Orang-orang yang kita sayangi pasti akan meninggalkan kita secara berperingkat atau mungkin kita yang terlebih dahulu yang akan meninggalkan mereka. Segala yang kita miliki akan lapuk dan menjadi barang lama termasuk diri kita yang semakin uzur, lemah dan tidak selamanya cantik tatkala kulit kita akan berkedut, rambut beruban dengan meningkatnya umur setiap hari.
Ini menunjukkan bahawa dunia tidak seindah mana yang perlu kita kejari dan idami. Kalaulah dunia ini segala-galanya indah, sentiasa bahagia, tidak ada duka, susah atau sengsara ,nescaya manusia tidak akan berhajat untuk mengejar Syurga.
Justeru itu, dengan adanya kesemua keadaan seperti kesedihan, kedukaan, kesengsaraan, kesusahan, kesakitan, permusuhan serta kebosanan itu agar kita bermuhasabah bahawa bukan DUNIA untuk kita kejari dan memfokuskan masa hidup kita sepenuhnya untuk dunia. Hadapilah kesemua keadaan itu dengan tabah dan ‘take it easy’. Kita jangan terlalu berat atau stress untuk fokus memikirkan tentang urusan dunia sedangkan masalah akhirat itu jauh lebih besar.
Jangan banyak buang masa SEPENUHNYA dengan dunia, kerana perjuangan seorang muslim itu adalah untuk mengejar akhirat. Rehatkanlah jiwa kita dengan al-Quran, Istighfar serta zikir dan jangan compare diri kita dengan orang lain dari sudut dunia.
INGATLAH…. TIDAK BERMAKNA SEGALA-GALANYA YANG KITA MILIKI APABILA KITA BERTEMU TUHAN TANPA ADANYA TAQWA & AMAL SOLEH.
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.
~MRJ