………………………………….
Kau pernah fikir tak, bagaimana pula kalau orang tak nak maafkan kau?
Sedangkan kau pun tak pernah lari dari membuat kesilapan.
……………………..
Bila nak ALLAH redho, bila kita nak ALLAH ampunkan kita, kita kena belajar memaafkan orang . Tak kiralah sekejam mana dia kepada kita.
Bila kita nak berhijrah , kita kena ingat hijrah itu adalah jihad yang terbesar.
Hari ni ramai sangat di kalangan kita yang tak nak memaafkan orang lain.
Hari ni ramai sangat antara kita yang bertangguh tak nak memaafkan orang lain.
Bila kita mati, kita lupa Yaumul Mahsyar itu dipenuhi dengan lautan manusia. Orang dah masuk Syurga tapi kau masih lagi terkandas di luar Syurga.
Kerana apa?
Kerana kesombongan kau tak nak maafkan orang lain.
Sombong tak nak maafkan orang lain.
Macam lah kau tak pernah buat dosa.
Macam lah kau tu baik sangat.
Kau kata,
“Dia zalim dekat saya.”
Bagaimana pula di saat kau zalim kepada diri kau?
Pernah kau fikir tak?
……………………..
Sebaliknya orang yang beriman, orang yang bertaqwa, orang yang beramal soleh, mereka sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang zalim kepada diri mereka. Hatta Baginda Nabi SAW pun apabila dizalimi oleh orang-orang kafir, Baginda Nabi SAW masih lagi memaafkan mereka.
Kita kena tiru cara Nabi.
Kita tak boleh jadi seperti Nabi SAW tapi kalau kita dapat tiru cara Nabi SAW memaafkan orang, di saat kita memaafkan orang, ALLAH buka pintu rahmat buat kita dan ALLAH letakkan kita dalam golongan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT.
…………………………
Bila kita tak memaafkan orang lain, tidak akan ada ketenangan dalam jiwa kita wahai sahabat.
………………………..
Jiwa sombong ni dia buat jahat tanpa dia sedar. Dia buat jahat dalam keadaan dia perasan dia hebat.
Kejahatan yang kita tak sedar di saat kita nak berubah jadi baik, kita lupa nak maafkan orang. Kita lupa nak berlapang dada dengan ujian ALLAH.
Kita ingat berubah tadi dengan pakaian sahaja, dengan solat sahaja, dengan zikir sahaja. Tetapi kita lupa bahawa perubahan sebenar adalah pada hati kita.
……………………..
Ujian datang berbagai-bagai cara.
Sudah berpakaian baik pun akan ada ujiannya.
Sudah solat sempurna pun akan datang ujiannya.
Sudah solat di awal waktu pun akan datang ujiannya.
Setiap apa pun yang kita lakukan adalah ujian. Kita sahaja yang tak faham. Kita sahaja yang tak tahu. Sebab itu bila kita nak memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH, kita kena banyak menangis kepada ALLAH.
“Ya ALLAH, kurniakan kepada aku petunjuk, taufiq dan hidayah.”
Kerana kita sangat perlukan petunjuk ALLAH di dalam kehidupan ini.
…………………………….
Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sumber Facebook : yusnizayaziz
23 Muharram 1446H
29 Julai 2024