- Saya pergi haji di bawah pakej PJH, maknanya kos paling rendah dalam RM45k untuk 46 hari. Ada JH yang bayar sampai RM100, 200k juga. Ni geng VVIP. Roommate saya pun ketua pengarah, pengarah, orang minyak dsb. Ada top gun (tak perlu disebut) dalam kerajaan pun bersama pakej kami. Geng2 berduit lah kira.
- Mula-mula saya rasa macam tak puas haji VIP ni, tak “feel”. Ikutkan hati macam tak syok nak join pakej, tapi kita mengiring mak, apa yang selesa untuk dia lah. Sepanjang perjalanan Haji, mutawif sering mengingatkan, kita ni “bayar mahal untuk hidup susah”. Sebab realitinya bila sampai ke Arafah-muzdalifah-mina, tiada lagi beza antara yang 10k atau 100k. Bersesak tidur bahu ke bahu dengan orang sebelah, katil tak cukup, khemah terbakar (ya ini berlaku), bas lambat, jalan tutup, beratur toilet panjang, semuanya sebahagian daripada ujian haji.
- Pernah sembang dengan rakan mutawif, dia sebut selalunya pakej mahal yang banyak ujian tak disangka. Begitulah Allah maha adil, you cannot buy your way to heaven.
- Ceritanya malam pertama kami di Mina, ada sekumpulan yang minta nak balik ke mekah disebabkan masalah-masalah di atas (rujuk 2). Dalam perjalanan balik, ditakdirkan bas tak boleh masuk ke kawasan Mina jadi kami perlu hike sejam merentasi dua terowong, total 3km naik bukit. Ada yang cramp, ada yang naik wheelchair. Mungkin ini kaffarah atas sebab melarikan diri daripada kesusahan.
- Malam kedua semua redha tidur di Mina. Ada yang tidur tepi kaki lima, tidur atas kerusi, tak tidur, dan macam-macam posisi lagi. Tak ada komplen lagi dah. Begitulah tarbiyyah Mina.
- Secara peribadi saya seronok di sini, sebab dah biasa bermabit, tidur berlaga bahu, beratur tunggu toilet. Sebagai ekstrovert, kita bertenaga bila dikelilingi ramai orang hehe. Tapi siapa yang tak biasa tu, biasakanlah jika nak pergi haji. Boleh cuba hiking dan bermabit untuk tahu what to expect. Kredit :- Yusri Jamal
Ustaz ada seorang kawan. Kenal sejak zaman muda-muda dulu. Zaman muda dulu dia jenis yang agak kelam kabut.
Sebelum dia masuk maktab perguruan, dia jumpa Ustaz.
“Macam mana ni? Aku tak minat jadi cikgu, tapi dapat maktab perguruan. Dulu, minta universiti tak dapat. Aku nak buat apa ni?”
Bertalu-talu dia tanya solat dengan dahi berkerut seribu.
Ustaz pun tanya dia balik.
“Hang dah buat istikharah ka masa nak minta maktab tu?”
Dia jawab, dah.
“Aku tak tau nak buat apa. Aku betul-betul tak minat nak jadi cikgu. Aku lagi minat berniaga.”
Ustaz pun tenangkan dia.
“Relaks, rezeki kita tak sama dengan orang lain. Tiap-tiap orang ada jalan rezeki masing-masing. Hang dah buat istikharah kan? Mungkin ni jalan rezeki yang Allah nak bagi kat hang.”
“Ya ka? Aku tak boleh la. Aku fikir bukan-bukan. Aku tengok ada kawan-kawan kita pakai kereta. Aku stress. Aku masih tak ada apa-apa.”
Zaman tu kalau pakai kereta Wira Aerobek tu memang dah hebat sangat. Kawan-kawan kerja kilang saja dah pakai kereta.
Ustaz pujuk dia lagi.
“Relaks.., rezeki hang mesti ada satu hari nanti. Hang tenang saja. Sabar.”
Habis saja belajar, dia dapat jadi cikgu. Ustaz ingatkan dia dah gembira dengan kerjaya sebagai guru. Tapi dia datang jumpa Ustaz lagi dengan muka stress.
