Ini hadis Nabi ﷺ yang sangat bermakna lagi penuh ‘miracle’, suatu pengalaman yang benar-benar pernah dialami:

وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَضُرُّوك بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوك إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْك

“Dan ketahuilah, seandainya walau seluruh umat berhimpun untuk menimpakan kamu suatu mudarat, tidaklah mereka dapat memudaratkanmu apapun, kecuali dengan kadar yang telah dituliskan oleh Allah buatmu” [hadis riwayat al-Tirmidzi, hadis ke-19 daripada 40 hadis al-Nawawi:].

Namun kuncinya adalah kesabaran. Seandainya kita yakin dengan kebenaran yang kita pegang, jalan terus aja. Jangan khuatir, walau siapapun, walau berapa ramai sekalipun yang datang mencarikmu, kerana cepat atau lambat, di sebalik setiap cabaran ujian itu pasti ada kesenangan yang Allah telah tegaskan secara berulang dalam firman-Nya:

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (*) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا

“Maka sesungguhnya, setiap kesukaran itu ada kesenangan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya, setiap kesukaran itu ada kesenangan” [al-Syarh: 5-6].

Dalam ungkapan syeikh Mutawalli al-Sya’rawi: “Jika Allah mengambil darimu sesuatu yang tidak pernah engkau sangka kehilangannya, maka Allah akan memberimu sesuatu yang tidak pernah engkau sangka akan memilikinya.”

Alhamdulillah syukur yā Rabb atas nikmat dan gantian “bulatan” tasik segar yang jauh lebih indah dan mendamaikan…

Akademi Al Khayr, Penang
(1 peaceful year celebration ✨️)
-Dr. Kamilin Jamilin-

  • Saya ada sini sampai esok, siapa mai AAK pusing tasik, ada rezeki kita jumpa 😉

BILL GATES TERANGKAN MENGAPA ANAKNYA TIDAK BOLEH KAHWIN DENGAN ORANG MISKIN

“Beberapa tahun yang lalu saya menghadiri persidangan di Amerika Syarikat mengenai pelaburan dan kewangan. Salah seorang penceramah ialah Bill Gates dan semasa fasa soal jawab saya mengajukan soalan yang membuatkan semua orang ketawa.

Soalan saya, adakah dia, sebagai lelaki terkaya di dunia, boleh menerima anak perempuannya untuk berkahwin dengan lelaki miskin atau sederhana.

Jawapannya mengubah sesuatu dalam diri saya.

Bill Gates:

“Pertama sekali, faham bahawa kekayaan tidak bermaksud mempunyai akaun bank yang gemuk.

Kekayaan pada asasnya ialah keupayaan untuk mencipta kekayaan.

Contoh: Seseorang yang memenangi loteri atau perjudian. Walaupun dia menang 100 juta dolar, dia tidak kaya. Dia adalah orang miskin dengan banyak wang. Itulah sebabnya 90% jutawan loteri menjadi bangkrut semula selepas 5 tahun.

Anda juga mempunyai orang kaya yang tidak mempunyai wang. Contoh, kebanyakan usahawan.

MEREKA sudah dalam perjalanan menuju kekayaan walaupun mereka tidak mempunyai wang, kerana mereka sedang membangunkan kecerdasan kewangan mereka dan itulah kekayaan.

Bagaimanakah kaya dan miskin berbeza?

Ringkasnya: Yang kaya boleh mati untuk menjadi kaya, manakala yang miskin boleh membunuh untuk menjadi kaya.

Jika anda melihat seorang lelaki muda yang memutuskan untuk berlatih, mempelajari perkara-perkara baru, yang cuba memperbaiki dirinya secara berterusan, ketahuilah bahawa dia adalah orang kaya.

Jika anda melihat seorang pemuda yang merasakan masalahnya ialah negara, dan yang merasakan bahawa semua orang kaya adalah pencuri dan yang sering mengkritik, ketahuilah bahawa dia adalah orang miskin.

Orang kaya percaya bahawa mereka hanya memerlukan maklumat dan latihan untuk berlepas, orang miskin fikir orang lain harus memberi mereka wang untuk berlepas.

Kesimpulannya, apabila saya mengatakan anak perempuan saya tidak akan berkahwin dengan lelaki yang tidak berduit, saya tidak bercakap tentang duit. Saya bercakap tentang keupayaan untuk mencipta kekayaan dalam diri lelaki itu.

Maaf untuk mengatakan ini, tetapi kebanyakan penjenayah adalah miskin. Bila dah depan duit, hilang akal, sebab tu merompak, mencuri etc…

Bagi mereka itu satu rahmat kerana mereka tidak tahu bagaimana mereka boleh dapat duit sendiri.

Satu hari, juruwang bank terjumpa satu beg yang penuh dengan wang, dia mengambil beg itu dan pergi untuk memberikannya kepada pengurus bank.

Orang memanggil lelaki ini bodoh, tetapi pada hakikatnya dia hanya seorang lelaki kaya yang miskin.

Setahun kemudian, bank menawarkannya pekerjaan sebagai penyambut tetamu, 3 tahun kemudian beliau menjadi pengurus pelanggan dan 10 tahun kemudian beliau menguruskan pengurusan serantau bank ini, beliau menguruskan beratus pekerja dan bonus tahunannya melebihi jumlah yang beliau boleh miliki jika beliau dulu curi.

Kekayaan bermula dari keadaan minda.

Copy dan paste di wall Farah Nor Ashamar

Menjadi Wanita Tenang

  1. Bangunlah seawal pagi. Mandi ni wajib. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan.
  2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.
  3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran.
  4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi.
  5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya.
  6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.
  7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari. Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka.
  8. Solat dhuha jangan tinggal. Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.
  9. Amalkan solat sunat lain. Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah
  10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita suka.
  11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat.
  12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.
  13. Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Ilmu akhirat lebih baik. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya.
  14. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur. Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah
  15. Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanitabyang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
  16. Foto saya ketika dalam Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Mekah ketika mengerjakan umrah yang lalu. Jika dengan bas, 7 jam perjalanan. Dengan train laju ini, dua setengah jam boleh sampai. Alhamdulillah.

Kredit dan penulisan asal oleh Siti Suryani Yaakop, via FB Faridah Mohd Ali & oh bulan

[ Fekah Ketika Banjir ]

  1. Air banjir dikira sebagai air mutlak walaupun berwarna coklat disebabkan kuantiti air yang banyak melebihi 2 qullah (270 Liter). Jadi ia boleh digunakan untuk beristinjak, berwudhuk, mandi janabah dan mandi jenazah.
  2. Pakaian yang terkena lumpur sah dibawa solat kerana lumpur adalah suci.
  3. Dibolehkah solat secara duduk diatas sampan kerana bimbang jika melakukan solat secara berdiri sampan akan terbalik, ini telah difatwakan oleh mufti wilayah pada 20 Februari 2017.
  4. Jika sampan berpusing sehingga berubah arah kiblat, maka wajib ke atasnya untuk memusingkan dada menghadap ke arah kiblat semula. Ini dinyatakan dalam Kitab Misbahud Duja, Karangan Ustaz Muhadir Bin Haji Joll.
  5. Ketika ribut disunatkan menambah lafaz dalam Azan :
    أَلَا صَلُّوا فِي بُيُوْتِكُمْ

Maksudnya : Hendaklah kamu solat dirumah kamu”

Ini dinyatakan dalam Kitab Sabilal Muhtadin Li Tafaqauh Amruddin Syeikh Arsyad Al-Banjari.

  1. Dibolehkan rukuk dan sujud secara isyarat ketika banjir, namun sujud mestilah lebih rendah daripada level rukuk. Ini dinyatakan dalam Kitab Fiqh Islami Wa Adilatuhu Karangan Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Sah sujud dalam air dan duduk antara dua sujud dalam air, namun perkara ini patut dielakkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan lemas atau hanyut serta membahayakan kesihatan mangsa banjir.

  1. Solat jumaat tidak diwajibkan ketika bencana alam seperti banjir dan ribut, ini selaras dengan fatwa Darul Ifta’ Misriyyah.
  2. Petugas dan mangsa banjir tidak dibolehkan solat jamak, kerana Nabi SAW solat jamak ketika hujan dan bukan ketika banjir dan diqiaskan salji dengan hujan, inilah yang telah difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 10 Februari 2016.
  3. Zakat boleh diberikan kepada mangsa banjir, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan terkena banjir dalam Asnaf Al-Gharimin iaitu orang yang berhutang, ini bertepatan dengan Fatwa Mufti Wilayah pada 10 disember 2014.
  4. Penempatan mangsa banjir lelaki dan perempuan bujang yang ajnabi perlu diasingkan dan wajib menjaga aurat masing-masing.
  5. Mangsa banjir yang berkeluarga boleh ditempatkan sekali dengan dipisahkan melalui khemah atau langsir atau pemisah yang lain yang dapat menjaga aurat mereka sekeluarga.
  6. Boleh dibuat kaunter Lost & Found, Barang yang tercicir semasa banjir termasuk dalam Bab Al-Luqatah : -jika barangan mudah rosak dan susut nilai, si penemu boleh menggunakannya atau memakannya dan wajib dipulangkan barangan itu atau dibayar gantinya jika tuan empunya sudah ditemui.

-jika barangan itu jenis yang tidak mudah rosak, disimpan ia dan wajib di iklankan selama setahun, selepas setahun si penemu boleh memiliki harta tersebut, namun jika tuan empunya ditemui dan meminta kembali hartanya wajiblah dikembalikan semula barangan itu.

Iklan boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari selama seminggu, kemudian tiap-tiap hari sekali selama seminggu, kemudian setiap tujuh hari sekali selama tujuh minggu, setelah itu setiap sebulan sekali sehingga cukup setahun.

Hukum memungut barangan Al-Luqatah ini :

Wajib ► Jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.

Sunat ► Jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut.

Harus ► Jika tidak dibimbangi akan hilang.

Makruh ► jika mengambilnya ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.

Haram ► Bagi orang yang berniat jahat.

  1. Mati kerana lemas dikira sebagai mati Syahid Akhirat, Nabi SAW bersabda :

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏‏‏.‏

Maksudnya: Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Wajib dimandikan keatas jenazah yang mati tenggelam walaupun badannya masih basah.

Sekian,

Mohammad Illiyas Bin Habulat
Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Fauziah
Pemegang Tauliah Agama Islam Negeri Kedah

Betulkan_Saya_Jika_Saya_Salah

Carilah circle yang baik.

Gambarkan jenazah kita berada di ruang tamu sedang ditutup dengan kain putih.

Siapakah yang berada di sekelilingnya?

Kalau kita tak direzekikan anak-anak yang membaca Al-Quran 30 juzuk atau mendoakan doa-doa kebaikan, yang datang itu adalah kawan-kawan kita yang macam mana?

Adakah yang hanya datang dengan auratnya yang terbuka, yang kurang sempurna?

Adakah yang hanya datang berbicara?

“Ingat tak lagi dulu kita pergi karaoke sama-sama dengan dia?”

Kalau kita mati zaman kita jahil dulu-dulu, mungkin itulah bicaranya.

Tapi tidak lagi kalau kita dimatikan oleh ALLAH dalam waktu yang sekarang ini. Sebab kita sudah memperbetulkan siapa yang bakal menziarahi jenazah kita.

Kita nak hari mati kita nanti diziarahi oleh ramai kawan-kawan yang mengaji majlis ilmu sama-sama. Dibacakan Al-Quran 30 juzuk oleh kawan-kawan.

Tak payah bergaduh isu sampai ke tak sampai.

Kita baca 1 juzuk dalam tempoh tak sampai seminggu, pahalanya untuk kita. Orang dalam pahala, doanya Insya-ALLAH diangkat oleh ALLAH. Orang dalam pahala, mudah ke Syurga ALLAH. Bila berada dalam Syurga ALLAH, apa yang kita nak minta pada ALLAH, dapat.

Antaranya,

“Ya ALLAH, aku tak nampak kawan aku si fulan bin si fulan. Boleh tak aku nak jumpa dia? Aku nak bawak dia sekali masuk dalam Syurga.”

Mudah-mudahan kita yang dipinta kepada ALLAH oleh sahabat kita, untuk dibawa sekali masuk ke dalam Syurga.

