Karena keindahan itu dilahirkan sebagai bagian dari pribadimu maka janganlah menghiasinya dengan kebencian dan amarah yang tak dapat kau kendalikan,sebab mereka seperti benalu tumbuhan keburukan yang menghisap seluruh potensi positif yang ada padamu.

Kebencian….
😊hanya akan membawamu pada kemarahan,
😊hanya membuatmu melihat kesalahan orang lain
😊hanya menaikkan sifat egomu semakin tinggi
😊hanya menjadikanmu seorang yang pendendam
😊hanya mengikat pembenaran sebagai kebenaran dalam versimu

Tetapi ….

Cintalah yang bisa menghancurkan semua itu menjadi kepingan kasih, kepedulian,kepekaan, toleransi, kerendahan hati, ketulusan, kesabaran,ketegaran dan banyak kebaikan lain yang tercatat sebagai ritme kehidupan

Kebencian dan cinta hanya berbatas benang basah…sebagaimana orang yang kamu sayangi ia-pun juga bisa menyakitimu

Yang pasti tetap milikilah rasa cinta kasih itu sebagai alas dasar hatimu, niscaya rasa benci akan undur diri karena ia tak sanggup melawan dahsyatnya kekuatan cinta

Kunci menjalani hidup ada pada hatimu apakah akan kamu isi dengan kebencian …… atau penuhi hati dengan cinta, terlebih cintaNYA…genggam dan biarkan cintaNYA memenuhi ruang hatimu .

LeoneL.YT

Selamat Malam
Selamat Beristirahat

Sumber Facebook : Motivasi Hidup & Kebaikan

Buat rakan-rakan facebook, sekalian…

Yang pertama, INGATLAH bahawa hidup ini akan sentiasa dihadirkan oleh ALLAH SWT dengan masalah dan ujian yang silih beganti. Ujian tidak bersifat ‘one time.’

Bukanlah tujuan Allah SWT hadirkan pelbagai masalah itu untuk melihat kebijaksanaan kita di dalam menyelesaikan masalah tersebut ATAU betapa banyak masalah yang kita boleh selesaikan.

TETAPI Allah SWT ingin melihat KEMAMPUAN INSAN ITU UNTUK DIA REDHA & SABAR di dalam menghadapi ujian-ujian tersebut.

Yang kedua, setiap kali apabila kita merasa MARAH, kita disuruh oleh Nabi ﷺ agar TAHAN MARAH samada duduk/baring/berwudhu’.

NAMUN apabila kita bertindak sesuatu di dalam keadaan MARAH , ia sesekali tidak akan menyelesaikan masalah. Malah ia akan membinasakan diri kita dengan sesuatu yang mungkin akan mengakibatkan ia tidak mampu untuk dipulihkan kembali atau kehilangan insan-insan yang kita sayangi.

Ingatlah hidup hanyalah SEKETIKA, atas apa yang kita miliki itu adalah pinjaman yang SEMENTARA.

Sumber Facebook:

~MRJ

Tulus dalam Reda dan Ikhlas: Meniti Jalan Keinsafan

Di sebalik kelam malam yang mendung, di situlah hati diuji dengan pelbagai kepedihan. Setiap helaian hidup yang terhampar, dihiasi dengan onak dan duri yang adakalanya menggetar jiwa, namun di sinilah, di lembah keikhlasan yang paling dalam, terletak satu rahsia agung—ketenangan.

Semakin kita melapangkan dada dengan ikhlas kerana Allah, semakin tenanglah hati kita merasai denyut kehidupan. Keikhlasan bukanlah satu tugas yang mudah. Ia menuntut kita untuk menyerahkan segala yang tersimpan dalam hati, untuk melepaskan segala kesedihan dan kegembiraan kepada Dia yang Maha Mengerti. Proses ini kadang-kadang memerlukan kesabaran yang lebih dari sekadar menunggu, tetapi menyerap sepenuhnya hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28:  

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” 

Ayat ini mengajarkan kita bahawa, meskipun perjalanan kita dipenuhi dengan kesulitan, mengingati Allah dan mengikhlaskan segalanya kepada-Nya akan membawa ketenangan yang sejati dalam hati.

