DOA ITU IBADAT, SIAPA MENGHINAKAN DIRI MAKA ALLAH AKAN ANGKAT

Sufi, mereka melakukan ibadat tanpa rasa terbeban diri mereka, ataupun rasa susah. Inilah keindahan dalam ibadat.

Adapun yang nak bersufi, mereka ini berusaha buat dengan susah-payah tapi untuk kehendak diri mereka. Ini orang yang pura-pura bersufi. Mereka menzahirkan zuhud mereka tapi sebenarnya mereka ada kehendak di dunia.

Mereka ada benda yang mereka nak.

Kita sebutkan daripada permulaan, Sufi mengelakkan diri mereka melihat sesuatu pada kelebihan untuk diri mereka.

Contoh: berzikir, kenapa amal zikir ni?

Dia kata, “Saya amal zikir ni, kalau kena tetak saya takda apa.”

Tujuan zikir. Ditetak orang, digigit ular takda apa. Ular yang mati.
Zikir itu harus tapi ia jelas untuk diri.

Orang yang berzikir kepada Allah dengan maksud merendahkan diri kepada Allah, mentaati Allah ia berbeza natijahnya.

Contoh: Kenapa tuan-tuan berdoa?

“Kerana saya ada hajat yang belum terkabul.”

Dengan seorang yang berkata, “Saya berdoa kerana ia ibadat. Hajat saya dapat, atau tak dapat saya tak peduli. Doa itu ibadat.”

Ini disebutkan oleh Saidina Umar Al-Khattab, “Aku tak pernah peduli apakah aku dapat dengan apa yang aku doa itu, tapi yang paling aku peduli aku bimbang Allah Taala tak ilhamkan lagi aku berdoa (pintu ibadat ditutup).”

Kita tak kisah kalau doa kita Allah bagi atau tak bagi, kita akan tetap berdoa.

Hatta kita ni dah umur 60, 70 tahun kita tetap doa lagi semoga dapat anak-anak yang soleh. Walaupun kita takda anak. Walaupun kita takda suami, kita tetap doa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah Al-Furqan, 74)

Walaupun kita takda isteri, tapi tetap amal doa ni. Walaupun seorang itu takda –
Takda suami
Takda isteri
Takda zuriat, takda anak

Dia tetap doa kerana ia IBADAT.

Tuan-tuan dapat atau tak dapat dengan apa yang tuan-tuan doa, kita bercakap hakikat kesufian, maka itu bukan kepedulian kita. Itu kepedulian orang awam. Orang awam bila doa tak dapat maka dia taknak doa lagi.

Dia berhenti berdoa.
Maka dia jauh daripada Allah, dan rahmatNya.

Sedangkan bilamana dia berdoa, walaupun pada benda yang dia minta tak datang lagi.., hatta kalau tak datang terus maka Allah gantikan dengan rahmat Allah yang lebih baik daripada apa yang dia minta.

Tuan-tuan, tidak pernah orang yang mengangkat tangan kepada Allah, yang tidak pernah menjatuhkan rasa putus asa melainkan Allah cukupkan keperluannya lebih baik daripada apa yang dia nak dalam hidup.

Apa yang kita nak dalam hidup?
Kita ada perancangan dalam hidup, siapa pasangan, anak, apa pekerjaan – kita ada perancangan.

Kita nak rumah dekat mana,
Kita nak rumah besar mana.

Kita nak berkawan dengan siapa.

Semua ini kita cuba merancang, dan semua rancangan itu kita ikat dengan doa:

“Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah saya berjaya temuduga, berilah saya berjaya sekolah. Berilah anak saya berjaya universiti.”

Kita kata demikian.

Akhirnya kita lihat sebahagian doa kita tak dapat. Maka datang sifat putus-asa. Datang satu sifat merendahkan doa yang merupakan satu benda yang mulia. Tidak ada yang paling mulia yang Allah berikan kepada hambaNya selain daripada doa.

Doa, yang paling Allah suka.
Hamba yang berdoa Allah suka.

Sehingga para Rasul yang Allah dah beri segala-galanya tetap kekal berdoa. Hatta diberikan keutuhan agama dan dijanjikan tidak akan mereka berpaling, tetap Nabi SAW berdoa:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu.”

Walau Nabi telah dijamin takkan terbalik hatinya.