Sebab itu kita kena cari circle yang betul.


Dalam mencari circle yang betul, kadangkala kita diuji juga.

“Asyik pergi masjid siang malam tapi mengumpat orang jugak.”

“Siapa kak yang mengumpat tu?”

“Dialah.”

“Biarlah dia. Yang penting yang mengumpat tu bukan akak.”

………………………

“Pergi saja majlis ilmu tapi dia tu zalim dekat orang. Dok buat aniaya dekat orang. Hutang orang tak nak bayar.”

“Siapa kak?”

“Orang tu lah.”

Dok diam sudah.

Jika mampu, tegurlah.
Nasihat.

Yang penting jangan kita zalim pada orang.

Syukur jadi orang yang dizalimi kerana orang yang dizalimi doanya diangkat oleh ALLAH. Orang yang dizalimi dalam lindungan kasih sayang ALLAH. Dia tak buat dosa. Dia dizalimi.

Jangan menjadi orang yang menzalimi. Orang yang menzalimi ni ALLAH jauh dari dia. Malaikat rahmat tak bawa rahmat kasih sayang ALLAH kepada dia. Sebab dia menzalimi orang.

Berhentilah daripada membicarakan orang tu jahat, orang tu buruk.

Fokus dengan kebaikan apakah yang kita sudah buat?


Kita banyak bercerita tentang zalimnya orang buat pada kita. Tetapi kita terlupa nak cerita yang kita zalim pada diri kita sendiri.

ALLAH dah tunjuk jalan ke Syurga dan jalan ke Neraka. Jalan ke Neraka itu juga yang menjadi lazat bagi kita.

Saat bibir kita menyatakan nak Syurga, tetapi perangai kita tak ubah macam ahli Neraka.

Akui sahaja!

Sebagaimana taubatnya Nabi Adam AS,

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ

“Ya RABB kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”


CARA UNTUK MENCAHAYAKAN HATI.
…………………………………………….

  1. Baca Al-Quran.

Itulah yang akan terangkan kubur kita di Alam Barzakh dan akan luaskan kubur kita yang sempit.

…..

  1. Mengurangkan makan.

Bila banyak makan, banyak tidur, banyak cakap, ia akan menggemukkan nafsu. Kita nak kuruskan nafsu dengan kurangkan makan, kurangkan tidur dan kurangkan cakap.

…..

  1. Mendirikan malam.

Kalau tak mampu sepanjang malam, paling kurang 2 rakaat Tahajjud.

…..

  1. Bermunajat pada waktu malam.

Bercakap-cakap dengan ALLAH. Beristighfar sehingga jatuh airmata keinsafan.

…..

  1. Mendampingi orang soleh.

Tengok cara dia bercakap, cara dia makan , cara dia menyantuni orang lain. Kita dapat ilmu.

…..

  1. Diam dari perkara yang tiada kaitan.

Benda yang tak ada kena mengena dengan kita, tak payahlah kita menyibuk. Tinggalkan.

…..

  1. Jangan menghina ahli maksiat.

Kalau kita tak boleh pimpin tangan si ahli maksiat ke jalan Akhirat, tinggalkan mereka. Sebab kita takut kita pula yang terikut rentak mereka.

Kita berpisah dengan dia bukan kerana benci tetapi kerana kita takut terjebak dengan dosa yang dia buat. Jadi tinggalkan ahli maksiat dan jangan hina ahli maksiat. Hari ini kita hina dia, kita tak tahu ALLAH Maha Membolak Balikkan hati. Besok dia mati Husnul Khotimah, kita yang perasan baik sangat ni, Na’uzubillahi Min Zalik.

Kita tak tahu siapa yang akan diangkat oleh ALLAH dalam darjat yang tinggi.

…..

  1. Tidak berlebih-lebihan dalam urusan manusia.

Kalau kita sudah mengusahakan, jangan berlebih-lebihan sebab takdir sudah berada dalam perancangan ALLAH yang terbaik.

Kita plan A tapi yang jadi B. Maka yakinlah yang terbaik untuk kita adalah B.

Terus bersangka baik kepada ALLAH. ALLAH sedang siapkan sesuatu yang lebih indah daripada perancangan kita.

