“Bagaimana Agar Allah Menjemput Kita Menjadi Tetamu Nya? “

Perkongsian ini bukan untuk menunjuk. Bukan juga untuk berbangga.
Tetapi satu ajarkan, satu seruan daripada hati yang pernah merasa rindu, kepada hati-hati yang sedang mencari jalan ke sana.

Ramai yang menyangka, hanya mereka yang berduit, yang kaya raya, yang mampu membayar pakej mahal, merekalah yang akan dijemput ke Makkah dan Madinah.

Tapi ketahuilah, Allah swt tidak menjemput yang mampu. Allah menjemput yang mahu.
Yang hatinya sarat dengan rindu.
Yang bibirnya sentiasa menyebut,
“Ya Allah, jemput aku ke rumahMu.”
Yang jiwanya tak pernah padam harapan, biarpun belum tahu dari mana akan datang duit tambang.

Allah swt Maha Mengetahui isi hati hambaNya.
Bukan jumlah simpanan yang Dia pandang.
Tetapi kerendahan hati, keinginan yang mendalam, dan langkah-langkah kecil yang kita mula ambil, itulah yang membuka jalan.

Jangan tunggu cukup duit untuk mula berniat.
Tapi berniatlah dulu, kerana dari niat itu,
Allah swt akan cukupkan.

Tanamkan azam dan niat dalam setiap solat.
Bisikkan dalam doa selepas wudhuk, selepas sedekah, selepas berbuat baik.
“Ya Allah, jika ada nilai dalam amalku ini, jadikan ia sebab Engkau menjemputku ke Tanah SuciMu.”

Itu bukan ‘berkira’ dengan Allah.
Itu tanda kita tahu, semua kebaikan berasal dari Dia, dan kepada Dia juga kita kembalikan segala harapan.

Selepas niat, gerakkan pula dengan tindakan.
Mulakan dengan melihat dan menyemak pakej umrah yang sesuai dengan kemampuan semasa.
Tak perlu tunggu pakej premium, tak perlu tunggu hotel paling dekat, jika kita masih kuat berjalan.Fokuskan pada tujuan: Kita nak datang sebagai tetamu Allah. Bukan sebagai pelancong.

Namun, jika membawa ahli keluarga yang sudah berumur, uzur, atau anak-anak kecil, maka pilihlah pakej yang memudahkan urusan mereka.Itu juga tanda kita sedang menyantuni amanah Allah swt.

Bila sudah jumpa pakej yang berkenan di hati, jangan bertangguh.Teruskan dengan daftar dan bayar deposit.Ambil tarikh sekurang-kurangnya 6 ke 9 bulan ke hadapan supaya ada ruang untuk menabung, menyusun kewangan, dan membuat persediaan jiwa.

Ramai yang kata: “Tak cukup duit…”
Tapi jarang yang berkata: “Aku sedang berusaha, dan aku sedang berdoa.”
Kenapa kita perlu ulang kata-kata yang memutuskan harapan, sedangkan kita punya Tuhan Yang Maha Memberi?

Percayalah, bila kita sudah daftar dan mulakan langkah, hati kita akan lebih bertanggungjawab.
Kita akan mula menyimpan, berjimat, kurangkan kehendak, utamakan keperluan.
Dan di situlah keajaiban berlaku. Allah swt akan hantar bantuan dari arah yang tak disangka-sangka.Kerana Dia melihat usaha dan kesungguhan kita.

Dan bila akhirnya kita sampai…
Segalanya berubah.
Kita lupa dunia.
Kita lupa urusan yang menyesakkan dada.
Kerana di sana, kita jumpa kedamaian yang tak mampu diungkap.
Kita duduk lama di masjid, tanpa jemu.
Kita berdoa sambil menangis, bukan kerana lemah tapi kerana terasa dekat sangat dengan Allah swt.
Kita bersaing dalam ibadah, bukan kerana menunjuk, tapi kerana mahu lebih dekat dengan rahmatNya.
Kita bangun malam, walaupun tubuh letih.
Kita berzikir, bertafakur, menatap Kaabah sambil menginsafi dosa-dosa lama.
Kita belajar kembali asas agama yang mungkin telah kita abaikan.

Dan waktu kita perlu pulang, Ada sesuatu dalam hati yang enggan melepaskan.
Bukan kerana kita lupakan keluarga di tanah air,
Tapi kerana kita mahu bawa mereka juga ke sini.
Kita mahu mereka rasa apa yang kita rasa.
Kita mahu mereka turut menjadi tetamu Allah.
Kita mahu seluruh keluarga merasai nikmat berada dekat dengan Kaabah, dengan Raudhah, dengan Madinah Al-Munawwarah, dengan Rasulullah SAW.

Kerana rindu ke Tanah Suci bukan rindu biasa.
Ia rindu yang Allah sendiri campakkan dalam hati orang yang dipilihNya.
Dan bila kita sudah merasainya, kita tidak akan pernah puas.Kita akan berkata dalam hati: “Ya Allah jemputlah aku ke sini lagi dan lagi dan lagi.”

Maka, mulakan hari ini dengan niat, dengan doa, dengan langkah kecil yang penuh harapan kerana Allah swt tidak pernah menolak hamba yang benar-benar mahu datang kepadaNya.

UT

uttravel

uttravelandtours

umrahbersamauttravel

umrahbersamaustaztaufik

RinduHaramain

TakPernahTakRindu

SemogaDijemputLagi

JemputanYangTakTerbanding

UT Travel & Tours Official

KITA SEMUA TAHU, TAPI KITA LUPA. SEBAB TU KENA INGATKAN.

Hidup ni bukan sebab kita tak tahu… tapi sebab kita selalu lupa.

Lupa mati. Lupa solat. Lupa akhirat.

Sebab tu hati kena selalu disiram dengan ilmu — walaupun satu video, satu tazkirah.

Kadang satu ayat je, tapi cukup buat kita tersentap.

Dan kadang, satu ceramah je… cukup ubah cara kita pandang hidup.

اللهم اجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه

“Ya Allah, jadikan kami orang yang mendengar nasihat lalu mengikut yang terbaik darinya.”

Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah : Klik link di bawah

https://t.me/ceramahustazdanustazah

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah

KITA BERHAK BAHAGIA

Kita disalahkan sebab berubah, tapi mereka tak pernah salahkan diri mereka sebab punca dari mereka sebenarnya kita berubah. Mereka hanya nampak kita dah tawar hati dan menjauhi diri. Tapi, mereka tak pernah nampak kesungguhan kita bertahan selama ini. Kita dah penat menjadi payung untuk hidup orang lain, menjadi tempat untuk mereka berteduh namun kita dibiarkan kesejukan dihentam hujan. Kita sudah lelah membahagiakan orang-orang yang tidak peduli tentang hidup kita. Bahagia itu sederhana. Jika ingin hidup bahagia, mulakan dengan meninggalkan segala sesuatu yang membuat kita tidak bahagia. Berhentilah mencari kebahagiaan di tempat yang sama saat kita tersesat.

Sesekali, apabila kita ingin marah maka lepaskan saja. Kadang-kadang sesuatu yang sudah terlalu lama dipendam hanya akan membuat kita kesakitan. Tak semestinya kita marah, kita perlu berubah menjadi monster yang mengerikan. Marahlah secara elegan tanpa perlu melukai perasaan orang lain. Sudah saatnya untuk kita berubah. Jadi diri yang lebih baik. Perbaiki apa yang patut diperbaiki. Ubah apa yang mampu kita ubah, lalu berbaik sangka pada ALLAH. ALLAH pasti memberi yang lebih baik. Harus move on dari orang yang salah menuju kepada orang yang insyaaAllah ALLAH beri yang terbaik.

Tidak semua orang tahu bagaimana kuatnya kita menjaga, merawat dan mengawal emosi, perasaan serta fikiran untuk dilihat matang serta baik-baik saja. Be a strong human untuk create happiness untuk diri. Kita berhak membahagiakan diri kita sendiri. Seringkali kita sibuk memikirkan perasaan orang lain, sehingga lupa apa yang menjadi keinginan kita. Kadang bersikap sedikit egois itu perlu. Sedikit mementingkan kepentingan kita di atas orang lain kadang perlu. Well, kita tidak ingin terjebak dalam hal yang tidak membuat kita bahagia bukan?

Ingat, kemarau setahun akan dihapuskan dengan hujan sehari. Seribu kebaikan akan dihapuskan dengan satu kesalahan. Sebaik apapun kita kepada orang lain, jika kita melakukan satu kesalahan. Kesalahan akan di ingat orang lain, bukan kebaikan kita. Maka, dari itu berbaiklah pada diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita berbuat baik pada orang lain. Mulai dengan langkah kecil, tanyakan pada diri kita apa yang membuat kita bahagia. Serumit apapun masalah yang sedang kita hadapi, kita berhak untuk bahagia. Semua orang memiliki pilihan untuk kebahagiaannya masing-masing. Tanam kenangan lama, bina kenangan baru. Itu rahsia untuk jadi lebih bahagia dan semangat. Selamat memilih bahagia.

