Tazkirah, nasihat, teguran melalui media sosial juga adalah merupakan salah satu bentuk bibit-bibit hidayah yang menyinggahi pancaindera pendengar & pembaca.

Ucapan@bingkisan ikhlas yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan duniawi ini mungkin tidak dapat dilihat balasan/ganjarannya di dunia, namun ia amat beerti buat hari selepas kematian kelak…

Ucapan@bingkisan ini hanya sekadar melintasi pancaindera pendengar & pembaca, namun ia belum menjadi manfaat buat sipendengar/sipembaca, sehinggalah ia dilaksanakan@diamalkan.

Bagi orang-orang yang mengabaikan atau gelisah dengan peringatan tersebut adalah kerana mungkin apa-apa yg dikatakan itu kebetulan bersangkutan dengan keburukan pada mereka dan kebiasaannya naluri jiwa manusia akan menolak apa-apa sahaja yang bercanggah atau tidak bersesuaian dengan jiwa mereka meskipun apa-apa yg dijelaskan itu merupakan satu kebenaran yang hakiki.

Bagi orang-orang yg bijak, mereka akan menjadikan teguran/peringatan itu kepada CERMINAN pada diri mereka sendiri agar mereka dapat melihat kelemahan diri sendiri melalui teguran orang lain lalu mengambil keputusan untuk mengubah diri dan sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki.

Inilah orang-orang yang BERUNTUNG!. Ketahuilah tanpa teguran dan peringatan, kita tidak akan dapat melihat kesilapan diri.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ

Buat rakan-rakan fbku…

  1. Jadikan melaksanakan solat diawal waktu itu sebagai satu perjuangan utama kita untuk mendapatkan Syurga. Solat adalah persoalan pertama yang akan ditanya diakhirat dan tidaklah bermanfaat segunung kebaikan apabila kita tinggalkan solat.
  2. Janganlah berdendam, bersikap iri hati atau berburuk sangka. Tiga penyakit ini membuatkan sentiasa tidak merasa aman di dalam kehidupan.
  3. Ambil lah seketika waktu dipenghujung asar untuk kita berdoa kerana ia adalah antara waktu yang mustajab doa. Mungkin akan ada masanya rezeki kita mendapatkan doa yang cepat dimakbulkan.
  4. Melihat berita-berita semasa, kita lihat ada insan-insan yang menangis kerana mengamati@simpati terhadap orang lain yang kehilangan insan tersayang. Jadikan ia sebagai muhasabah agar kita dapat menjaga sebaiknya orang tersayang yang dekat dengan kita yg mana dia adalah milik kita.
  5. Bagi yang masih memiliki ibu dan ayah dan dekat, maka baliklah menjenguk mereka kerana merekalah insan yang paling terbaik untuk kita berbuat kebaikan berbanding 1000 orang yang lain. Bagi yg jauh maka hubungilah mereka dan bagi yang sudah tidak ada maka kita panjatkan doa buat mereka.
  6. Di dalam kita berukhwah@berkawan jagalah hubungan baik kita sesama muslim. Jika kita tidak mampu buat kebaikan kepadanya maka janganlah kita pula menyusahka dia. Memaafkan sebelum didatangi untuk memohon maaf adalah satu kemuliaan. Jangan kita cari musuh kerana hidup hanya seketika.
  7. Jangan putus asa untuk sentiasa bertaubat kepada Allah meskipun kita merasa tidak ada dosa. Kerana dengan sering bertaubat itu ia adalah ibadah yang mengakrabkan hubungan kita dengan Tuhan dan membuatkan kita rasa kuat untuk istiqomah.
  8. Ingatlah bahawa kesenangan juga adalah merupakan satu ujian. Justeru, sentiasalah mensyukuri nikmat Allah, redha dengan apa yang dimiliki serta jadikan akhirat sebagai matlamat yang kita perlu kejari. SEDARILAH apabila kita mati kelak, segala aset yang kita miliki tidak berguna lagi.

~MRJ

Hakikat sebagai manusia yang hidup di dalam alam yang fana ini, kita tidak boleh lari dari perasaan sedih, duka, sengsara, susah, sakit, bermusuhan serta kebosanan tatkala bahagia yang hadir itu tidak bepanjangan dan ia sentiasa diselangi dengan perasaan yang mendukakan.

Orang-orang yang kita sayangi pasti akan meninggalkan kita secara berperingkat atau mungkin kita yang terlebih dahulu yang akan meninggalkan mereka. Segala yang kita miliki akan lapuk dan menjadi barang lama termasuk diri kita yang semakin uzur, lemah dan tidak selamanya cantik tatkala kulit kita akan berkedut, rambut beruban dengan meningkatnya umur setiap hari.

