Kita kalau cantik pun, sementara.Kalau hensem pun, sementara.Kalau kaya pun, sementara.Kalau sedih pun, sementara.Kalau bahagia pun, sementara.Kalau sihat pun, sementara.Kalau sakit pun, sementara.Kalau senang pun, sementara.Kalau susah pun, sementara.

Sementara sahaja kita hidup. Selepas mati, habislah semua yang sementara ini.

Kalau kita rasa penat sangat sekarang, takpe rehatlah sekejap. Sabar kena kuat dan berterusan sehinggalah kita mati. Kerana penat ini sementara. Setelah kita mati, berehat dan bersenang lenanglah selamanya. Kita akan berpindah ke Akhirat.

Pahit di dunia adalah kemanisan di Akhirat.

Yang kita kena hati-hati adalah manis dunia yang membawa kepada kepahitan di Akhirat.

Jadi jangan terlalu leka dengan kesenangan dunia. Bimbang-bimbang gantinya adalah kepahitan di Akhirat.


Kita memang nak kaya di dunia. Tapi bilamana kaya di dunia, bila sampai di Akhirat memang pahit.

Sebab apa?

Disoal siasat lama dan kena menunggu lama.

Pahit sangat!


Nak memberi itu pahit!

Kita kerja siang , malam, pagi, petang. Dapat duit kemudian kena bagi dekat orang. Nak bagi duit tu , nak keluarkan daripada hati terasa pahit. Tapi manisnya di Akhirat.

Kalau kita simpan duit tu dengan kita, memang kita rasa manis, tapi pahit di Akhirat.

Itu kalau halal.

Tapi kalau hasil kekayaan itu daripada menipu orang ?

Teramat-amatlah pahit di Akhirat.


“Bukan tak gembira, tapi kenapa ya hidup saya ni yang lebih banyaknya sedih. Bukan tak senang, tapi yang banyaknya susah.”

Itulah kehidupan dunia.

Kenapa saya kena banyak menangis?
Kerana itulah dunia.

Kenapa saya kena banyak bersusah-payah?
Kerana itulah dunia.

Kita tengok orang tu senang.

Ya ke dia senang?
Kita mana tahu?

Sebab hidup di dunia takkan mungkin sentiasa senang. Hidup di dunia takkan mungkin sentiasa sihat. Hidup di dunia takkan mungkin sentiasa bahagia.

Mungkin hari ni kita bahagia, esok belum tentu kita bahagia.

Apa makna bahagia?

Rasa cukup dengan apa yang ada.

Selagimana kita rasa tak pernah cukup, selagi itulah kita takkan pernah rasa bahagia.

Dan dunia ini tidak pernah cukup.

Manusia ni jika diberi segulung emas, dia nak 2 gunung emas. Kalau ada 2 gunung emas, dia nak 3 gunung emas. Itulah manusia.

Jika begitu perangai kita, kita takkan pernah rasa bahagia kerana bahagia itu salah satunya MERASA CUKUP.

Apa yang kurang pada diri kita adalah tidak merasa cukup.

Kekurangan kita adalah rasa tak cukup sentiasa. Itulah kekurangan kita dan menyebabkan kita tidak bahagia.


Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook: yusnizayaziz

5 Rabiul Awwal 1446H
9 September 2024