“Aku dah dapat jadi cikgu. Tapi aku makin stress dan sedih.”
Ustaz pun tanya,
“Pasai apa muka sedih sangat ni. Alhamdulillah.., syukur lah dapat jadi cikgu.”
“Aku sedih sebab aku ditugaskan di Sabah. Kawasan pendalaman pula tu.”
Ustaz pun cakap,
“Hang kena bersyukur. Itu jalan yang dipilih Allah. Hang jangan serabut sangat. Mesti ada hikmah. Hang follow ja apa yang Allah bagi.”
Ustaz tambah lagi.
“Hang kan minat berniaga. Aku doakan hang ada pusat tuisyen kat Sabah nanti.”
Dia pun pergi ke Sabah jadi cikgu.
Apa terjadi?
Tuan puan tahu? Sampai hari ni dia tak ada pusat tuisyen sendiri. Sebab dia dah kaya raya.
Walaupun kawan Ustaz ni tak suka jadi cikgu, dia berusaha jadi guru yang terbaik. Dia mengajar Matematik bersungguh-sungguh. Budak-budak suka cara dia mengajar. Mudah faham. Mak ayah pun suka. Dia jadi guru yang sangat hebat mengajar Matematik.
Macam mana dia boleh jadi kaya?
Dia buat kerja separuh masa mengajar anak-anak tauke balak di Sabah subjek matematik. Tauke balak ni bagi upah tinggi pada kawan Ustaz ni.
MashaAllah, rezeki dari Allah.
Alhamdulillah, tabarakallah…
Tuan puan yang dirahmati Allah.
Ramai orang tidak rasa bahagia dalam hidup. Gelisah dan tidak tenang. Sebab lebih fokus pada apa yang diinginkan, bukan yang dimiliki.
Sempena kehadiran tahun baru hijrah tak berapa hari lagi, jom kita hijrah cara berfikir. Fokus apa yang kita miliki bukan semata apa yang kita inginkan.
Dalam cerita kawan ustaz di atas, Alhamdulillah dia menyedari kelebihan yang ada pada diri iaitu pandai ajar matematik. Jadi, walaupun pada awalnya dia tidak suka jadi guru tapi dia tetap menggunakan kelebihan yang ada untuk beri manfaat yang terbaik kepada anak murid.
Tuan puan, fokus pada apa yang kita miliki adalah sifat orang yang bersyukur.
Allah sebut dalam Al-Quran maksudnya, “Jika kamu bersyukur, aku akan tambahkan nikmat…”
Kenali kelebihan yang Allah beri pada kita lalu gunakannya untuk manfaat diri, keluarga dan orang lain. Inilah bentuk kesyukuran yang Islam perintahkan.
Alhamdulillah. Allah berikan ustaz kelebihan bercakap, bagi motivasi pada orang dan sedikit ilmu, ustaz gunakan di jalan kebaikan.
Alhamdulillah, semuanya atas bantuan Allah.
Tuan puan. Kita dah nak masuk tahun 1446H.
Jom pujuk hati untuk berubah.
Dari sikap kurang baik kepada baik.
Dari sikap baik kepada yang lebih baik.
Semoga tahun baru yang bakal datang, Allah kurniakan kita kebaikan, keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup.
Sumber Facebook: Ustaz Hanafi Malek
6/7/2024 (Sabtu)
Tengok orang lain beli itu ini, jalan ke sana sini, menyebabkan diri tertanya: “saya mahu juga.”
Itulah naluri manusia. Siapa tidak suka.
Namun soalan seterusnya ialah: “mahu bayar pakai apa? Bil yang ada pun tidak semestinya lepas bayar. Inikan pula untuk menempah tiket kapal terbang untuk anak beranak.”
Dalam Surah al-Baqarah ayat ketiga, dijelaskan sifat orang bertaqwa apabila bercakap pasal rezeki.
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Antara dapat rezeki atau beri rezeki, orang yang sentiasa peka pada Tuhan akan mengutamakan ‘beri’.
Bukan terima.
Kerana rezeki ialah milik Allah. Allah boleh bagi pada sesiapa yang dikehendakinya. Kita usaha, namun ketentuan rezeki untuk menempah tiket ke London, Mekah atau Lenggong adalah milik Allah.
Apabila kita fokuskan pada apa yang perlu ‘diberi’, maka kita kurang mengira-ngira apa yang saya perlu dapat. Kita memang mahu untuk dapat macam-macam. Namun ia akan selalu mengecewakan.
Apabila kita mengira-ngira apa yang perlu saya beri dan rancang kewangan, Tuhan akan menyusun apa yang perlu kita dapat. Tidak semena-mena kita akhirnya mendapat tiket ke Mekah atau mengirup udara Tokyo. Atau paling tinggi harapan untuk mendapat rahmat menghirup wangian syurga.
Memberi dan berkhidmatlah walau ia lelah.
Sumber Facebook : Fazrul Ismail
lensaquran
tulistadabbur
“Pasal apa hang sampai tak sembahyang Zohor , Asar ni?
“Ya ALLAH…. Hang takdak anak takpalah hang tanya aku soalan macam tu. Fokus hang sembahyang, sembahyang, sembahyang. Aku urus anak. Anak nombor satu nak masuk sekolah. Anak nombor dua nak keluar sekolah. Aku semua kena urus ni. Pak depa bukan ingat apa dah. Maka mana sempat aku nak sembahyang. ALLAH tau lahhh aku tak sempat nak sembahyang.”
Inilah orang yang disibukkan dengan anak pinak.
“Hang pasal apa , dekat masjid pun dah lama tak pernah nampak?”
“Pasal aku sibuk kerja. Lagi aku naik pangkat lagi aku sibuk.”
Inilah orang yang disibukkan dengan harta benda.
Firman ALLAH dalam Surah Al-Munafiqun ayat 9.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تُلْهِكُمْ اَمْوَالُكُمْ وَلَآ اَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللّٰهِ ۚوَمَنْ يَّفْعَلْ ذٰلِكَ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat ALLAH. Dan barangsiapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
Harta benda tak pernah salah.
Anak pinak tak pernah salah.
Jadikan kedua-dua yang ALLAH sebut dalam Al-Quran ini bukan menjauhkan kita dengan ALLAH tapi makin mendekatkan kita dengan ALLAH.
Kita perlu sedar semua yang ada pada diri kita, semua yang kita miliki sekarang yakni keluarga, anak-anak dan harta benda hanyalah perhiasan semata-mata.
Apa makna perhiasan ni sahabat-sahabat?
Ada. Takpa.
Tak ada. Pun takpa.
Perhiasan ini kehendak nafsu.
Bila kita pandai mengurus nafsu, kita akan kata,
“Ohhh…harta dan anak-anak ni hanyalah perhiasan semata-mata. Ada ok, kita boleh bahagia dengan anak dan harta tu. Tak ada pun ok. Kita boleh bahagia tanpa anak dan harta itu.”
“Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian maka merekalah orang-orang yang rugi.”
Ada anak dan ada harta benda ni rugi ke?
Ada anak ni kemahuan semua orang. Semua orang nak anak. Semua orang nakkan harta. Tapi jangan sampai dua perkara ini menguji kita sehingga kita jauh dari ALLAH.
Sebab itu kadangkala ALLAH uji kita melalui harta dan anak-anak supaya kita tersedar,
“Ya Robb, aku sibuk sangat dengan harta aku, dengan anak pinak aku. Hari ni KAU beri aku ujian. Aku baru jatuh terduduk. Aku terlentang Ya ALLAH. Tapi aku masih lagi boleh bangkit Ya ALLAH . Jangan sampai aku sudah dimasukkan ke dalam liang lahad dalam kesibukan dengan harta dan anak-anak.”
Dengan adanya semua itu ( harta benda dan anak pinak ) sepatutnya menjadikan kita lebih taat kepada ALLAH SWT, bukan sebaliknya iaitu menjadikan kita lalai.
Walau sesibuk mana pun kita sekarang, luangkan sedikit masa untuk memberikan hak kepada yang menciptakan kita iaitu ALLAH SWT.
Rugi sangat kita apabila bermati-matian mengejar dunia yang fana ini. Kita sepatutnya mengejar Akhirat yang selama-lamanya abadan abada.
Siapa orang yang bodoh?
Orang yang bermati-matian mengejar dunia. Dia tahu dunia ini akan binasa tapi itu yang dia kejar. Dia terus menerus mengumpul harta dan kesenangan dunia dengan melupakan kehidupan abadi selepas ini.
Inilah orang yang rugi.
Dia sibuk dengan kehidupan dunia. Dia lupakan kehidupan yang abadi. Rugilah apabila menukarkan kehidupan di Syurga yang kekal abadi dengan kehidupan dunia yang sementara ini.
Ibaratnya kita memilih batu kerikil berbanding batu permata yang jauh lebih cantik dan berharga.
Manakala orang bijak adalah orang yang mengejar Akhirat sebab dia tahu Akhirat itu selama-lamanya.
Sebab itu ALLAH sudah beritahu bahawa manusia ini hidup dalam kerugian.
“Kita mana ada rugi? Perniagaan kita untung. Anak kita ramai, kita untung. Harta kita banyak. Kita untung.”
Kita kata kita untung. Kita ada itu kita ada ini.
Sedangkan ALLAH lebih mengetahui.
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(QS Al-Asr 103:1-3)
_______W-A-S-Y-K-U-R-U-L-I__
[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah dalam Wasykuruli pagi ini. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️]
Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sumber Facebook : yusnizayaziz
ustazahzai
wasykuruli
24 Zulhijjah 1445H
1 Julai 2024
JAUH TAPI DEKAT
“ibu sendirian? Mana yang lain?”
Sebaik saja mengusap muka selesai berdoa .. di uja soalan. Sekumpulan ibu-ibu dari Indonesia melempar senyuman.
Dalam hati mahu sahaja menjawab.. “Mahram ku suamiku Muhd Kamil Ibrahim sedang sakit di rumah namun terpaksa ditinggalkan. Di sini daku senang berseorangan .. terasa dekat disisi Tuhan”
Soalan tulus. Saya angguk .. malas berborak. Mata memerhati mereka berbahagi kentang rebus.
“Hotel ibu dekat-dekat sini?”
Jenis peramah. Masih memancing. Saya masih diam. Hanya anggukan.
Alasan utama saya memilih bersendiri kerana mahu mengelak berbicara perkara sia-sia. Tambahan pula di hadapan kaabah.
“Enak kali ya buk hotelnya dekat. Hotel kami jauh .. 7 km. Jam 2.00 pagi kami udah mulai jalan kaki”
Saya menatap satu-persatu wajah mereka. Berbilang usia. Paling muda barangkali seusia dengan saya. Namun semangat setiakawan mereka begitu utuh. Saling membantu.
Katanya seharian mereka berada di dataran kaabah. Dari subuh hingga usai Isyak. Hanya keluar sebentar untuk ke tandas dan berwuduk kemudian masuk semula.
Hati tersentuh. Melihat cara pemakaian .. mereka bukan orang senang. Ia memaksa saya membuka mulut.
“Tahukah ibu … berapa ramai mereka yang tinggal di hotel berhampiran masjidilharam tetapi pilihan solatnya di bilik sahaja.
Ibu-ibu semua .. hotelnya jauh. Berjalan kaki berkilometer tetapi solatnya di depan kaabah.
Hakikatnya mereka tinggal dekat tapi dijauhkan Allah dari memasuki Baitullah.
Ibu semua tinggal jauh tapi diberi kekuatan semangat rasa dekat dan diizinkan sujud menghadap kaabah.
Allah .. jauh tapi dekat. Sujud syukur lah”
Lalu, kami bergilir berpelukan menangis berhiba-hiba.
“Kami miskin buk. Puluh tahun nyimpan uang. Itulah bila dijemput Allah ke Baitullah kami mahu duduk di sini aja. Kapan lagi bisa ke mari”
Bagi saya ke tanah suci ini .. keistimewaan bukan semata-mata terletak pada kelas tempat duduk dalam pesawat atau bilangan bintang hotel tempat menginap.
Tetapi … berapa kerap dan dekat dirimu diizinkan sujud dalam Baitullah.