KHUSYUK SOLAT?

Tidak khusyuk solat ni adalah disebabkan KESIBUKAN PEMIKIRAN. Banyak memikirkan perkara-perkara dunia, kesibukan duniawi, banyak memikir masalah, memikir kerja, memikirkan urusan seharian adalah FAKTOR SEBENAR yang menyebabkan solat tidak khusyuk.

Semakin banyak komitmen kita dengan perkara dunia maka akan semakin sibuklah otak berfikir dan ia membawa kepada solat. Misalnya seseorang boss yang banyak tanggungjawab dan tugasan. Otaknya akan sentiasa berfikir untuk membuat aturan tugasannya, hatta ia tetap akan berfikir ketika ia makan, mandi dan semasa hendak tidur. Ahli perniagaan yang banyak memiliki syarikat, maka otaknya akan sentiasa berfikir untuk mengatur urusan businessnya. Justeru, semakin banyak komitmen seseorang dengan perkara dunia maka otaknya akan terus berfikir di dalam membuat keputusan, aturan dan perancangan.

Jadi, bagaimana nak dapat khusyuk? Rehatkan diri dulu sebelum solat, iaitu datang awal ke masjid, lakukan solat sunat wudhuk, duduk berzikir sekejap sebelum azan untuk redha otak dari memikirkan tentang perkara dunia. Otak ni ibarat kipas. Kipas tak boleh berhenti serta merta bila kita off switch. Ia akan ambil masa seketika untuk berhenti. Begitulah hakikat otak. Janganlah lepas kita habis buat kerja dan terus solat, memang akan hilang fokus pada solat sebab otak masih sedang ligat memikir tentang perkara kerja. Coolkan diri dulu.

Kyushuk ni kita akan dapat rasai dengan sempurna apabila kita bangun tahajjud. Sebabnya pada ketika itu otak kita tak fikir apa-apa lagi. Disini kita dapat jawapan bahawa banyak berfikir adalah penyebab solat tidak khusyuk.

Kesimpulannya adalah tidak khusyuk adalah bawaan pemikiran luaran yang disebabkan komitmen duniawi. Cara untuk khusyuk, ambil masa bertenang sebelum mendatangi solat dengan berzikir dan bermuhasabah.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Facebook : Muhamad Rizal Johari

~MRJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *