Bagaimana Solat Mempengaruhi Keseluruhan Hidup Kita?

Solat bukan sekadar ibadah. Solat itu nadi kehidupan kita. Solat bukan hanya tentang patuh kepada perintah, tapi tentang membina hubungan dengan Allah. Hubungan antara seorang hamba dan Tuhannya.

Bila seseorang jaga solat, seluruh hidupnya akan berubah. Sebab apa? Sebab solat bukan hanya mencuci dosa tapi SOLAT itu menyusun kembali hati yang kusut berserabut.

Setiap kali sujud, kita sebenarnya sedang meletakkan ego, tekanan, luka dan beban dunia di tanah. Dan saat dahi menyentuh sejadah, itulah detik kita benar-benar menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, lemah dan sangat memerlukan.

Solat adalah waktu istimewa yang Allah berikan untuk kita ‘berhenti sekejap dari dunia’.

Saat dunia menolak kita, solat membuka ruang untuk kita.

Saat manusia tidak memahami diri kita, solat menjadi tempat kita meluah segalanya.

SOLAT adalah ruang pertemuan di mana seorang hamba yang hina diizinkan menghadap Tuhan Yang Maha Tinggi tanpa perantaraan, tanpa halangan dan tanpa perlu menunggu giliran.

Lima kali sehari Allah beri kita peluang untuk kembali pulang. Tapi sejauh mana kita hadir dengan hati?

Solat mengubah cara kita berfikir. Orang yang menjaga solat, dia akan mula berfikir dengan cara yang berbeza sebab setiap kali dia berdiri dalam solat, dia sedang berhadapan dengan realiti sebenar bahawa dia hanyalah hamba dan Allah adalah Pemilik segala yang dia miliki.

Hati yang selalu kembali kepada Allah akan terbiasa melihat dunia dengan mata akhirat. Dia tidak mudah dikuasai amarah. Dia tidak mudah mengikut perasaan sebab dia tahu, sebentar lagi dia akan kembali sujud dan di saat itu, dia perlu membawa hati yang bersih untuk berjumpa Allah Ta’ala.

Solat melatih kita untuk sentiasa berhenti sebelum melampaui batas. Solat mengajar kita menilai sebelum bertindak, menimbang sebelum berkata sebab kita tahu, hidup ini bukan untuk buat sesuka hati. Hidup ini ada Tuhan yang memerhati. Solat sentiasa menjadi peringatan kepada diri.

Berapa ramai yang hidupnya nampak bahagia tapi hatinya kosong?

Solat ialah tempat jiwa kembali bernafas. Solat adalah ruang di mana kita tidak perlu berpura-pura kuat. Di hadapan manusia, kita mungkin sembunyikan kesedihan tapi di hadapan Allah—kita boleh lepaskan semuanya.
Air mata. Rasa takut. Harapan. Kekecewaan. Semuanya.

Dan Allah tidak pernah bosan mendengar. Dia tidak pernah menolak tangisan hamba-Nya. Dalam setiap sujud, Dia menanti.

Orang yang menjaga solat hatinya lebih tenang. Bukan sebab kehidupan dia mudah tapi sebab dia tahu ke mana dia harus pergi bila hidup terasa susah.

Solat membentuk akhlak dan menundukkan nafsu. Kalau hati dijaga dalam solat, lidah pun akan dijaga. Kalau tubuh tunduk ketika rukuk, ego akan lebih tunduk dalam kehidupan.

Kalau dahi yang mulia boleh menyentuh tanah kerana Allah ketika bersujud, maka tak layaklah hati itu bersikap sombong terhadap manusia lain.

Solat yang sebenar bukan hanya melatih gerakan tapi membentuk hati. Solat tidak berhenti pada salam. Solat terus hidup dalam akhlak selepasnya. Solat bukan hanya untuk menyucikan dosa tapi menyucikan perangai dan akhlak kita.