Seorang yang benar-benar ikhlas akan mendapati hidupnya lebih ringan, walaupun beban yang dipikulnya berat di mata manusia. Kerana dalam keikhlasan, dia tidak mengharap balasan dunia, tidak mendambakan pengiktirafan manusia, tetapi hanya mengharap reda daripada Allah. Itulah yang membedakan seorang yang ikhlas dengan yang tidak.

Jika diumpamakan, hati yang ikhlas itu bak sungai yang mengalir jernih di antara gunung-ganang. Airnya tenang dan damai, meskipun batu-batu besar cuba menghalang alirannya. Begitulah juga hati yang ikhlas, tidak mudah terpengaruh dengan dugaan duniawi. Dalam redanya air itu, tersimpan rahsia kebahagiaan yang tiada tandingan.

Sabar Itu Indah

Dalam meniti jalan keikhlasan, sabar adalah temannya yang setia. Sabar dalam menghadapi ujian, sabar dalam menunggu hikmah yang belum kelihatan, dan sabar dalam setiap langkah yang diambil. Ujian kehidupan tidak pernah datang tanpa sebab. Ia mematangkan jiwa, menguatkan azam, dan yang paling penting, mendekatkan kita kepada Pencipta.

Seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 153:  

“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” 

Ayat ini mengajarkan kita bahawa kesabaran bukan sahaja dalam menahan diri, tetapi juga dalam berserah sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

Akhirnya, proses ini—proses yang penuh dengan liku-liku hidup—adalah jalan menuju rahmat Allah. Yakinlah, setiap kesulitan yang kita tempuh dengan keikhlasan dan kesabaran, pasti akan dibantu oleh-Nya. Dan pada saat kita memandang ke belakang, kita akan melihat bahawa segala yang telah terjadi hanyalah sebagai satu persiapan untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih dekat kepada Allah.

Dalam perjalanan ini, jangan pernah lelah untuk ikhlas. Biarkan hati kita tenang dalam reda-Nya, kerana di situlah letaknya kebahagiaan yang sebenar. Ikhlaslah, sabarlah, kerana dengan izin-Nya, segala yang dilalui pasti ada makna dan tujuannya. 

Semoga setiap langkah yang diambil, setiap kata yang dilafazkan, dan setiap nafas yang dihela, semuanya menjadi saksi keikhlasan kita kepada-Nya.

___

HUSNUZON – Bersangka Baik

Oleh Ustazah Muzayyanah dan Alfiah Berkah

Setiap orang hadapi dugaan dan cabaran. Ada yang berjaya, ada yang kecundang. Yang berjaya terus mara, yang kalah sering menyalahkan takdir.

Sahabat, tiada siapa yang salah atau kalah. Semua dugaan adalah perjalanan menuju destinasi yang sama. Cepat atau lambat, dengan bersangka baik, pasti kita tiba dengan kejayaan.

Bersangka baik bukan pilihan, tetapi keputusan untuk lebih tenang kini dan maju ke depan. Tugas kita hanya taat, selebihnya serahkan pada Allah. Husnuzon!

Dapatkan buku ini disini: https://s.shopee.com.my/5fVG8yFllS

Sumber Telegram : Ceramah Ustaz dan Ustazah

Walaupun siapa pun kita, ketahuilah bahawa kita tetap mempunyai kelebihan yang orang lain tidak miliki. Justeru janganlah kita merasa terlalu rendah diri, jangan merasa terhina kerana disisi Tuhan kita semua adalah sama tatkala yang membezakannya adalah taqwa.

Terlalu memikirkan hal yang negatif menyebabkan kita tak mampu nak move. Allah SWT beritahu di dalam Quran bahawa apabila kita dekatkan diri kita kepadaNYA dengan jalan TAQWA, maka Allah akan tunjukkan jalan KELUAR.

Untuk dekatkan diri dengan taqwa maka berkawanlah dengan orang-orang saleh kerana, disamping dia akan menasihati kita, maka dia juga akan mendoakan untuk kita sedang doa kepada orang yg dia tidak tahu yg dia telah di doakan adalah termasuk di dalam doa-doa yg mustajab.

