Ustaz rasa gembira tengok sokongan rakyat Malaysia kepada atlit yang menyertai Sukan Olympik di Paris.

Tak kira bangsa, agama, warna kulit, parti politik, semuanya bersatu hati menyokong kontigen negara.

Inilah keindahan hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Rasa bahagia bila masing-masing dapat bertoleransi dan bersatu hati mengharapkan kejayaan Malaysia.
.
.
Tuan puan, jangan rosakkan keindahan hidup berbilang kaum di negara kita dengan kata-kata buruk. Tak kira ketika kita bercakap atau meninggalkan komen di media sosial.

Ustaz selalu ulang sebut,

“Jaga lisan. Jaga tulisan. Kata-kata boleh menyebabkan kebencian, kata-kata boleh menyebabkan peperangan.”

Kesan kebencian dan peperangan ni bukan mudah nak di selesaikan. Bukan sekadar beri kesan sebulan dua. Tapi kesannya sangat buruk dan memakan masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.

Ustaz dah melawat banyak tempat pelarian kesan dari peperangan.

Sedih tengok kanak-kanak yang membesar dalam khemah. Tak cukup bekalan makanan, tempat tinggal yang dhaif, apatah lagi kemudahan pendidikan yang sempurna.

Semuanya kerana apa? Kesan daripada peperangan sesama manusia.
.
.
Ustaz teringat satu kisah yang berlaku waktu melawat sebuah kem pelarian di Syria.

Ada satu hari tu kami buat edaran di salah sebuah kem pelarian. Macam biasa, lepas sampai, kami keluarkan barang sumbangan. Barang yang disusun dalam kotak besar dikeluarkan satu per satu.

Masa tengah buka dan koyakkan kotak-kotak barang, ustaz rasa pelik. Tiap kali letak ke tanah, ada orang ambil kotak tu.

Letak lagi, ada juga orang ambil. Yalah, bagi kita, kotak yang dah jadi cebisan macam tu dah dikira sampah. Tak boleh nak guna lagi.

Tapi diorang ni berebut bukan main.

Ada budak yang ambil.
Ada ibu-ibu juga yang ambil.

Ustaz jadi hairan. Jadi tanya apa diorang buat dengan kotak tu.

Rupanya kotak tu dijadikan sebagai biskut. Dikoyak kecil-kecil. Dikunyah bagi makan pada anak-anak. Ada juga yang masak dan rebus. Ada yang makan macam tu saja.

Allahuakbar.

Kalau nak difikir dengan akal memang tak logik. Tapi itulah hakikat kehidupan yang mereka. Hidup dalam keadaan serba kekurangan yang terpaksa dilalui oleh ribuan rakyat Syria kesan dari peperangan. Kesannya bukan setakat makan masa setahun dua, tapi berpuluh tahun masih dalam keadaan yang sama.
.
.
Tuan puan yang dirahmati Allah.

Sama-sama kita jaga keharmonian hidup berbilang kaum di negara kita, Malaysia yang tercinta. Caranya mudah, jangan sakiti hati orang lain melalui lisan atau tulisan.
.
.
Hari ini Ustaz nak kongsi 5 tip mudah untuk jaga lisan dan tulisan agar tidak menyakiti hati orang lain. Tak kira berbeza agama dan bangsa atau dengan sesiapa saja kita berkomunikasi.

  1. Berfikir sebelum bercakap.

Pepatah melayu ada sebut, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya.

Betul tuan puan, terlajak kata yang menyakiti hati orang lain sangat buruk kesannya. Ada orang yang putus saudara kerana kata-kata. Berhati-hatilah.. fikir dulu sebelum berkata-kata.

  1. Bercakap dengan Sopan.

Latih diri untuk sentiasa gunakan perkataan yang menghormati orang lain. Walaupun kadang-kadang kita tak setuju dengan pendapat orang yang sedang bercakap dengan diri kita. tidak bersetuju. Contohnya, gunakan “tolong” dan “terima kasih” dalam perbualan.

  1. Kawal Emosi.

Jangan Bercakap Ketika Marah. Dalam Islam pun kita diajar untuk tidak bercakap ketika marah. Kurangkan dulu rasa marah dengan duduk, berbaring atau ambil wudhuk.

  1. Dengar Sebelum Bercakap.

Luangkan masa untuk mendengar pendapat orang lain sebelum memberikan pendapat kita. Ini menunjukkan kita menghargai pandangan mereka dan mengurangkan salah faham.

  1. Elakkan generalisasi.

Apa maksud generalisasi? Maksudnya kita menganggap semua orang sama bila berhadapan dengan satu-satu perkara.

Seboleh mungkin, kita hadirkan rasa empati pada orang, cuba untuk faham dan bayangkan kita berada dalam keadaan mereka. inshaAllah, kita akan lebih fahami orang lain.
.
.
Tuan puan, kita berada di bulan Ogos. Bulan yang sinonim sebagai bulan kemerdekaan negara.

