Buat rakan-rakan fbku…

  1. Jadikan melaksanakan solat diawal waktu itu sebagai satu perjuangan utama kita untuk mendapatkan Syurga. Solat adalah persoalan pertama yang akan ditanya diakhirat dan tidaklah bermanfaat segunung kebaikan apabila kita tinggalkan solat.
  2. Janganlah berdendam, bersikap iri hati atau berburuk sangka. Tiga penyakit ini membuatkan sentiasa tidak merasa aman di dalam kehidupan.
  3. Ambil lah seketika waktu dipenghujung asar untuk kita berdoa kerana ia adalah antara waktu yang mustajab doa. Mungkin akan ada masanya rezeki kita mendapatkan doa yang cepat dimakbulkan.
  4. Melihat berita-berita semasa, kita lihat ada insan-insan yang menangis kerana mengamati@simpati terhadap orang lain yang kehilangan insan tersayang. Jadikan ia sebagai muhasabah agar kita dapat menjaga sebaiknya orang tersayang yang dekat dengan kita yg mana dia adalah milik kita.
  5. Bagi yang masih memiliki ibu dan ayah dan dekat, maka baliklah menjenguk mereka kerana merekalah insan yang paling terbaik untuk kita berbuat kebaikan berbanding 1000 orang yang lain. Bagi yg jauh maka hubungilah mereka dan bagi yang sudah tidak ada maka kita panjatkan doa buat mereka.
  6. Di dalam kita berukhwah@berkawan jagalah hubungan baik kita sesama muslim. Jika kita tidak mampu buat kebaikan kepadanya maka janganlah kita pula menyusahka dia. Memaafkan sebelum didatangi untuk memohon maaf adalah satu kemuliaan. Jangan kita cari musuh kerana hidup hanya seketika.
  7. Jangan putus asa untuk sentiasa bertaubat kepada Allah meskipun kita merasa tidak ada dosa. Kerana dengan sering bertaubat itu ia adalah ibadah yang mengakrabkan hubungan kita dengan Tuhan dan membuatkan kita rasa kuat untuk istiqomah.
  8. Ingatlah bahawa kesenangan juga adalah merupakan satu ujian. Justeru, sentiasalah mensyukuri nikmat Allah, redha dengan apa yang dimiliki serta jadikan akhirat sebagai matlamat yang kita perlu kejari. SEDARILAH apabila kita mati kelak, segala aset yang kita miliki tidak berguna lagi.

~MRJ

Hakikat sebagai manusia yang hidup di dalam alam yang fana ini, kita tidak boleh lari dari perasaan sedih, duka, sengsara, susah, sakit, bermusuhan serta kebosanan tatkala bahagia yang hadir itu tidak bepanjangan dan ia sentiasa diselangi dengan perasaan yang mendukakan.

Orang-orang yang kita sayangi pasti akan meninggalkan kita secara berperingkat atau mungkin kita yang terlebih dahulu yang akan meninggalkan mereka. Segala yang kita miliki akan lapuk dan menjadi barang lama termasuk diri kita yang semakin uzur, lemah dan tidak selamanya cantik tatkala kulit kita akan berkedut, rambut beruban dengan meningkatnya umur setiap hari.

Ini menunjukkan bahawa dunia tidak seindah mana yang perlu kita kejari dan idami. Kalaulah dunia ini segala-galanya indah, sentiasa bahagia, tidak ada duka, susah atau sengsara ,nescaya manusia tidak akan berhajat untuk mengejar Syurga.

Justeru itu, dengan adanya kesemua keadaan seperti kesedihan, kedukaan, kesengsaraan, kesusahan, kesakitan, permusuhan serta kebosanan itu agar kita bermuhasabah bahawa bukan DUNIA untuk kita kejari dan memfokuskan masa hidup kita sepenuhnya untuk dunia. Hadapilah kesemua keadaan itu dengan tabah dan ‘take it easy’. Kita jangan terlalu berat atau stress untuk fokus memikirkan tentang urusan dunia sedangkan masalah akhirat itu jauh lebih besar.

Jangan banyak buang masa SEPENUHNYA dengan dunia, kerana perjuangan seorang muslim itu adalah untuk mengejar akhirat. Rehatkanlah jiwa kita dengan al-Quran, Istighfar serta zikir dan jangan compare diri kita dengan orang lain dari sudut dunia.

INGATLAH…. TIDAK BERMAKNA SEGALA-GALANYA YANG KITA MILIKI APABILA KITA BERTEMU TUHAN TANPA ADANYA TAQWA & AMAL SOLEH.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