Agama itu adalah nasihat dan ia juga adalah jalan penyelesaian. Apa nilai ada wang berjuta, miliki rupa paras yg cantik, pangkat besar tapi hati jauh dengan Allah.

Ingatlah Allah ketika kita senang kelak Allah akan ingat kita ketika kita susah.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook: Muhamad Rizal Johari

~MRJ

“You know lelaki zaman sekarang ni ramai yang lemah.”

Dia membuka bicara. Saya memasang telinga.

“Interesting, bukan senang orang lelaki nak acknowledge masalah kaum sendiri ni..” saya berfikir dalam hati.

“You tengok dekat mall, berapa ramai lelaki yang berjalan sambil pegangkan handbag isteri? Banyak suami zaman sekarang takutkan isteri, isteri jadi pemimpin pula dalam rumah tangga. Queen control besar kepala etc etc”

“Er..? This doesn’t sound right..” Saya terperanjat dengan contoh-contoh yang diberikan.

“Apa melalut pula dia ni.” getus hati saya.

Dari perbincangan potensi untuk join venture, bertukar jadi ‘debate’ on peranan lelaki dan perempuan.

Namun setelah beberapa exchange of arguments akhirnya saya sedar saya sedang berhadapan dengan satu lagi alpha male.

Up to the point, i realised there’s no use of arguing. Jadi saya hanya diam tanpa membalas. Semua obrolan kencang yang cuba disuguhkan untuk impress us, dibalas dengan tatapan kosong.

Returned only cold stares.

Eventually, dia kelihatan tergugah memandangkan saya tidak memberikan sebarang respon. Tidak terpesona dengan projek-projek yang dibentangkan, tidak juga tertarik dengan habuan yang ditawarkan.

Kami berangkat tanpa sebarang kata putus.
“I’ll let you know later.”

One can be certain we didn’t proceed.

BENARKAH ‘MENGGALAS BEG TANGAN ISTERI’ ITU TANDA LEMAHNYA KELELAKIAN SEORANG SUAMI?

Dalam rombongan hijrah menuju Madinah yang disertai oleh wanita pelbagai lapisan usia, Sayyidina ‘Ali ditugaskan mengiringi bersama seorang penunjuk jalan yang bernama Abu Waqidi. Rombongan berkenaan turut disertai oleh bonda Sayyidina ‘Ali sendiri, Fatimah bint Asad, dan juga anak perempuan kesayangan baginda Nabi, Fatimah bint Muhammad.

Abu Waqidi yang sudah terkenal dengan kemahirannya mengetuai perjalanan yang jauh, membentak kasar dan keras terhadap ahli rombongan yang bergerak perlahan. Memaksa mereka bergegas lebih pantas.

Sayyidina ‘Ali menegur kekerasannya, “Wahai Abu Waqidi, janganlah kamu bersikap kasar terhadap mereka. Mereka adalah wanita.”

Abu Waqidi membalas, “Aku takut musuh dapat menyusul kita!”

Sayyidina ‘Ali menenangkan, “Biar aku yang ambil alih.” Dan beliau membawa rombongan dengan lebih lemah lembut.

Tidak menghairankan, perjalanan mereka berhasil dikejar musuh juga. Di sebuah daerah, perjalanan rombongan berkenaan dipintas.

Sayyidina ‘Ali menyuruh dua orang ahli rombongan lelaki untuk menjauhkan unta para wanita dan beliau sendiri membantu mereka turun untuk bersembunyi.

Lantas beliau keluar dan berhadapan dengan lapan orang pasukan berkuda dari pihak musuh. Cut story short, pasukan musuh dikalahkan oleh Sayyidina ‘Ali single handedly dan kembalilah pasukan berkenaan ke tempat masing-masing dengan kehampaan.

Kisah ini saya ringkaskan sahaja.
Rujukannya di bahagian footnote.
Sila lihat dan cari sendiri.

The point is:
Pemuda yang sejati tahu di mana harus menggunakan kekerasan, di mana harus menunjukkan kelembutan.

Berlembut dengan isteri masing-masing bukan bermaksud seorang suami tidak cukup ‘lelaki’. Membantu bawa beg tangan, bukan bermaksud lemah dan mengikut telunjuk isteri.