Mengambil semangat ini, sama-sama kita bebaskan diri dari sikap suka timbulkan kebencian. Fokus pada kesatuan.

Semoga kemakmuran dan ketenteraman Malaysia terus dinikmati bukan hanya oleh kita, tapi anak cucu dan generasi kita yang seterusnya.

Amin.

Sumber Facebook: UstazHanafiMalek

Jangan berasa hanya kita seorang sahaja yang mempunyai masalah. Jangan berasa hanya kita seorang sahaja yang hidupnya paling derita. Jangan sampai masalah yang berat dan sukar itu menjadikan kita seorang yang hilang arah, hilang akal.

Kita akan sentiasa berdepan dengan kegagalan malah kadangkala bertubi-tubi ujian akan sentiasa ada selagi kita masih hidup di dunia ini. Kita tidak akan mampu mengelak.

Pilihan yang kita ada hanyalah menyerah atau meneruskan kehidupan.


Suatu hari nanti apabila kita berdepan dengan kegagalan, kekecewaan, kita tidak lagi menyalahkan sesiapa atas luka dan derita yang kita terima. Kita tidak lagi menyalahkan takdir. Kita tidak lagi menyalahkan Tuhan. Malah menyalahkan diri kita sendiri. Semoga kita dapat berlapang dada dalam menghadapi semua perkara. Rela menerima apa sahaja yang sudah ditemukan ALLAH. Sanggup terus menerima apa sahaja yang disajikan alam ini.

Hidup ini sangat indah dan akan berjaya bila kita sibuk mencari salah diri sendiri. Apa pun berlaku, kita tak sibuk menyalahkan orang.

“Ada kesilapan pada aku ni. Ada yang tak betul ni. Ya ALLAH, kalau ini merupakan hukuman daripada KAU untuk menghindarkan aku daripada hukuman di Akhirat, aku redho, Ya ALLAH.”

Terkadang ujian kita ni sebenarnya adalah cara ALLAH sedang memadamkan hukuman untuk kita di Akhirat kelak.

Jadi ALLAH hukum kita di dunia sebab ALLAH nak tengok kita redho ke tidak?

Jika kita tidak redho, hukuman itu akan bersambung lagi di Akhirat.

Subhanallah.

Indahnya kalau kita mampu memujuk hati. Lagi kita belajar, lagi kita nampak kesalahan diri.

Bukan lagi belajar , lagi nampak kesalahan orang lain. Itu bahaya.


Walaupun hati kita terluka dan sedih, saya berharap kita mampu menghadapi semuanya dengan ikhlas. Tanpa menentang atau mengelak. Walaupun jalan yang kita lalui penuh kesedihan dan berakhir dengan derita. Bahkan setiap hari dada kita terus berasa sesak. Semoga kita benar-benar ikhlas dan rela menerimanya. Bukan menjadikannya satu masalah atau sumpahan dalam hidup kita.

Saya berharap kita akan bersedia untuk menghadapi semua perkara. Tidak kira betapa ia sukar dan rumit.

Saya berharap kita akan bersedia sehingga akhirnya kita sedar yang kita sudah berjaya mengatasi semua perkara tersebut. Berjaya melalui masa-masa yang paling sukar dalam hidup kita.


Ketika bersandar dan termenung seketika, kita rasa macam nak senyum sorang-sorang. Kadang-kadang di hujung mata kita jatuh airmata. Kerana kita bersyukur dengan apa yang telah ALLAH pimpin. Hidup kita dulu pernah derita. Hidup kita dulu pernah sengsara. Hidup kita dulu pernah diuji begitu begini. Tapi bila kita tempuhinya, akhirnya kita jumpa jalan keluar. Kita nampak hikmah dan kita nampak diri kita adalah diri yang sentiasa dalam jagaan dan lindungan ALLAH. Kita terasa pertolongan ALLAH itu begitu dekat.


Bila kita diuji, tanya kepada diri kita ,

Kita nak berserah kepada ALLAH ataupun kita nak menyalah-nyalahkan ALLAH?

Sebagai contoh, orang berkahwin yang tak ada anak.

Dia mengeluh kenapa dia sahaja tak ada anak?

Kenapa orang lain bahagia dapat main dengan anak?

Diuji berbelas-belas tahun tidak ada zuriat. Usaha dan ikhtiar macam-macam. Tiba-tiba mengandung. Gembira sangat dapat anak 3 orang. Setelah dapat anak, dia merungut pulak menyalahkan suami yang tak nak tolong jaga anak. Bergaduh hari-hari.

Ada yang setelah dapat anak, diuji pula dengan anak sakit. Kerap berulang alik ke hospital. Dulu sebelum ada anak, urus diri sendiri dan suami sahaja. Sekarang dah ada anak , anak sakit, nak kena uruskan anak lagi.

Bagaimana pula jika ALLAH menjawab,

“Bukankah ini yang kamu mahukan? Bukankah ini yang kamu minta? Selepas kamu dapat, kamu merungut tidak puas hati.”

Bagaimana jika ALLAH membalasnya demikian?