Ini menunjukkan bahawa dunia tidak seindah mana yang perlu kita kejari dan idami. Kalaulah dunia ini segala-galanya indah, sentiasa bahagia, tidak ada duka, susah atau sengsara ,nescaya manusia tidak akan berhajat untuk mengejar Syurga.

Justeru itu, dengan adanya kesemua keadaan seperti kesedihan, kedukaan, kesengsaraan, kesusahan, kesakitan, permusuhan serta kebosanan itu agar kita bermuhasabah bahawa bukan DUNIA untuk kita kejari dan memfokuskan masa hidup kita sepenuhnya untuk dunia. Hadapilah kesemua keadaan itu dengan tabah dan ‘take it easy’. Kita jangan terlalu berat atau stress untuk fokus memikirkan tentang urusan dunia sedangkan masalah akhirat itu jauh lebih besar.

Jangan banyak buang masa SEPENUHNYA dengan dunia, kerana perjuangan seorang muslim itu adalah untuk mengejar akhirat. Rehatkanlah jiwa kita dengan al-Quran, Istighfar serta zikir dan jangan compare diri kita dengan orang lain dari sudut dunia.

INGATLAH…. TIDAK BERMAKNA SEGALA-GALANYA YANG KITA MILIKI APABILA KITA BERTEMU TUHAN TANPA ADANYA TAQWA & AMAL SOLEH.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ

Muslim yang Taqwa dia akan sentiasa bersemangat memburu amal. Tidak ghairah hanya pada amalan-amalan besar semata seperti Puasa Ramadhan, merebut Lailatul Qadar, ibadah Qurban tetapi tetap sentiasa tamak di dalam memburu amal pada apa jua peluang ibadah yang terhidang. Ini kerana peluang-peluang beribadah ini kita hanya dapat lakukan hanya semasa kita hidup didunia sahaja. Kita tidak diberi peluang untuk kali kedua. Istighfar kita sudah tidak laku lagi apabila kain kafan telah sampai ke jasad. Jutaan zikir sudah tidak bermakna lagi apabila dibaca ketika menunggu giliran untuk penghisaban (semasa berada diyaumul mahsyar).

Dunia hanya sementara, kehidupan yang sementara, kenikmatan yang sementara, keseronokan yang sementara, kesulitan yang sementara.

Allah SWT memiliki 100 Rahmat. Allah berikan untuk dunia hanya 1% sahaja, manakala 99% lagi diberi untuk akhirat. Maksudnya segala nikmat, keindahan, kekayaan, kehebatan dunia ini adalah hanya 1% sahaja dari Rahmat Allah. Di syurga nanti Allah akan berikan 99% dari rahmat-Nya yang mana betapa dahyatnya kenikmatan syurga itu kita tidak dapat jangkau melalui akal. Sedang 1% rahmat Allah SWT dari nikmat dunia ini pun ada dikalangan manusia yang sudah lupa daratan dan bangga dengan apa yang dimiliki. Justeru itu kita perlu bersemangat untuk mengejar akhirat.

Akal boleh percaya, namun…. tubuh belum kuat untuk laksana, tanpa ada keimananan yang kuat. Maka kerana itu kita dapat lihat bahawa tubuh yang sihat belum tentu boleh ke masjid, berpuasa sunat, membaca al-Quran, berzikir dan memperbanyakkan solat sunat. Harta yang banyak belum tentu mahu bersedekah dan melakukan ibadah Qurban.

Justeru itu, kejutkan diri dari lamunan. Sekarang akhirat adalah fantasi, manakala dunia adalah reality. Namun, setelah kita meninggal nanti, dunia pula yang akan menjadi fantasi tatkala akhirat akan menjadi reality.

Untuk menjadi muslim yang taqwa, antara perkara yang perlu pada diri kita adalah kena banyak BERSABAR. Bersabar dengan kesusahan hidup, bersabar dengan perangai suami/isteri/keluarga/anak-anak, bersabar dengan ujian sakit, bersabar dari berbalah, juga bersabar dengan kezaliman orang pada diri kita.

Antara faktor terbesar yang menyebabkan seseorang itu masuk ke syurga adalah disebabkan kuatnya bersabar bukan kerana kuatnya beramal kerana semua orang mampu beramal tetapi bukan semua orang mampu bersabar.

Tidak dinafikan bersabar itu tidak semudah seperti apa yang disuruh dan diucap namun itulah kesabaran. Sabar adalah perkataan yang banyak disebut di dalam Al-Quran dan ia dikaitkan dengan kejayaan ke syurga. Justeru itu, kuatkan diri kita untuk bersabar iaitu dengan menanan marah, tidak membalas, tidak bertindak pada sesuatu perkara mengikut hawa nafsu dan akal.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ

Sumber FB : Muhamad Rizal Johari

5/10/2024