Ia hanya salah satu dari sekian banyak ‘act of kindness’ yang disarankan juga oleh Rasūlullāh sallallāhu ʿalaihi wa ālihi wasallam sendiri.

Bukankah “yang paling baik di kalangan kalian, adalah yang paling baik terhadap ahlinya?”

Tuhan anugerahkan kekuatan fizikal kepada seorang lelaki. Bukan untuk saja-saja bertanding siapa lebih kuat bergusti, apatah lagi untuk disalahguna bagi menguasai dan menzalimi.

Kalau betul lelaki sangat, carilah lawan dengan mereka yang setara kekuatannya dengan diri sendiri. Malangnya lebih banyak ‘alpha male’ yang ketar lutut menghadapi sesama lelaki, tetapi dengan golongan yang lemah pandai pula menayangkan kebengisan.

On the other hand, para wanita yang telah bergelar isteri juga janganlah take it for granted. Hanya kerana agama menganjurkan para lelaki berbuat baik kepada wanitanya, ia bukan lesen untuk memanipulasi anjuran berkenaan demi kepentingan nafsu sendiri.

Tak perlu angkat-angkat telunjuk di hadapan muka sang suami. Pandai-pandailah jaga maruah dan kehormatan seorang lelaki. Bukankah seorang suami yang dihormati akan terbangun untuk lebih melindungi?

Kita belum cerita lagi bagaimana Sayyidah Fatimah sangat menghormati suaminya, sehingga beliau tidak pernah meminta-minta dari Sayyidina ‘Ali kerana dibimbangi akan menyusahkan dan membuat suaminya merasa diri kekurangan.

KONKLUSI

Kelelakian itu terbangun dari keperempuanan, begitu juga keperempuanan terhasil dari kelelakian.

Perempuan yang memahami keperempuanan dengan pengertian yang sebenar akan membangun lelaki di sekelilingnya. Lelaki yang memahami kelelakian dengan maksud yang tepat akan mewujudkan ruangan selamat untuk para perempuan di sekelilingnya.

And you know what is miraculous?

Jika kita letakkan satu bebanan seberat 3-5 kg di atas meja dan menyuruh any average man and woman mengangkatnya, tentulah kita menjangkakan individu lelaki akan mampu menggalas beban berkenaan dengan mudah berbanding wanita.

Apatah lagi lelaki yang pergi gym setiap minggu, berlatih angkat berat 20-30kg, bina badan six packs whasoever.

Tetapi Tuhan telah menetapkan bahawa HANYA perempuan dengan segala kudrat yang kalian lihat terbatas itu, untuk mengandungkan seorang bayi dalam rahimnya selama sembilan bulan tanpa rehat, yang kandungannya akan mula memberat beberapa bulan menjelang kelahiran.

Logik mudah akal rasional manusia akan mengira kekuatan seorang lelaki sepatutnya lebih ‘sesuai’ menggalas tugas berkenaan.

But God has chosen us the women to carry out the task; there’s nothing you can do to change it.

Tell me if that’s not a miracle, then what is?

۞ رَبِّ قَدْ ءَاتَيْتَنِى مِنَ ٱلْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِى مِن تَأْوِيلِ ٱلْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِى مُسْلِمًۭا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ١٠١

My Lord! You have bestowed dominion upon me and have taught me to comprehend the depths of things. O Creator of heavens and earth! You are my Guardian in this world and in the Hereafter. Cause me to die in submission to You, and join me, in the end, with the righteous.” (101)

[Surah Yusuf]

dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #byNNM #Tijarah #learninglocus #safarsailingforth

Footnote:
Rujuk buku Fatimah Az-Zahra, terbitan Penerbit Zahira

Bacaan tambahan yang lain boleh didapatkan di laman web Tijarah, sementara masih ada promosi. Rujuk di bahagian komen untuk beberapa recommended titles.

Sumber Facebook : Nik Nur Madihah

Dalam perjalanan hidup, jika kita mendapati diri kita berada di laluan yang salah, adalah lebih baik untuk berhenti. Semakin lama kita terus maju dalam arah yang salah, semakin sukar dan menyakitkan untuk kembali ke laluan yang betul.

Hubungan yang toksik, pekerjaan yang tidak memberi kepuasan, atau keputusan hidup yang salah. Semakin lama kita menunggu, semakin banyak kerosakan yang mungkin berlaku.