Kita nak sangat. Bila ALLAH bagi, percayalah itu juga adalah yang terbaik.

Kalau ALLAH bagi kita sihat, itu terbaik untuk kita.

Kalau ALLAH nak bagi kita sakit, itu terbaik untuk kita. Sebab kita tak pernah minta sakit. Kita setiap hari minta ALLAH beri kesihatan yang baik untuk kita beribadah.

Ada ke manusia normal minta sakit?

“Ya ALLAH, berilah aku sakit. Kalau aku tak sakit nanti aku jadi macam Firaun pulak Ya ALLAH. Bagilah aku sakit, Ya ALLAH.”

Tak pernah lagi orang normal minta sakit.


Kemudian kita bertanya lagi,

“Jika ia tidak baik untuk saya, mengapa ALLAH beri?”

Sekali lagi, bukankah kita yang meminta?

Kita berusaha untuk mendapatkan perkara yang kita minta. Jadi ALLAH berikan. Mungkin permintaan kita yang segera ALLAH makbulkan itu bukan jaminan DIA redho dengan perkara yang kita pilih dan putuskan.


Apabila perkara yang kita inginkan tidak berlaku serta merta, bersyukurlah kerana ALLAH sebenarnya sedang membimbing kita ke jalan takdir yang sudah DIA rancangkan. ALLAH sedang menyelamatkan kita supaya kita tidak tersalah langkah. Supaya kita tidak berdepan dengan kekecewaan. Percayalah perkara yang dirancang oleh ALLAH sentiasa yang terbaik dan terindah. Tidak ada yang mengecewakan dan tidak akan berakhir dengan sia-sia.

“Kenapa saya minta A, tak dapat A? Tapi ALLAH bagi C.”

Sebab C itu adalah takdir yang telah ALLAH tetapkan. Sudah pasti itu adalah yang terbaik untukmu.

Segala yang kita lalui hari ini adalah satu proses untuk kita mencapai sukses. Tapi kalau kita tak mampu dan tak mahu, kita mengalah dengan segala proses, maka bagaimana untuk kita mencapai sukses?

Tidak mengapa jika rancangan kita gagal dan kucar kacir kerana masih ada perancangan ALLAH yang jauh lebih baik daripada yang kita bayangkan. Di sebalik rancangan kita yang gagal, yang rosak, kucar kacir, mungkin ALLAH sedang menyelamatkan kita daripada gagal yang terlalu jauh. Mungkin ALLAH sedang menyelamatkan diri kita daripada turut musnah daripada rancangan kita yang gagal. Cukuplah hanya rancangan kita yang gagal. Bukan diri kita.


Belajarlah menerima semua perkara. Belajarlah untuk mampu berbaik dengan keadaan walaupun tidak selari dengan apa yang kita mahukan.

Inilah yang kita sebut berdamai dengan takdir .

Kita belajar untuk berdamai dengan apa yang ALLAH berikan kepada kita. Kita tidak ada kuasa dan tidak ada sebarang hak.


Yakinlah ada sesuatu yang menanti kamu selepas banyaknya kesabaran yang kamu hadapi yang akan membuatkan kamu terpesona sehinggakan kamu terlupa pedihnya kesakitan.

_________W-A-S-Y-K-U-R-U-L-I

[sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah dalam Wasykuruli pagi ini. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

yusnizayaziz

ustazahzai

wasykuruli

29 Muharram 1446H
5 Ogos 2024

Sumber Facebook : Yusniza Aziz

Jika ditanya apakah kamu ingin menjadi baik? Maka, semua orang menginginkan untuk menjadi baik.

Namun jika hanya sekadar berniat dan bercakap, maka ia tak kan jadi apa.

Justeru, bagaimana langkah untuk jadi baik? Perbaiki ADAB & AKHLAK serta menghormati orang lain. Jika ASAS ini tidak dipelajari dan diutamakan terlebih dahulu, lalu terus fokus kepada ibadah, maka ia akan menjadikan seseorang itu berilmu tetapi tidak beradab dan berakhlak.

ADAB & AKHLAK ni nak ikut siapa? Kena ikut Rasulullah ﷺ serta para sahabat baginda. Cara nak ikuti bagaimana? Maka belajar…

Apakah antara contoh akhlak Nabi ﷺ serta para sahabat baginda?

  1. Ketawa tutup mulut dan tidak bersuara
  2. Dengar orang lain habis cakap, baru bercakap jangan potong cakap orang yang sedang bercakap
  3. Memaafkan
  4. Memberi salam dan menjawab salam
  5. Tidak sendawa dan kentut bila ada orang lain dekat sengan kita
  6. Tidak mencela, menyakiti hati orang lain
  7. Berbicara dengan wajah yang manis
  8. Berbicara baik dengan isteri
  9. Tidak menyalahkan orang lain
  10. Banyak bersabar
  11. Tidak menengking ketika marah
  12. Selalu memberi nasihat dan kata-kata yang positif

Sumber Facebook: Muhamad Rizal Johari

~MRJ