Jumlah ini bukan syarat khusus, ia sebagai usaha untuk disiplinkan diri agar kita perbanyakkan selawat.
- 1/2 jam sebelum maghrib kita angkat tangan kita berdoa-doa banyak. Nak buat solat sunat wudhuk sebelum tu pun tak de masalah dan lepas tu doa sungguh-sungguh bagi mereka yang ada hajat penting.
Kesimpulan, ingat Jumaat maka ingat Selawat, ingat Sedekah, ingat al-Kahfi dan ingat Doa mustajab dipenghujung asar.
Selamat beramal.
~MRJ
Sumber Facebook : Muhamaf Rizal Johari