Kesilapan adalah sebahagian daripada proses ini. Apa yang penting adalah bagaimana kita bertindak balas terhadap kesilapan tersebut.

Jadi, jika anda mendapati diri anda di ‘kereta api yang salah’, jangan takut untuk turun dan mencari jalan yang benar. Semakin awal anda melakukannya, semakin mudah perjalanan anda ke depan.

Sumber Facebook : Public Health Malaysia, 22/08/2024

Dalam menjalani kehidupan seharian, sering kali kita menghadapi cabaran yang menguji kesabaran dan keimanan. Namun, di tengah-tengah ujian tersebut, terdapat satu pegangan yang pasti memberikan kekuatan dan ketenangan, iaitu mengutamakan Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan kita.

Bayangkanlah, apabila Allah menjadi yang pertama di dalam hatimu, tiada satu pun yang mampu menyakitimu. Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28:

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah, dengan zikir kepada Allah, hati akan menjadi tenang.”

Dengan menjadikan Allah sebagai tujuan utama, kita akan mendapati setiap langkah kita dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan. Apabila hati kita dipenuhi dengan cinta dan keikhlasan kepada-Nya, segala bentuk kesakitan dan kesedihan tidak akan dapat menembusi perisai keimanan kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Perbandingan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati-Nya adalah seperti perbandingan antara yang hidup dan yang mati.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bayangkan betapa agungnya keberkatan yang kita peroleh apabila hati kita sentiasa berzikir dan mengingati Allah. Setiap ujian yang datang hanya akan menjadi pemangkin untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya, dan setiap nikmat yang kita terima akan meningkatkan rasa syukur kita.

Maka, jadikanlah Allah yang pertama di dalam hatimu, agar tiada apa pun yang mampu menggugat ketenangan dan kekuatanmu. Dengan Allah sebagai pegangan, segala rintangan akan menjadi ringan, dan setiap langkah menuju kejayaan akan dipermudahkan. Sentiasalah berdoa dan berserah kepada-Nya, kerana hanya dengan kebergantungan penuh kepada Allah, kita akan menemukan kedamaian sejati.

Semoga kita semua dapat menjadikan Allah sebagai pusat kehidupan kita dan mendapat keberkatan dalam setiap langkah yang diambil.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊 .

FOLLOW page Nasihat Ustaz untuk lagi

#fyp

#NasihatUstaz

#berandafypviral

#fypreels

#foryoupage

#viral

Sumber Facebook : Nasihat Ustaz

Mutiara kata Allahyarham Ustaz Dato’ Ismail Kamus

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato’ Ismail Kamus yang dapat saya (Zaim Zin) kumpulkan pagi ini.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

  1. “Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan”
  2. “Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik”
  3. “Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila”
  4. “Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti”
  5. “Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit”
  6. “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”
  7. “Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah”
  8. “Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan”
  9. “Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda”
  10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”
  11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”
  12. “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”
  13. “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”
  14. “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”
  15. “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”
  16. “Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah”
  17. “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”
  18. “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”
  19. “Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
  20. menghilangkan kejahilan,
  21. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
  22. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada”
  23. “Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain”
  24. “Jagalah hati sampai mati”
  25. “Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila”
  26. “Yang suka asap ni, jin je”
  27. “Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu”
  28. “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”
  29. “Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat”
  30. “Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya”
  31. “Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi”
  32. “Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat”
  33. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah… (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)
  34. “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”
  35. “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”
  36. “Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
  37. “Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali”

Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.

Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam dinantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.

Terima kasih. Semoga rohmu tenang di sana.

Bacakan AlFatihah buat beliau.

Sumber Facebook : Mutiara Kata- Kata Hikmah

Sesekali dapat sembang dengan orang yang bergaji RM140,000 sebulan, saya tanya dia, dia buat apa dengan duit banyak begitu?

Dia jawab,

Sesudah semua hutang selesai (kecuali rumah), buat haji untuk diri, isteri dan ibu bapa, maka:

50% kebajikan = RM70,000.
20% saving = RM28,000.
10% perbelanjaan bulanan = RM14,000.
10% hutang rumah = RM14,000.
5% investment emas = RM7,000.
5% belanja sendiri = RM7,000.