Sumber FB : Rohana Saad

April 2025

Surah At-Takwir: Bila Hidup Rasa Gelap,Kembali Pada Cahaya

Kita semua ada fasa ‘gelap’ —
Emosi berterabur,
semangat jatuh,
rasa hilang diri sendiri.
Tapi,
Allah turunkan satu surah,
seolah untuk waktu macam ni.

Surah At-Takwir.
Ia bukan sekadar kisah kiamat.
Tapi kisah kebangkitan jiwa.

Dan yang paling ajaib —
Kalau kita tadabbur,
kita jumpa formula untuk bangkit.
Satu-satu,
dengan perlahan.


📍 Bila hidup bergoncang, kembalilah kepada kompas sebenar — Allah.

Awal surah ini, Allah gambarkan suasana kiamat:

“إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ ﴿١﴾ وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ ﴿٢﴾ وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ ﴿٣﴾”
Maksud: “Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan.”
(Surah At-Takwir, 81:1-3)

Macam hidup kita bila diuji —
Rasa semua benda tak stabil.
Tapi waktu tu,
kalau hati masih ada Allah,
kita takkan hanyut.

➡️ Formula:
Jangan cari tenang hanya di luar.
Cari tenang yang bersandar pada Tuhan.
Dan Al-Quran adalah peta untuk tenang tu.
Bacalah perlahan, walau satu ayat.
Kerana setiap ayat ada suara yang menenangkan.


📍 Allah tahu apa yang kita simpan dalam diam.

“عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّآ أَحْضَرَتْ”
Maksud: “Setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dibawanya (ke akhirat).”
(Surah At-Takwir, 81:14)

Kadang kita rasa,
siapa pun tak faham apa yang kita pikul.
Tapi ayat ni macam kata,
“Tak apa… Allah lebih tahu segala-galanya.”

➡️ Formula:
Bila sedih, kecewa, atau rasa sunyi —
Ceritalah pada Allah.
Tadabbur ayat-ayat Dia.
Ada kalanya, satu ayat boleh jadi pelukan yang kita perlukan.


📍 Jangan hukum diri hanya kerana sedang lemah.

“وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ”
Maksud: “Dan kawan kamu (Nabi Muhammad) itu bukanlah seorang yang gila.”
(Surah At-Takwir, 81:22)

Zaman Nabi, orang tuduh Baginda macam-macam.
Tapi Allah pertahankan.

Begitu juga kita.
Bila emosi bercelaru,
kita bukan ‘rosak’.
Kita cuma letih.
Kita cuma perlukan kembali kepada sumber ketenangan.

➡️ Formula:
Bila hati rasa serabut,
jangan jauhkan diri dari Al-Quran.
Dalam ayat-Nya,
ada bela dan penenang yang kita tak sangka.


📍 Bila iman terasa pudar, itu bukan bermakna ia tiada.

“فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ ﴿١٥﴾ ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ ﴿١٦﴾”
Maksud: “Maka Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tersembunyi.”
(Surah At-Takwir, 81:15-16)

Ada masa bintang tu terang,
ada masa dia ‘ghaib’.
Tapi ia tetap ada, tetap berfungsi.

Macam iman.
Kadang solat tak rasa apa.
Kadang baca Al-Quran tapi hati kosong.

Tapi iman bukan hilang.
Ia cuma perlukan penyuluh semula.
Dan Al-Quran itu penyuluh yang paling lembut menyentuh jiwa.

➡️ Formula:
Bila rasa gelap,
jangan berhenti mencari cahaya.
Terus baca.
Terus tadabbur.
Kerana ayat-ayat Allah sedang menyentuh kita perlahan-lahan.


📍 Setiap malam akan ada subuh yang ‘bernafas’.

“وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ”
Maksud: “Dan demi subuh apabila ia bernafas (menghembuskan cahaya).”
(Surah At-Takwir, 81:18)

Subuh tu nafas baru.
Bumi yang gelap semalaman, akhirnya ‘bernafas’.

Kita pun begitu.
Emosi yang gelap takkan kekal.
Luka akan reda.
Cahaya akan masuk.

Bila?
Bila kita terus bertahan dan terus kembali kepada Allah.

➡️ Formula:
Fajar tak akan pernah gagal muncul.
Teruskan langkah walau perlahan —
Dan jadikan Al-Quran teman sepanjang perjalanan.


🟢 Kesimpulan: Kembali Pada Allah Dengan Al-Quran

Kalau ada satu jalan untuk bangkit,
ia bukan motivasi semata.
Ia bukan sekadar nasihat manusia.
Tapi kembali kepada ayat-ayat Allah.

Kerana di dalamnya ada:

🔹️Formula tenang
🔹️Formula bangkit
🔹️Formula reda
🔹️Formula bahagia yang sebenar

Bagi saya Surah At-Takwir ini,
Satu terapi.
Antara surah yang sangat lembut mengetuk hati.
Khususnya untuk yang sedang rasa hilang arah.

NotaTadabbur

TadabburAtTakwir

Sumber FB : Aqilah April,2025

Kenapa orang baik makin matang, bukan makin marah?

Kita selalu fikir orang yang diuji patut jadi keras. Keras kerana makin perlu sabar dan merana dalam ujian. Tapi lihat Yusuf a.s. — difitnah, dibuang keluarga, dipenjara… Tapi bila dia dewasa, Allah tak beri dia dendam. Allah beri dia hikmah.

“Dan apabila dia cukup dewasa, Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Yusuf, 12:22)

Menariknya, Allah tak kata “Kami beri balasan kepada orang yang solat banyak”, atau “yang kuat hafal kitab”. Tapi Allah puji orang yang berbuat baik — muhsinin. Dalam penjara pun Yusuf tetap bantu orang tafsir mimpi. Dalam istana pun dia tetap jujur dan tenang.

Orang baik bukan orang yang hidup senang. Tapi orang yang tetap sabar dan balas baik walaupun dunia balas dengan buruk. Itulah yang membentuk jiwa matang dan berilmu.

Kadang kita pelik kenapa Allah lambat beri jawapan, tapi sebenarnya Allah sedang siapkan jiwa yang layak menerima jawapan itu.


Tiga pelajaran hidup dari ayat ini:

  1. Hikmah bukan datang dari umur, tapi dari ihsan. Siapa yang berbuat baik, Allah akan beri kematangan luar biasa.
  2. Jangan tunggu dunia baik dengan kita untuk kita jadi baik. Kita buat baik kerana Allah, bukan kerana dunia.
  3. Sabar bukan kelemahan, tapi laluan kepada kemuliaan. Orang sabar akan sampai ke tempat yang orang marah tak mampu jejak.

Kalau kita jaga hati kita waktu orang lain tak jaga, Allah sendiri akan jaga kita dengan hikmah, ilmu, dan kemuliaan. Itu janjiNya.

Sumber FB : Ustaz Fazrul Ismail, 20/4/2025

Buat baik tu tak rugi.Walaupun kadang orang tak nampak.Kadang orang lupa.Kadang orang salah faham,dan paling pedih… kadang orang balas dengan luka.

Tapi buat baik tu tetap tak rugi.
Sebab kebaikan tu bukan urusan kita untuk diingati.
Ia urusan kita dengan Tuhan.
Dan Tuhan tak pernah terlepas catat walau ia sekecil senyuman.

Jangan tunggu dihargai untuk jadi baik.
Jangan tunggu dibalas untuk tetap ikhlas.
Buat baik bukan sebab orang itu layak,
tapi sebab kita dah janji dengan diri sendiri yang kita takkan berubah, walau dunia jadi semakin keras.

Percayalah kawan. Satu hari nanti, kau akan pandang semula jalan yang pernah kau lalui.
Dan waktu tu, kau akan bersyukur
kerana walau banyak kali dihancurkan, kau tetap memilih untuk tidak jadi seperti mereka.

Kau tetap memilih untuk jadi baik. Dan itu kekuatan paling besar yang kau pernah ada.

Buat kau yang sedang dan terus berjuang berbuat baik, jangan berhenti. Buat je baik, kita bukan buat sebab orang. Tapi buat demi Tuhan.

Sumber FB: 19/4/2025 Arif Sukri

🌎[MOTIVASI PESARA : BAHAGIAN 3]“3 GOLONGAN YANG BERUNTUNG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.”

Hidup ini adalah peluang berharga untuk kita menggandakan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kita ingin menjadi hamba yang diredhai Allah.
Kita ingin menjadi hamba yang dicintai oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Maka kita perlu berusaha memanfaatkan setiap baki umur yang ada ini untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T.

Siapakah manusia yang beruntung ?
Allah berfirman dalah Surah Fathir : Ayat 29 dan 30 :

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّۭا وَعَلَانِيَةًۭ يَرْجُونَ تِجَـٰرَةًۭ لَّن تَبُورَ

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِۦٓ ۚ إِنَّهُۥ غَفُورٌۭ شَكُورٌۭ

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

MashaAllah Tabarakallah.