…..

  1. Makan makanan yang halal.

Nak hidup bercahaya, makan makanan yang halal.


[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah dalam Kuliah Dhuha – Ya ALLAH, Kurniakan Bagiku Hati Yang Bercahaya. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah.]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

yusnizayaziz

ustazahzai

27 Jamadil Awwal 1446H
29 November 2024

RASULULLAH SAW TEGAS DALAM MENGINGATKAN HAL KEMATIAN

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani:

“Hendaklah engkau,

  1. Selalu mengingati mati
  2. Bersabar di atas bala bencana
  3. Berserah diri kepada Allah azzawajalla pada semua hal dan keadaan

Bila sudah sempurna kesemua tiga-tiga sifat ini pada dirimu, datanglah kepadamu Malaikat.

Dengan mengingati mati, barulah benar kezuhudanmu.

Dengan bersabar, nanti engkau akan memperolehi apa yang engkau inginkan daripada Tuhanmu.

Dengan berserah diri kepadaNya, semua ingatan dunia akan keluar daripada hatimu, hatimu itu pun akan bergantung dengan Tuhannya, dan akan berundur daripadamu dunia, Akhirat dan semua yang selain Allah.

Ketika itu akan datang kepadamu kerehatan daripada segala penjuru, akan datang perlindungan daripada segala penjuru – Allah akan memeliharamu daripada segala penjuru yang enam sehingga tiada jalan bagi seorang pun untuk membahayakanmu.

Semua sudut yang menuju kepadamu akan tersekat,
Semua pintu yang sampai kepadamu akan tertutup.

Kini engkau tergolong ke dalam kumpulan orang-orang yang dikatakan oleh Allah Taala dalam firmanNya:

إِنَّ عِبَادِى لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَـٰنٌ

“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka.”

(Surah Al-Hijr, 42)

  • Sesungguhnya para hambaKu itu tiada kuasa bagimu (wahai Syaitan) untuk menyusahkannya.

PENERANGAN

Kata Syeikh Abdul Qadir, ada tiga perkara yang mesti kamu lakukan untuk mendapat keselamatan, dan untuk sentiasa bersedia dan tenang ketikamana datang Malakul Maut –

i) Sentiasa ingat mati
ii) Bersabar bagi setiap bencana, musibah menimpa
iii) Senantiasa berserah diri kepada Allah SWT.

Lengkap tiga perkara ini maka datanglah Malaikatmu dengan cara yang baik.

Nabi SAW bila melihat para sahabat, sedikit lalai – maka Rasulullah SAW menyatakan:

“Mati kejap lagi datang.. paling tidak ia mesti datang, waima mati ini adalah kecelakaan kamu, atau kebahagiaan kamu.”

Nabi SAW akan pastikan para sahabat sentiasa ingat mati. Bila nampak sahabat sedikit lagha, atau terpaling, mula leka, Nabi SAW akan ingatkan dengan pelbagai bentuk ingatan. Kadang-kala dengan tegas, seperti hadis di atas.

“Mati dah datang ni,
Tidak dapat tidak ia akan datang!
Waima kamu akan jadi celaka, ataupun kamu akan jadi bahagia.”

Rasulullah SAW menyebut lagi dalam memberi ingatan tegas akan kematian, perumpamaan kematian itu umpama pakaian kamu yang koyak, lalu tergantung hanya pada pakaian yang bersisa, yang menunggu untuk putus. Begitu hidupmu dengan kematian.

Kita tergantung, hanya sikit.

Rasulullah SAW bertanyakan sahabat, “Wahai Muaz apa hakikat iman kamu?”

Kamu kata kamu beriman, apa hakikat?

Lalu kata Muaz Bin Jabal , “Ya Rasulullah.. tidak aku melangkah satu langkah, melainkan aku melihat langkah ke-dua aku akan mati.”

Begitu mereka para sahabat ingat mati, untuk menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW tegas dalam bab ini. Tegas dalam mengingatkan kematian kerana ini menjadikan permulaan kebahagiaan, ataupun kecelakaan kita.

Sumber FB : TOKKU PASIR GUDANG

29/11/2024