“Bukan Rumah Kecil Yang Menyempitkan Jiwa, Tapi Hati Yang Tak Pernah Rasa Cukup.”

Ada orang rumah dia cuma dua bilik,
dinding pun dah kusam, perabot semua biasa-biasa.
Tapi kalau kau tengok cara dia sambut anak balik sekolah,
kau rasa macam dunia dia penuh bunga.

Ada orang rumah dia besar 5 tingkat,
tapi anak-anak balik tak ada siapa sambut,
isteri pun asyik termenung, suami pun tenggelam dalam kerja.

Bila hati sempit, istana pun rasa macam penjara.
Tapi bila hati lapang, pondok pun jadi syurga kecil.

Kajian kebahagiaan dari Harvard, yang berjalan lebih 75 tahun, buktikan:
hubungan yang sihat dalam keluarga jauh lebih menentukan rasa bahagia daripada kekayaan atau kejayaan dunia.

Bukan rumah besar yang buat kita tenang,
tapi rumah yang dipenuhi ketawa, doa, maaf, peluk —
itulah yang jadi ubat jiwa.

Tak perlu tunggu kaya untuk bahagia.
Tak perlu tunggu mewah untuk tersenyum.
Yang perlu cuma satu:
rasa syukur — dan keinginan untuk bahagiakan orang yang ada di sekeliling kita.

Hari ini, peluk anak walau rumah berselerak.
Cium pasangan walau tak sempat masak.
Tersenyum pada mak ayah walau kita tak mampu bagi duit banyak.
Bahagia itu bukan tentang apa yang kita ada.
Bahagia itu tentang siapa yang kita pilih untuk hargai hari ini.

Sumber FB : Ayu Nur, Mei 2025

“Semakin Kita Tua, Semakin Kita Sedar — Sunyi Itu Jauh Lebih Damai.”

Dulu masa muda, kita sanggup berlari cari kawan.
Sanggup susun masa, korban tenaga, semata-mata nak rasa “aku ada ramai orang”.
Ziarah sana, datang sini.
Tangan hulur, hati buka — untuk semua orang.

Tapi bila umur makin bertambah, kita sedar…
Bukan semua senyuman itu ikhlas.
Bukan semua kehadiran itu membawa tenang.

Ada yang hadir bawa tawa.
Tapi ramai juga yang datang bawa racun halus —
mengata belakang, menyakitkan hati, merendahkan semangat.

Lama-lama, kita belajar…
Bukan kita yang kurang sosial,
bukan kita yang susah bergaul.
Kita cuma makin memilih siapa yang layak duduk dalam hidup kita.

Bukan sebab trauma.
Bukan sebab ego.
Tapi sebab kita dah kenal nilai diri sendiri.

Kita tahu siapa yang benar-benar sayang, siapa yang hanya pakai topeng.
Kita tahu masa kita berharga.
Kita tahu tenang itu bukan dalam ramai, tapi dalam yang betul.

Dan akhirnya, kita faham —
Lebih baik duduk diam dalam sunyi, daripada bergaul dalam bising yang palsu.

Tak perlu semua orang suka kita.
Tak perlu semua orang faham kita.
Yang penting, kita cukup bahagia dengan siapa diri kita hari ini.

Sunyi itu bukan sumpahan.
Kadang-kadang, sunyi itu hadiah —
daripada Tuhan yang nak selamatkan kita daripada manusia yang salah.

Sumber FB : Ayu Nur, 4/5/2025

Sebelum kita mula melakukan sesuatu, ada baiknya kita belajar dahulu bagaimana untuk menamatkannya. Kerana memulakan itu seringkali datang bersama semangat yang meluap, tetapi menyudahkannya memerlukan ketabahan yang luar biasa.

Ramai orang terpesona dengan permulaan, dengan idea baru, impian besar dan langkah pertama yang penuh harapan. Namun, di pertengahan jalan, apabila cabaran mula hadir dan kesabaran mula diuji, tidak ramai yang mampu bertahan.

Sebab itu penting untuk kita bukan sekadar tahu bagaimana untuk mula, tetapi lebih penting lagi, tahu bagaimana untuk mengakhiri dengan baik. Setiap perkara yang dimulakan tanpa ilmu tentang bagaimana ia seharusnya berakhir, berisiko untuk tinggal separuh jalan, tergantung, terbengkalai dan akhirnya dilupakan.

Belajar menamatkan sesuatu mengajar kita tentang disiplin, tentang istiqamah dan tentang tanggungjawab terhadap pilihan kita sendiri. Ia juga mengajar kita bahawa kejayaan sebenar bukan terletak pada siapa yang cepat memulakan, tetapi siapa yang sabar bertahan hingga ke garisan penamat.

Kerana dunia ini bukan milik mereka yang paling berani bermula, tetapi milik mereka yang tahu bagaimana untuk menyempurnakan.

Sumber FB: 3/5/2025

Naim Mazlan
Begin With The End In Mind

VERTIKALKAN HATI DENGAN ZIKIR

Ada orang cari tenang dengan cuti.

Ada yang lari ke pantai, hiking ke gunung, shopping tengah malam, atau duduk sorang-sorang dalam kereta.

Tenang itu dicari — tapi tetap hilang.

Kerana kita hanya mendatar dalam pencarian. Horizontal. Sumbernya di bumi, penyelesaiannya pun di bumi. Kita lari ke manusia, ke suasana, ke benda. Dan akhirnya terperangkap semula dalam gelisah yang sama.

Tapi Al-Quran ajar:
“Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.”
(Surah ar-Ra’d 13:28)

Ini bukan ayat biasa. Ini kunci.

Zikir bukan sekadar sebutan di lidah — tapi pintu naik ke atas. Kita vertikalkan hati. Naik ke langit. Hubungkan roh ke sumber asalnya. Bila hati sudah naik, baru jiwa jadi ringan.

Saintis hari ini pun kata benda yang sama. Kajian neurosains buktikan:

  1. Zikir tenangkan amygdala, pusat stres dalam otak.
  2. Ia aktifkan prefrontal cortex, bahagian kawalan diri dan ketenangan.
  3. Malah zikir ubah gelombang otak ke mod alpha — mod tenang, reflektif.
  4. Otak mula keluarkan hormon dopamin dan serotonin — penenang semula jadi.

Dan semua ini berlaku… bila hati mula berzikir.

Maknanya, spiritual healing yang Quran ajar, sains pun mula akui. Tapi kita tak perlu tunggu makmal untuk percaya.

Cukuplah kita yakin — bila jiwa risau, bukan tambah dunia, tapi tambah zikir.


Cari tenang bukan dengan lari ke luar — tapi naikkan hati ke langit.

Vertikalkan rasa. Biarkan zikir menjadi suara yang membetulkan degup hati.

Dan bila hati sudah tenang, dunia pun terasa damai ikut serta. Dalam serba kepayahan dan kemelut yang ada.

Zikir bukanlah escapism atau cara nak mengelak dari masalah yang ada. Namun ia adalah solusi untuk kembali punca segalanya iaitu Allah yang mencipta, yang mengetahui, yang menyusun dan memberi panduan. Dia bagi ujian, dia juga ada penyelesaian.

Didoakan untuk sahabat semua tetap diberi ketenangan dalam serba cabaran yang ada hingga masuk syurga.

Sumber FB : Ustaz Fazrul Ismail, 3/5/2025