Sebab itu Allah berfirman:
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Al-‘Ankabut: 45)

Kalau kita masih ringan lidah mencela, mudah tangan menyakitkan dan ringan kaki menuju maksiat, kita perlu bertanya pada diri sendiri:
“Solatku ini, adakah aku lakukan dengan hati?”

Solat tempat kita berlindung, bukan sekadar tempat memohon. Solat bukan hanya tempat kita minta rezeki, minta jodoh, minta syurga tapi SOLAT juga tempat kita tenang bersama Tuhan yang faham semua isi hati kita.

Kadang, kita tak tahu apa nak minta. Kita cuma sedsr yang kita penat. Maka sujudlah. Tak perlu kata apa-apa. Cukup hanya dengan sujud. Allah faham, bahkan apa yang ada dalam diam kita pun, Allah Maha Memahami.

Itulah indahnya SOLAT.
Allah akan menyambut kita, tanpa pernah jemu.

Tapi apa yang terjadi bila solat mula ditinggalkan?

Bila solat tidak lagi dijaga, kita sebenarnya sedang melepaskan pegangan hidup kita satu demi satu. Hati jadi gelisah tanpa sebab. Dosa jadi ringan. Mudah melakukan dosa. Maruah diri mula hilang. Jiwa mula kosong.
Segalanya jadi tidak tenang, walaupun hidup nampak “ok” di mata orang.

Bila solat ditinggalkan, hubungan kita dengan Allah semakin jauh.
Bila hubungan kita jadi semakin jauh dari Allah Ta’ala, hidup kita mula terasa berat sebab kita cuba harungi dunia tanpa bergantung kepada Tuhan. Itulah beban yang terlalu besar untuk ditanggung.

Solat bukan untuk orang yang baik atau orang alim agama. Jangan rasa perlu jadi baik dulu baru mula solat. Jangan tunggu hati bersih baru nak bersujud.

Solatlah…
walaupun kita sedang bergelut dengan dosa.

Solatlah…
walaupun kita belum kuat untuk tinggalkan maksiat.

Bermula dari solat itulah datangnya kekuatan untuk berubah. Allah tidak suruh kita jadi sempurna. Allah cuma mahu kita kembali. Allah akan sambut siapa pun yang pulang walau dalam keadaan paling berdosa sekali pun.

Solat bukan beban, solat itu hadiah. Solat adalah kasih sayang Allah kepada kita. Solat adalah panggilan cinta lima kali sehari untuk kita berhenti, mengadap, dan kembali. Solat bukan tekanan tapi SOLAT itu kelegaan. Solat bukan beban tapi SOLAT itu penyembuhan.

Bila kita benar-benar jaga solat, kita sedang jaga keseluruhan hidup kita. Sebab kehidupan yang ada Allah di dalamnya itu adalah HIDUP yang paling cukup walau apa pun yang hilang di dunia.

.

seketoi sha🧸
kawan Facebook awak.

Prasangka buruk ku di bayar tunai… Peringatan Allah kepada ku….

Suatu hari, di Masjidil Haram, setelah habis menyelesaikan tawaf, saya segera ketepi mencari tempat strategik yang berhadapan betul-betul dengan Multazam untuk berdoa

Saya menemukan tempat yang kebetulan kosong di hadapan Kaabah. Lalu saya bersimpuh dan memanjatkan doa sambil menunggu waktu Subuh menjelang

Saat itulah saya melihat seorang lelaki hitam legam dari benua Afrika datang dan langsung mengambil tempat di sisi kanan

Terlintas dalam hati, “Dengan potongan perawakan dan tampan seperti ini, lelaki kulit hitam ini biasanya orangnya kasar yang tidak berpendidikan”

Lalu sebagaimana kebiasaan di masjid ketika duduk bersebelahan dalam satu jamaah, saya menghulurkan salam kepadanya

Tiba-tiba dia bertanya dalam bahasa Inggeris yang bagus sekali tentang asal saya

“Saya dari Nigeria, kamu dari mana?” Saya jawab, saya berasal dari Malaysia

“Kenapa orang Malaysia suka sekali berusaha mencium batu Hajar Aswad?” tanyanya memulai percakapan

