Ramai diantara kita yang memilki masalah masing-masing. Bersabarlah dengan ujian dunia kerana ia bukan tempat yang kekal abadi. Sedih, pilu dan gembira adalah perasaan yang akan saling silih berganti namun ke semua itu memerlukan ketenangan tatkala ketenangan itu berkait dengan hubungan kita dengan Tuhan. Semakin jauh kita dengan Tuhan maka semakin jauhlah diri kita dengan ketenangan kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Kita perlu bersandar kepada Allah SWT atas apa jua perkara, kerana apabila kita meletakkan kesandaran kita kepada yang Maha Hebat, maka segala apa yang mendatangi/mengancam kita akan dirasai kecil.

Perkara yang mula-mula kita perlu buat di saat kita terasasar dari landasan hidup adalah ISTIGHFAR , rapat diri kita dengan solat, kita mesti zikir kerana dengan berzikir itu kita akan rasa Allah dekat dengan kita. Semangat kita perlu dibina dengan meminta nasihat kepada orang-orang soleh yang berilmu tatkala kita juga perlu banyak bermuhasabah diri.

Cukuplah dosa-dosa lalu yang telah kita banyak lakukan dan sudah-sudahlah dengan keingkaran yang telah kita harungi. Sedarilah yang kita masih ada ruang untuk melakukan perubahan dan bersegeralah kerana penyesalah terbesar bagi Ahli Neraka adalah kerana mereka melewatkan bertaubat.

~MRJ