IKHLAS SEDETIK, BERKAT SEPANJANG USIA

Kata Abdullah bin Munazil,
“Kalau sekiranya seorang hamba itu hanya ikhlas sedetik tanpa riak tanpa syirik, pasti dia melihat kesan keberkatannya sepanjang hidupnya.”

Kita dalam hidup, kita ikhlas sekejap je?
Kesan kita ikhlas itu kita akan lihat sampai mati.

Jangan kata kalau kita ikhlas setiap hari.

Ada hamba Allah dia derma RM1 tapi dia ikhlas sungguh waktu tu, keberkatan dibuat sedetik itu beri kesan kepada hidupnya semua. Maka asbab itu mungkin Allah mudahkan dia mengucap, menyebabkan orang kata dia baik.

“Dia tu bagus lah. Saya lihat dia itu pemurah.”

Asbab itu (ikhlas). Ikhlas ini begitu besar impak, terlalu besar. Kalaulah kita tahu besarnya impak ikhlas ini nescaya kita akan ikhlas setiap masa. Tapi oleh kerana ada dorongan hawa nafsu, kita nak pujian manusia.. takut kejian orang maka ikhlas kita sentiasa terancam.

Namun kalau kita dapat ikhlas sekejap, kesannya boleh dirasai.

Ulama kata bagi mendapatkan ikhlas ini, kita belajar menyembunyikan sebahagian amalan kita. Tapi itu pun kadang-kala kita nak cerita dekat orang. Asal nak diam-diam nak buat baik, akhir cerita jugak selepas setahun, dua.

Sukarnya.

Kita belajar dua perkara kata Ulama (dalam hal kebaikan) iaitu sembunyikan, dan lupakan.

Siapa yang dibuat ibadat kebaikan kemudian dia belajar lupakan. Jangan ingat. Jangan catat jangan tulis. Moga-moga satu hari nanti ia akan beri kesan besar dalam hidup dia.

Kata Abdullah bin Munazil, seorang itu bila ikhlas satu detik saja, ia akan beri kesan kepada seluruh hidup dia.

Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *