- Jadikan melaksanakan solat diawal waktu itu sebagai satu perjuangan utama kita untuk mendapatkan Syurga. Solat adalah persoalan pertama yang akan ditanya diakhirat dan tidaklah bermanfaat segunung kebaikan apabila kita tinggalkan solat.
- Janganlah berdendam, bersikap iri hati atau berburuk sangka. Tiga penyakit ini membuatkan sentiasa tidak merasa aman di dalam kehidupan.
- Ambil lah seketika waktu dipenghujung asar untuk kita berdoa kerana ia adalah antara waktu yang mustajab doa. Mungkin akan ada masanya rezeki kita mendapatkan doa yang cepat dimakbulkan.
- Melihat berita-berita semasa, kita lihat ada insan-insan yang menangis kerana mengamati@simpati terhadap orang lain yang kehilangan insan tersayang. Jadikan ia sebagai muhasabah agar kita dapat menjaga sebaiknya orang tersayang yang dekat dengan kita yg mana dia adalah milik kita.
- Bagi yang masih memiliki ibu dan ayah dan dekat, maka baliklah menjenguk mereka kerana merekalah insan yang paling terbaik untuk kita berbuat kebaikan berbanding 1000 orang yang lain. Bagi yg jauh maka hubungilah mereka dan bagi yang sudah tidak ada maka kita panjatkan doa buat mereka.
- Di dalam kita berukhwah@berkawan jagalah hubungan baik kita sesama muslim. Jika kita tidak mampu buat kebaikan kepadanya maka janganlah kita pula menyusahka dia. Memaafkan sebelum didatangi untuk memohon maaf adalah satu kemuliaan. Jangan kita cari musuh kerana hidup hanya seketika.
- Jangan putus asa untuk sentiasa bertaubat kepada Allah meskipun kita merasa tidak ada dosa. Kerana dengan sering bertaubat itu ia adalah ibadah yang mengakrabkan hubungan kita dengan Tuhan dan membuatkan kita rasa kuat untuk istiqomah.
- Ingatlah bahawa kesenangan juga adalah merupakan satu ujian. Justeru, sentiasalah mensyukuri nikmat Allah, redha dengan apa yang dimiliki serta jadikan akhirat sebagai matlamat yang kita perlu kejari. SEDARILAH apabila kita mati kelak, segala aset yang kita miliki tidak berguna lagi.
~MRJ