(Ini kiraan kasar saya sahaja lepas dengar beliau beritahu. Boleh jadi ada tolak KWSP semua).

Saya tanya lagi, “biar benar 50% tu kebajikan. Maksudnya bagi duit ke orang? Mak aih banyaknya.”

Dia jawab,

“Sikit ja tu dari apa yang Allah dah beri kepada saya sekarang. Masa saya muda saya sibuk kerja. Nak sedekah kat masjid pun hari jumaat sahaja. Sekarang ada duit, bagi jelah. Duit tak habis pun. Lagi pun duit boleh cari dan habis. Pahala pula kekal jika kita tak buat jahat.

Saya masih boleh menyimpan, boleh travel, boleh belanja cucu, itu pun duit masih ada. Alhamdulillah.
Ingat ini Khairul, masa gaji kita RM1,000, kita rasa kecil sangat. Belajar beri RM100 untuk kebajikan.

Masa gaji kita RM3,000, beri RM300. Mula ja dengan 10% dari gaji. Setiap 10 tahun umur kita meningkat, tambah lagi 5-10% untuk disalur ke badan kebajikan.

Lepas itu tengoklah melimpah ruah kekayaan Allah beri. Sihat, anak cucu pun selalu ziarah, lebih dari itu bersepah rezeki lain yang mencurah-curah. Cuba buat, cuba mula hari ini. Jangan culas.”

Huhuhu. Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain macam betul orang-orang kaya punya “pelaburan” untuk ke sana. Kita hanya nampak mereka pakai kot, berkereta mewah, namun kita tak pernah tahu disebalik semua itu ada “kerja” yang mereka usahakan.

Patutlah makin kaya, ini resipinya.

Huhu Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Sorry gais, beliau tak kasi up nama dan gambar selfie 😭

Sumber Facebook : Kisah Zakat Malaysia

KHUSYUK SOLAT?

Tidak khusyuk solat ni adalah disebabkan KESIBUKAN PEMIKIRAN. Banyak memikirkan perkara-perkara dunia, kesibukan duniawi, banyak memikir masalah, memikir kerja, memikirkan urusan seharian adalah FAKTOR SEBENAR yang menyebabkan solat tidak khusyuk.

Semakin banyak komitmen kita dengan perkara dunia maka akan semakin sibuklah otak berfikir dan ia membawa kepada solat. Misalnya seseorang boss yang banyak tanggungjawab dan tugasan. Otaknya akan sentiasa berfikir untuk membuat aturan tugasannya, hatta ia tetap akan berfikir ketika ia makan, mandi dan semasa hendak tidur. Ahli perniagaan yang banyak memiliki syarikat, maka otaknya akan sentiasa berfikir untuk mengatur urusan businessnya. Justeru, semakin banyak komitmen seseorang dengan perkara dunia maka otaknya akan terus berfikir di dalam membuat keputusan, aturan dan perancangan.

Jadi, bagaimana nak dapat khusyuk? Rehatkan diri dulu sebelum solat, iaitu datang awal ke masjid, lakukan solat sunat wudhuk, duduk berzikir sekejap sebelum azan untuk redha otak dari memikirkan tentang perkara dunia. Otak ni ibarat kipas. Kipas tak boleh berhenti serta merta bila kita off switch. Ia akan ambil masa seketika untuk berhenti. Begitulah hakikat otak. Janganlah lepas kita habis buat kerja dan terus solat, memang akan hilang fokus pada solat sebab otak masih sedang ligat memikir tentang perkara kerja. Coolkan diri dulu.

Kyushuk ni kita akan dapat rasai dengan sempurna apabila kita bangun tahajjud. Sebabnya pada ketika itu otak kita tak fikir apa-apa lagi. Disini kita dapat jawapan bahawa banyak berfikir adalah penyebab solat tidak khusyuk.

Kesimpulannya adalah tidak khusyuk adalah bawaan pemikiran luaran yang disebabkan komitmen duniawi. Cara untuk khusyuk, ambil masa bertenang sebelum mendatangi solat dengan berzikir dan bermuhasabah.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook : Muhamad Rizal Johari

~MRJ