Bahkan Nabi SAW berdoa untuk Syurga walau Nabi SAW telah dijamin Syurga, tidak akan lari.

Nabi SAW mohon berlindung daripada Neraka, walau Rasulullah SAW dilindungi daripada Neraka, daripada awal lagi tapi Nabi SAW tetap berdoa, tetap sebut:

اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

Rasulullah SAW melakukan doa, ibadat tertinggi.

Doa ada had, doa kalau hanya untuk meminta, ia rendah. Doa kalau untuk tujuan ibadat maka ia tinggi. Dan doa untuk menunjukkan kedekatan dengan Allah, maka ini jauh lebih tinggi.

Umpama, kalau tuan-tuan dapat mengadu secara terus (direct) dengan Wakil Rakyat.. rasa seronok?
Kita direct, tanpa orang tengah.

Tuan-tuan jumpa terus Perdana Menteri, cakap masalah.
Dia bagi atau tak, ini hal kemudian. Tapi seronok tak jumpa PM dan bercakap?

Dapat jumpa terus DYMM YDP Agong, jumpa terus Raja, cakap masalah tuan-tuan. Seronok? Biarpun dia tak peduli tapi kita dapat jumpa dia dan bercakap.

Dia dengar tu, kita jumpa dia tu satu kebesaran.

Kalau kita dah jumpa dan katakan kepada orang bahawa kita dah jumpa Tuanku, walau belum diambil apa-apa tindakan. Dah cerita masalah. Maka orang nak tahu siapa dia ini yang jumpa Tuanku?

Bagaimana orang yang mengadu kepada Allah?

“Saya dah doa kepada Allah.”

Sebab itu orang nak zalimi kita, kita katakan, “Saya doa pada Tuhan saya. Kezaliman awak, awak tidak akan terselamat.”

Sebab itu orang-orang ugut kita, dia yang mengambil hak kita waima mengambil hak secara hawa nafsu atau secara undang-undang, sedangkan itu hak kita. Dia ambil secara undang-undang.

Maka kita ingatkan dia dengan amaran, ingatkan dia dengan perintah Allah. Dengan mengatakan, “Saya dah mengadu kepada Allah. Kalau awak zalimi saya, awak takkan terlepas.”

Mereka bila kita cakap macam tu, mereka takut.
Kita semua hamba Allah.

Doa ini berada pada peringkat tertinggi, peringkat orang bawahan (bila berdoa) hanya nak (dimakbulkan). Bila tak dapat dia kata doa tak dapat lalu dia nak ke Mekah (berdoa di sana)? Dia nampak dia tak dapat. Dia pun pergi Mekah, cari tempat mustajab (doa). Akhir dia pergi jumpa Wali.

Akhir ada orang bertemu Wali-wali hanya untuk dia berdoa pada kehendak diri dia sementara.

Ada orang yang jumpa Wali, dikatakan dia nak cari jodoh kena jumpa Wali baru boleh. Sedangkan apa dia nak itu hanya kehendak hawa nafsu, sebenarnya bila kita angkat tangan, berdoa berharap kemuliaan yang Allah nak beri lebih daripada apa yang kita nak secara sebutan mulut.

Sebab itu para Nabi a.s mereka tidak melihat doa secara permintaan peribadi melainkan ia perhambaan kepada Allah. Doa ini perhambaan, kalau tuan-tuan angkat tangan sebagai hamba, tuan-tuan akan rasa kelazatan.

Tapi angkat tangan sebagai peminta semata-mata, tuan-tuan akan rasa rendahnya sebagaimana peminta sedekah dia mintak. Tanya orang mintak sedekah, kenapa dia masih mintak. Apa dia rasa bila mintak?

Dia rasa mulia?
Tak. Dia rasa hina.
Hina dia bukan menjadikan dia mulia tapi lebih hina.

Bila kita hinakan diri kita di hadapan Allah.. itu tanda Allah nak muliakan kita. Allah Taala bila melihat hambaNya yang menghina diri, Allah akan angkat. Tapi bila Allah melihat hambaNya mengangkat dirinya maka Allah akan jatuhkan.

Ia berdasarkan hadis, Rasulullah SAW menyatakan “Allah mewahyukan kepada aku supaya kamu merendahkan diri. Siapa yang merendahkan dirinya kerana Allah, Allah angkat dia.”

Ini nilai doa dalam kehidupan orang beriman.

Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG