Surah At-Takwir: Bila Hidup Rasa Gelap,Kembali Pada Cahaya

Kita semua ada fasa ‘gelap’ —
Emosi berterabur,
semangat jatuh,
rasa hilang diri sendiri.
Tapi,
Allah turunkan satu surah,
seolah untuk waktu macam ni.

Surah At-Takwir.
Ia bukan sekadar kisah kiamat.
Tapi kisah kebangkitan jiwa.

Dan yang paling ajaib —
Kalau kita tadabbur,
kita jumpa formula untuk bangkit.
Satu-satu,
dengan perlahan.


📍 Bila hidup bergoncang, kembalilah kepada kompas sebenar — Allah.

Awal surah ini, Allah gambarkan suasana kiamat:

“إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ ﴿١﴾ وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ ﴿٢﴾ وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ ﴿٣﴾”
Maksud: “Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan.”
(Surah At-Takwir, 81:1-3)

Macam hidup kita bila diuji —
Rasa semua benda tak stabil.
Tapi waktu tu,
kalau hati masih ada Allah,
kita takkan hanyut.

➡️ Formula:
Jangan cari tenang hanya di luar.
Cari tenang yang bersandar pada Tuhan.
Dan Al-Quran adalah peta untuk tenang tu.
Bacalah perlahan, walau satu ayat.
Kerana setiap ayat ada suara yang menenangkan.


📍 Allah tahu apa yang kita simpan dalam diam.

“عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّآ أَحْضَرَتْ”
Maksud: “Setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dibawanya (ke akhirat).”
(Surah At-Takwir, 81:14)

Kadang kita rasa,
siapa pun tak faham apa yang kita pikul.
Tapi ayat ni macam kata,
“Tak apa… Allah lebih tahu segala-galanya.”

➡️ Formula:
Bila sedih, kecewa, atau rasa sunyi —
Ceritalah pada Allah.
Tadabbur ayat-ayat Dia.
Ada kalanya, satu ayat boleh jadi pelukan yang kita perlukan.


📍 Jangan hukum diri hanya kerana sedang lemah.

“وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ”
Maksud: “Dan kawan kamu (Nabi Muhammad) itu bukanlah seorang yang gila.”
(Surah At-Takwir, 81:22)

Zaman Nabi, orang tuduh Baginda macam-macam.
Tapi Allah pertahankan.

Begitu juga kita.
Bila emosi bercelaru,
kita bukan ‘rosak’.
Kita cuma letih.
Kita cuma perlukan kembali kepada sumber ketenangan.

➡️ Formula:
Bila hati rasa serabut,
jangan jauhkan diri dari Al-Quran.
Dalam ayat-Nya,
ada bela dan penenang yang kita tak sangka.


📍 Bila iman terasa pudar, itu bukan bermakna ia tiada.

“فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ ﴿١٥﴾ ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ ﴿١٦﴾”
Maksud: “Maka Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tersembunyi.”
(Surah At-Takwir, 81:15-16)

Ada masa bintang tu terang,
ada masa dia ‘ghaib’.
Tapi ia tetap ada, tetap berfungsi.

Macam iman.
Kadang solat tak rasa apa.
Kadang baca Al-Quran tapi hati kosong.

Tapi iman bukan hilang.
Ia cuma perlukan penyuluh semula.
Dan Al-Quran itu penyuluh yang paling lembut menyentuh jiwa.

➡️ Formula:
Bila rasa gelap,
jangan berhenti mencari cahaya.
Terus baca.
Terus tadabbur.
Kerana ayat-ayat Allah sedang menyentuh kita perlahan-lahan.


📍 Setiap malam akan ada subuh yang ‘bernafas’.

“وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ”
Maksud: “Dan demi subuh apabila ia bernafas (menghembuskan cahaya).”
(Surah At-Takwir, 81:18)

Subuh tu nafas baru.
Bumi yang gelap semalaman, akhirnya ‘bernafas’.

Kita pun begitu.
Emosi yang gelap takkan kekal.
Luka akan reda.
Cahaya akan masuk.

Bila?
Bila kita terus bertahan dan terus kembali kepada Allah.

➡️ Formula:
Fajar tak akan pernah gagal muncul.
Teruskan langkah walau perlahan —
Dan jadikan Al-Quran teman sepanjang perjalanan.


🟢 Kesimpulan: Kembali Pada Allah Dengan Al-Quran

Kalau ada satu jalan untuk bangkit,
ia bukan motivasi semata.
Ia bukan sekadar nasihat manusia.
Tapi kembali kepada ayat-ayat Allah.

Kerana di dalamnya ada:

🔹️Formula tenang
🔹️Formula bangkit
🔹️Formula reda
🔹️Formula bahagia yang sebenar

Bagi saya Surah At-Takwir ini,
Satu terapi.
Antara surah yang sangat lembut mengetuk hati.
Khususnya untuk yang sedang rasa hilang arah.

NotaTadabbur

TadabburAtTakwir

Sumber FB : Aqilah April,2025