“Bagaimana Agar Allah Menjemput Kita Menjadi Tetamu Nya? “

Perkongsian ini bukan untuk menunjuk. Bukan juga untuk berbangga.
Tetapi satu ajarkan, satu seruan daripada hati yang pernah merasa rindu, kepada hati-hati yang sedang mencari jalan ke sana.

Ramai yang menyangka, hanya mereka yang berduit, yang kaya raya, yang mampu membayar pakej mahal, merekalah yang akan dijemput ke Makkah dan Madinah.

Tapi ketahuilah, Allah swt tidak menjemput yang mampu. Allah menjemput yang mahu.
Yang hatinya sarat dengan rindu.
Yang bibirnya sentiasa menyebut,
“Ya Allah, jemput aku ke rumahMu.”
Yang jiwanya tak pernah padam harapan, biarpun belum tahu dari mana akan datang duit tambang.

Allah swt Maha Mengetahui isi hati hambaNya.
Bukan jumlah simpanan yang Dia pandang.
Tetapi kerendahan hati, keinginan yang mendalam, dan langkah-langkah kecil yang kita mula ambil, itulah yang membuka jalan.

Jangan tunggu cukup duit untuk mula berniat.
Tapi berniatlah dulu, kerana dari niat itu,
Allah swt akan cukupkan.

Tanamkan azam dan niat dalam setiap solat.
Bisikkan dalam doa selepas wudhuk, selepas sedekah, selepas berbuat baik.
“Ya Allah, jika ada nilai dalam amalku ini, jadikan ia sebab Engkau menjemputku ke Tanah SuciMu.”

Itu bukan ‘berkira’ dengan Allah.
Itu tanda kita tahu, semua kebaikan berasal dari Dia, dan kepada Dia juga kita kembalikan segala harapan.

Selepas niat, gerakkan pula dengan tindakan.
Mulakan dengan melihat dan menyemak pakej umrah yang sesuai dengan kemampuan semasa.
Tak perlu tunggu pakej premium, tak perlu tunggu hotel paling dekat, jika kita masih kuat berjalan.Fokuskan pada tujuan: Kita nak datang sebagai tetamu Allah. Bukan sebagai pelancong.

Namun, jika membawa ahli keluarga yang sudah berumur, uzur, atau anak-anak kecil, maka pilihlah pakej yang memudahkan urusan mereka.Itu juga tanda kita sedang menyantuni amanah Allah swt.

Bila sudah jumpa pakej yang berkenan di hati, jangan bertangguh.Teruskan dengan daftar dan bayar deposit.Ambil tarikh sekurang-kurangnya 6 ke 9 bulan ke hadapan supaya ada ruang untuk menabung, menyusun kewangan, dan membuat persediaan jiwa.

Ramai yang kata: “Tak cukup duit…”
Tapi jarang yang berkata: “Aku sedang berusaha, dan aku sedang berdoa.”
Kenapa kita perlu ulang kata-kata yang memutuskan harapan, sedangkan kita punya Tuhan Yang Maha Memberi?

Percayalah, bila kita sudah daftar dan mulakan langkah, hati kita akan lebih bertanggungjawab.
Kita akan mula menyimpan, berjimat, kurangkan kehendak, utamakan keperluan.
Dan di situlah keajaiban berlaku. Allah swt akan hantar bantuan dari arah yang tak disangka-sangka.Kerana Dia melihat usaha dan kesungguhan kita.

Dan bila akhirnya kita sampai…
Segalanya berubah.
Kita lupa dunia.
Kita lupa urusan yang menyesakkan dada.
Kerana di sana, kita jumpa kedamaian yang tak mampu diungkap.
Kita duduk lama di masjid, tanpa jemu.
Kita berdoa sambil menangis, bukan kerana lemah tapi kerana terasa dekat sangat dengan Allah swt.
Kita bersaing dalam ibadah, bukan kerana menunjuk, tapi kerana mahu lebih dekat dengan rahmatNya.
Kita bangun malam, walaupun tubuh letih.
Kita berzikir, bertafakur, menatap Kaabah sambil menginsafi dosa-dosa lama.
Kita belajar kembali asas agama yang mungkin telah kita abaikan.

Dan waktu kita perlu pulang, Ada sesuatu dalam hati yang enggan melepaskan.
Bukan kerana kita lupakan keluarga di tanah air,
Tapi kerana kita mahu bawa mereka juga ke sini.
Kita mahu mereka rasa apa yang kita rasa.
Kita mahu mereka turut menjadi tetamu Allah.
Kita mahu seluruh keluarga merasai nikmat berada dekat dengan Kaabah, dengan Raudhah, dengan Madinah Al-Munawwarah, dengan Rasulullah SAW.

Kerana rindu ke Tanah Suci bukan rindu biasa.
Ia rindu yang Allah sendiri campakkan dalam hati orang yang dipilihNya.
Dan bila kita sudah merasainya, kita tidak akan pernah puas.Kita akan berkata dalam hati: “Ya Allah jemputlah aku ke sini lagi dan lagi dan lagi.”

Maka, mulakan hari ini dengan niat, dengan doa, dengan langkah kecil yang penuh harapan kerana Allah swt tidak pernah menolak hamba yang benar-benar mahu datang kepadaNya.

UT

uttravel

uttravelandtours

umrahbersamauttravel

umrahbersamaustaztaufik

RinduHaramain

TakPernahTakRindu

SemogaDijemputLagi

JemputanYangTakTerbanding

UT Travel & Tours Official