Apabila disebut tentang REZEKI, mentality kita akan terfokus bahawa rezeki itu adalah DUIT & HARTA. Apabila diberi rezeki pada dua hal ini baharulah manusia akan ‘UP’ rasa syukur pada dirinya.

Namun kebanyakkan orang mentalitynya tidak meletakkan bahawa kesihatan, kebahagian, mendapat pasangan yang baik, beribadah juga adalah REZEKI. Hakikatnya jarang manusia bersyukur bila memiliki nikmat ini, sedang kesemua ini adalah rezeki yang teristimewa.

Apa guna duit banyak , kalau badan tidak sihat, apa guna duit banyak tetapi mendapat pasangan yang menyakitkan hati, tak caring, dan apa guna jika dapat gaji sebulan sejuta tapi tak solat.

Rezeki terbesar bagi seorang muslim adalah IMAN lalu dengannya dia memperbanyakkan ibadah. Mengumpul rezeki dunia lalu berpenatan dan menghabiskan banyak masa yang banyak untuknya adalah sesuatu yang mungkin menguntungkan dari sudut dunia.

Kebanyakkan manusia mengejar rezeki dunia hingga minima masanya untuk beribadah. Kita perlu sedari bahawa, nikmat dunia adalah sementara dan ia mula hilang apabila seseorang itu menjadi tua dan mulai sakit. Lalu ekoran menghabiskan masa dengan dunia kemudian apabila dia mati, dia akan menjadi papa kedana di akhirat (ekoran amalnya sikit) sedangkan akhirat adalah kehidupan kekal abadi tatkala untuk meraih kehidupan kekal abadi itu kita memerlukan stock pahala yang banyak.

Cari nikmat dunia ia memerlukan duit yang banyak (melalui usaha pekerjaan), namun hakikatnya ia hanyalah nikmat yang sementara, sedang sebanyak manapun harta dunia yang dimiliki ia tidak akan pernah merasa cukup dan puas.

Cari nikmat akhirat ia tidak memerlukan modal harta tatkala ia memerlukan pahala yang banyak (melalui usaha amal soleh). Maka kerana itu Syurga yang amat hebat yang tidak ternilai itu ia ramai dihuni oleh fakir miskin. Bagaimana keadaan kedasyatan nikmat akhirat itu, ia tidak terjangkau oleh minda manusia. Perumpamaan nikmat akhirat adalah jari yang dicelup ke lautan , setitik yang jatuh dari jari itu adalah nikmat dunia manakala yang selautan itu adalah nikmat akhirat.

Justeru, beruntunglah bagi insan yang menjuruskan kehidupan mereka untuk mencari dana akhirat (pahala) dan mengambil nikmat dunia dengan ala kadar sahaja.

Hakikatnya REZEKI TERBESAR pada seseorang muslim bukanlah duit dan harta tetapi IMAN dan IBADAH.

Tetaplah bersyukur apabila mendapat pasangan yang baik, anak-anak yang baik, diberi kesihatan yang baik kerana ini juga adalah REZEKI.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, INVESTLAH UNTUK DANA AKHIRAT KITA DENGAN AMAL.

Sumber Facebook :~MRJ