Hartanya mungkin berkurangan secara zahir kerana telah disedekahkan, tetapi di akhirat, Allah SWT menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda, bahkan ratusan ribu ganda.
Orang yg melakukan sesuatu amalan kebaikan dengan tujuan untuk dilihat atau dipuji oleh orang lain, bukan kerana Allah SWT, hartanya juga habis kerana telah disedekahkan. Namun, tujuan utamanya telah tercapai iaitu mendapat pujian atau perhatian manusia, akibatnya amalan sedekahnya tidak diterima oleh Allah SWT kerana niatnya yang tidak ikhlas. Oleh itu, dia tidak akan mendapat pahala dari sedekah tersebut.
Peliharalah niat. Kukuhkan niat sebelum beramal, ketika beramal dan setelah beramal. Jangan sampai ia dirosakkan oleh syaitan.
Sumber FB : Mohd Salleh