“You know lelaki zaman sekarang ni ramai yang lemah.”

Dia membuka bicara. Saya memasang telinga.

“Interesting, bukan senang orang lelaki nak acknowledge masalah kaum sendiri ni..” saya berfikir dalam hati.

“You tengok dekat mall, berapa ramai lelaki yang berjalan sambil pegangkan handbag isteri? Banyak suami zaman sekarang takutkan isteri, isteri jadi pemimpin pula dalam rumah tangga. Queen control besar kepala etc etc”

“Er..? This doesn’t sound right..” Saya terperanjat dengan contoh-contoh yang diberikan.

“Apa melalut pula dia ni.” getus hati saya.

Dari perbincangan potensi untuk join venture, bertukar jadi ‘debate’ on peranan lelaki dan perempuan.

Namun setelah beberapa exchange of arguments akhirnya saya sedar saya sedang berhadapan dengan satu lagi alpha male.

Up to the point, i realised there’s no use of arguing. Jadi saya hanya diam tanpa membalas. Semua obrolan kencang yang cuba disuguhkan untuk impress us, dibalas dengan tatapan kosong.

Returned only cold stares.

Eventually, dia kelihatan tergugah memandangkan saya tidak memberikan sebarang respon. Tidak terpesona dengan projek-projek yang dibentangkan, tidak juga tertarik dengan habuan yang ditawarkan.

Kami berangkat tanpa sebarang kata putus.
“I’ll let you know later.”

One can be certain we didn’t proceed.

BENARKAH ‘MENGGALAS BEG TANGAN ISTERI’ ITU TANDA LEMAHNYA KELELAKIAN SEORANG SUAMI?

Dalam rombongan hijrah menuju Madinah yang disertai oleh wanita pelbagai lapisan usia, Sayyidina ‘Ali ditugaskan mengiringi bersama seorang penunjuk jalan yang bernama Abu Waqidi. Rombongan berkenaan turut disertai oleh bonda Sayyidina ‘Ali sendiri, Fatimah bint Asad, dan juga anak perempuan kesayangan baginda Nabi, Fatimah bint Muhammad.

Abu Waqidi yang sudah terkenal dengan kemahirannya mengetuai perjalanan yang jauh, membentak kasar dan keras terhadap ahli rombongan yang bergerak perlahan. Memaksa mereka bergegas lebih pantas.

Sayyidina ‘Ali menegur kekerasannya, “Wahai Abu Waqidi, janganlah kamu bersikap kasar terhadap mereka. Mereka adalah wanita.”

Abu Waqidi membalas, “Aku takut musuh dapat menyusul kita!”

Sayyidina ‘Ali menenangkan, “Biar aku yang ambil alih.” Dan beliau membawa rombongan dengan lebih lemah lembut.

Tidak menghairankan, perjalanan mereka berhasil dikejar musuh juga. Di sebuah daerah, perjalanan rombongan berkenaan dipintas.

Sayyidina ‘Ali menyuruh dua orang ahli rombongan lelaki untuk menjauhkan unta para wanita dan beliau sendiri membantu mereka turun untuk bersembunyi.

Lantas beliau keluar dan berhadapan dengan lapan orang pasukan berkuda dari pihak musuh. Cut story short, pasukan musuh dikalahkan oleh Sayyidina ‘Ali single handedly dan kembalilah pasukan berkenaan ke tempat masing-masing dengan kehampaan.

Kisah ini saya ringkaskan sahaja.
Rujukannya di bahagian footnote.
Sila lihat dan cari sendiri.

The point is:
Pemuda yang sejati tahu di mana harus menggunakan kekerasan, di mana harus menunjukkan kelembutan.

Berlembut dengan isteri masing-masing bukan bermaksud seorang suami tidak cukup ‘lelaki’. Membantu bawa beg tangan, bukan bermaksud lemah dan mengikut telunjuk isteri.

Ia hanya salah satu dari sekian banyak ‘act of kindness’ yang disarankan juga oleh Rasūlullāh sallallāhu ʿalaihi wa ālihi wasallam sendiri.

Bukankah “yang paling baik di kalangan kalian, adalah yang paling baik terhadap ahlinya?”

Tuhan anugerahkan kekuatan fizikal kepada seorang lelaki. Bukan untuk saja-saja bertanding siapa lebih kuat bergusti, apatah lagi untuk disalahguna bagi menguasai dan menzalimi.

Kalau betul lelaki sangat, carilah lawan dengan mereka yang setara kekuatannya dengan diri sendiri. Malangnya lebih banyak ‘alpha male’ yang ketar lutut menghadapi sesama lelaki, tetapi dengan golongan yang lemah pandai pula menayangkan kebengisan.

On the other hand, para wanita yang telah bergelar isteri juga janganlah take it for granted. Hanya kerana agama menganjurkan para lelaki berbuat baik kepada wanitanya, ia bukan lesen untuk memanipulasi anjuran berkenaan demi kepentingan nafsu sendiri.

Tak perlu angkat-angkat telunjuk di hadapan muka sang suami. Pandai-pandailah jaga maruah dan kehormatan seorang lelaki. Bukankah seorang suami yang dihormati akan terbangun untuk lebih melindungi?

Kita belum cerita lagi bagaimana Sayyidah Fatimah sangat menghormati suaminya, sehingga beliau tidak pernah meminta-minta dari Sayyidina ‘Ali kerana dibimbangi akan menyusahkan dan membuat suaminya merasa diri kekurangan.

KONKLUSI

Kelelakian itu terbangun dari keperempuanan, begitu juga keperempuanan terhasil dari kelelakian.

Perempuan yang memahami keperempuanan dengan pengertian yang sebenar akan membangun lelaki di sekelilingnya. Lelaki yang memahami kelelakian dengan maksud yang tepat akan mewujudkan ruangan selamat untuk para perempuan di sekelilingnya.

And you know what is miraculous?

Jika kita letakkan satu bebanan seberat 3-5 kg di atas meja dan menyuruh any average man and woman mengangkatnya, tentulah kita menjangkakan individu lelaki akan mampu menggalas beban berkenaan dengan mudah berbanding wanita.

Apatah lagi lelaki yang pergi gym setiap minggu, berlatih angkat berat 20-30kg, bina badan six packs whasoever.

Tetapi Tuhan telah menetapkan bahawa HANYA perempuan dengan segala kudrat yang kalian lihat terbatas itu, untuk mengandungkan seorang bayi dalam rahimnya selama sembilan bulan tanpa rehat, yang kandungannya akan mula memberat beberapa bulan menjelang kelahiran.

Logik mudah akal rasional manusia akan mengira kekuatan seorang lelaki sepatutnya lebih ‘sesuai’ menggalas tugas berkenaan.

But God has chosen us the women to carry out the task; there’s nothing you can do to change it.

Tell me if that’s not a miracle, then what is?

۞ رَبِّ قَدْ ءَاتَيْتَنِى مِنَ ٱلْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِى مِن تَأْوِيلِ ٱلْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِى مُسْلِمًۭا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ١٠١

My Lord! You have bestowed dominion upon me and have taught me to comprehend the depths of things. O Creator of heavens and earth! You are my Guardian in this world and in the Hereafter. Cause me to die in submission to You, and join me, in the end, with the righteous.” (101)

[Surah Yusuf]

dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #byNNM #Tijarah #learninglocus #safarsailingforth

Footnote:
Rujuk buku Fatimah Az-Zahra, terbitan Penerbit Zahira

Bacaan tambahan yang lain boleh didapatkan di laman web Tijarah, sementara masih ada promosi. Rujuk di bahagian komen untuk beberapa recommended titles.

Sumber Facebook : Nik Nur Madihah