“Mungkin kerana cinta. Kaabah adalah rumah Allah, dan Hajar Aswad adalah batu yang pernah dicium Rasulullah (s.a.w). Maka mencium Hajar Aswad adalah refleksi cinta orang Malaysia terhadap Allah dan RasulNya”, jawab saya secara ringkas

“Apakah orang Malaysia juga bertingkah laku seperti itu terhadap cinta Allah yang dianugerahkan kepada mereka?” tanyanya

“Maksud anda? Cinta Allah seperti apa yang dianugerahkan kepada kami?”, jawab saya dengan bingung

Lalu lelaki berkulit hitam itu menjawab, “Jika Allah menganugerahkan kalian isteri, anak-anak dan orang tua yang masih hidup, itulah wujud cinta Allah kepada kalian.”

“Pertanyaan saya”, katanya, “Apakah orang-orang Malaysia, berusaha dengan keras dan gigih mencurahkan kasih sayang terhadap anak, isteri dan orang tua mereka yang masih hidup yang diamanahkan Allah sebagaimana mereka berusaha mencium Hajar Aswad?”

“Jika terhadap batu saja refleksi cinta kalian begitu dahsyat, lebih lagi terhadap makhluk Allah yang telah diamanahkan kepada kalian?”, tegasnya lagi

Saya tercengang, hilang akal dan tak mampu berkata-kata lagi

Apalagi saat ia bercerita bahawa ia menyelesaikan PhD nya di Harvard University, USA, kemudian ditawar pekerjaan dan jawatan tinggi di sana, namun memilih untuk pulang membesarkan anak-anaknya yang 6 orang, agar mampu menjadi Muslim yang baik

Maka hancurlah semua persangkaan saya terhadap orang ini. Allah membayarnya terus secara tunai saat itu juga

Setelah solat Subuh, sebelum berpisah, dia memberi nasihat yang sampai saat ini masih teringat di kepala saya

“Kejayaan haji atau umrah kita, mabrur atau tidaknya, dinilai bukan pada saat kita menyelesaikan perbuatan-perbuatan haji atau umrah, seperti tawaf atau bahkan mencium Hajar Aswad, namun dinilai pada saat kita kembali”

“Apakah kita mampu menunaikan amanah-amanah, anugerah-anugerah, cinta dan kasih sayang Allah kepada kita dengan bersungguh-sungguh, bersusah payah, mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita cintai, pekerjaan dan masyarakat”

Saya genggam tangannya, saya memeluknya dengan erat dan menyampaikan rasa terima kasih yang mendalam

Saat dia pergi dan hilang di antara kerumunan orang, saya faham, inilah cara Allah menegur saya dan menyampaikan makna mencium Hajar Aswad

Saudara saudariku tercinta

Semoga Allah selalu menjaga hati dan fikiran kita agar selalu lembut dan jernih, hingga dapat menangkap pesan-pesan Ilahiyah yang sangat halus

~Copy n paste

credit : penulis asal — at Ka’bah Baitullah – Masjidil Haram, Mekah Al Mukarramah.

Kelebihan Surah Al-WaqiahMenjemput Rezeki Dan Memudahkan Urusan

  1. Sujud syukur sebanyak-banyaknya. Pagi ni hujan turun renyai-renyai. Kami tak keluar briskwalk. Hanya naik treadmil sahaja. Tetapi sebelum naik treadmil, kami sama-sama membaca Surah Al Waqiah, Surah Al Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir, Selawat Tafrijjiyah dan Selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam Al-Quran. Antara surah yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah Surah Al-Waqiah.
  2. Surah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan seluruh manusia sejagat. Bagi anda yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut anda tahu.

Insya’Allah dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah ini, kehidupan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mari kita renungi sedikit sebanyak kelebihan Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita.

  1. Pertama , Beroleh Pelbagai Kesenangan
    Khasiat Surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izin-Nya anda akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya.
    Apabila anda kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah anda tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit. Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa anda. Kebanyakan orang meletakkan kefahaman mereka bahawa rezeki itu hanya berbentuk harta dan wang ringgit namun mereka silap kerana maksud rezeki itu luas. Ramai yang tidak menyedari bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat. Inilah kelebihan surah Al-Waqiah yang melimpahkan rezeki anda.
  2. Kedua, Dijauhkan Dari Kemiskinan
    Apabila seorang muslim itu mula mengamalkan Surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
    Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya.

Tahukah anda, Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

  1. Ketiga, Dikurniakan Kekayaan Yang Melimpah Ruah. Dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.
    Walaupun begitu, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insya’Allah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.
  2. Keempat, Ditunaikan hajat dengan segera
    Sesetengah orang berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seorang muslim itu harus mengamalkan Surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Sebahagian ulamak pula berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.

  1. Kelima, Menjadi Seorang Yang Lebih Bersyukur
    Percaya tak, sekiranya anda sering mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa.
    Untuk terus menjadi seseorang yang sentiasa bersyukur, anda harus mempraktikkan Surah Al-Waqiah untuk mengelakkan diri dari menjadi seorang yang takbur apabila telah dikurniakan kekayaan yang tidak terhingga.
    Amalkan membacanya sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak, Insya’Allah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi dan bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.
  2. Keenam, Menjauhkan Sifat Sombong, Riak dan Bongkak
    Kelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Anda akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, anda juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia.
    Apabila tiada sifat riak atau bongkak yang lahir di jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Mereka sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.
  3. Ketujuh, Menjadikan Raut Wajah Lebih Berseri- membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Anda akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, anda juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia.
    Apabila tiada sifat riak atau bongkak yang lahir di jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Mereka sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.

10.,Kelapan, Menjadikan Raut Wajah Lebih Berseri-seri. Berwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan mengamalkan Surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang.
Selain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah Surah Al-Fatihah sekali dengan Surah Qursi dan juga Surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut.
Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, Insya’Allah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.

  1. Kesembilan, Menjadi Mukmin Yang Sejati, Lebih Kuat serta Lebih Mendekatkan Diri kepada Allah. Untuk menjadi yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, Surah Al-Waqiah juga menjadikan asbab untuk anda berubah. Anda harus mempunyai tekad dan iktikad untuk lebih konsisten.
    Petua Syeikh Abi’l Abbas, untuk Surah Al-Waqiah, terlebih dahulu anda perlu berpuasa selama 7 hari dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Membuka puasa hanya dengan makanan yang tidak bernyawa seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.
    Dalam 7 hari itu, setelah selesai solat fardhu, hendaklah membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali manakala pada hari terakhir berpuasa iaitu pada malam Jumaat, bacalah Surah Al-Waqiah ini sebanyak 125 kali kemudian disusuli dengan selawat sebanyak 1000 kali.

Dengan melaksanakan amalan ini sebagai rutin harian, secara tidak langsung anda dapat mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menjadikan anda mukmin yang lebih sejati dan bersifat sufi. Anda boleh jadikannya sebagai amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt.

  1. Kesepuluh, Permudahkan Orang Sakit Atau Bersalin. Surah Al-Waqiah ini juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak. Kelebihan surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak dan lebih menderita.
    Apabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan.
  2. Itulah dia kelebihan Surah Al-Waqiah menjemput rezeki dan memudahkan urusan. Jelaslah bahawa Surah Al-Waqiah mempunyai pelbagai khasiat dan fadhilat yang ramai tidak tahu. Jika ada masa, bukalah Al-Quran dan hayatilah maksudnya.
    Jika anda baca dari hati, perasaan sayu pasti timbul selain dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita dan memudahkan urusan kita.
    Perancangan Allah itu hebat, jadi jangan pernah kita putus asa. Jadikan amalan membaca Surah Al-Waqiah ini sebagai suatu tabiat atau rutin harian dan hati mesti ikhlas kerana Allah saat membacanya.

Sumber FB: Faridah Mohd Ali