  1. Orang-orang yang menjaga Al-Quran – membaca, memahami dan mengamalkan isi-isinya dalam kehidupan.
  2. Orang-orang yang mendirikan solat dan menjaga solat dengan sebaiknya.
  3. Orang-orang yang ikhlas menginfakkan hartanya ke jalan Allah sama ada secara diam-diam atau terang-terangan.

Mereka inilah insan-insan yang dipandang dan dicintai oleh Allah SWT. Moga kita semua tergolong dalam golongan ini. Amin.

MOTIVASIPESARA

tahsinmadinah

belajarAlQurandiMasjidNabawi

Sumber FB : Hadeef Training & Consultancy

April2025

Jangan berharap dengan manusia

Sebelum ni saya ada seorang kenalan yang diberhentikan kerja.

Dia memang tak sangka sangat perkara itu akan berlaku kepadanya.

Sebab nya ialah dia mempunya keyakinan yang sangat tinggi kepada orang yang memberhentikannya.

Dari dulu lagi dia terlalu percaya dengan orang tu.

Macam hidup dia bergantung sepenuhnya pada satu manusia.

Orang tu memang idola dia lah kiranya.

Walaupun ada orang lain cuba memberikan warning tentang orang tu keapdanya, dia tetap akan mempertahankan orang tu.

Senang cerita orang tu sangat sempurna di matanya.

Satu hari, keadaan yang tak disangka berlaku.

Angin takde, ribut takde, dia diberhentikan kerja.

Bila dapat tahu tentang hal itu, dia sangat kecewa.

Dia memang tak sangka perkara itu berlaku kepadanya.

Dia dah letak kepercayaan yang amat tinggi kepada orang tu. Dan sangat tak sangka nasib macam tu menimpanya.

Saya faham sangat perasaan tu sebab saya sendiri pun pernah lalui perkara yang sama.

Bila harapan terlalu tinggi pada manusia, hati kita yang remuk.

Sebenarnya kita tak pernah disuruh letak keyakinan penuh kepada manusia.

Sebab manusia ni tak konsisten. Hari ni dia baik, esok belum tentu.

Hari ni dia nampak macam membantu, esok mungkin dia tinggal.

Bukan sebab dia jahat. Tapi sebab dia manusia. Lemah. Terbatas. Tak mampu pegang semua janji.

Yang kita patut yakin sepenuhnya… cuma Allah.

Kalau kita bergantung kepada Allah, hati kita akan kuat.

Sebab Allah tak pernah kecewakan.

Bila kita bergantung pada Allah, kita tak takut ditinggalkan manusia.

Kita tak runsing bila tak ada siapa nak bantu.

Sebab kita tahu, selagi ada Allah, kita tak pernah benar-benar keseorangan.

Dengan manusia cukup sekadar percaya pada kadar perlu.

Hormat. Baik sangka. Tapi jangan sampai hati kita bergantung pada dia.

Sebab bila kita serahkan hati kepada manusia, kita sendiri yang hancur bila dia berubah.

Sumber FB: Ali Daud, April 2025

[MOTIVASI PESARA : BAHAGIAN 1]

Begitu pantas masa berlalu. Jika sebelum ini, masa yang ada dimanfaatkan untuk berkhidmat di medan pekerjaan, kini tibalah masa untuk bersara. Ia berkait rapat tentang umur seorang manusia. 

Umur adalah peluang berharga kepada kita untuk menggandakan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

1. Siapakah manusia yang terbaik?

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِى بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ  مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ  قَالَ فَأَىُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ  مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ 

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya, bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” 

Baginda SAW menjawab, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya”. Dia bertanya lagi, “Lalu siapakah orang yang terburuk?” Baginda SAW menjawab, “Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya”. 

[HR. Ahmad; Tirmidzi; dan al-Hâkim.]

2. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam:

يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ

Anak Adam semakin tua, dan dua perkara semakin besar juga bersamanya: cinta harta dan panjang umur. 

[HR. Bukhâri, no: 5942]

3. Doa Mohon Penghujung Umur yang Baik.

Sabda Nabi SAW:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya dan sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari di mana daku berjumpa dengan-Mu kelak.”

[Riwayat al-Tabarani]

Semoga fasa persaraan ini kita dapat memanfaatkan umur dengan sebaik-baiknya, terutama membina hubungan yang paling istimewa dengan Al Quran. 

#MOTIVASIPESARA

#tahsinmadinah

#pesaramengajidiMasjidNabawi

Sumber Telegram : Ustazah Ainul Mardihah

April 2025