SUNNAH DI DALAM AMALAN SEHARIAN. SUNNAH TIDAK HANYA PADA IBADAH TETAPI TERMASUK JUGA PADA AKHLAK & ADAB

Sunnah harian yang nampak remeh tetapi nilainya besar…

1) Memberi salam kepada muslim yang dijumpai serta berjabat tangan.

2) Berwajah manis dan senyum ketika berbicara.

3) Mendahulukan sesuatu disebelah kanan dan melepaskan sesuatu disebelah kiri, misalnya pakai baju/selipar mendahulukan disebelah kanan, melepaskan pakaian/selipar dgn mendahulukan disebelah kiri.

4) Tidak berkata yang sia-sia melainkan kata-kata yang menyenangkan dan bermanfaat.

5) Memulai sesuatu dengan mengucapkan “BISMILLAH” (bacaan pendek).

6) Menutup mulut ketika ketawa dan menguap.

7) Mengucapkan “Alhamdulillah” setelah bersin.

8) Menziarahi orang sakit (bukan hanya sekadar bertanya khabar melalui whatsapp).

9) Tidak meninggi suara pada orang tua dan suami.

10) Tidak memotong percakapan orang yang sedang bercakap.

11) Tidak bersendawa dan kentut bila ada orang lain disamping.

12) Menepati janji.

Belajarlah jadi manusia yang baik dan disenangi. Jangan disebabkan perbezaan pandangan dah fahaman lalu bermusuhan dan saling membenci. Salinglah mendoakan, menasihati dan berpesan-pesan kepada kebaikan.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~MRJ

Nak Ubah Hidup? Jangan Cari Semangat, Cari Tabiat

Ramai percaya hidup berubah bila kita ada semangat yang kuat, tapi hakikatnya semangat cepat padam. Yang benar-benar ubah hidup kita ialah tabiat kecil yang diulang setiap hari

πŸ‘‰ 1. Tabiat lebih kuat daripada semangat.
Bila sesuatu dah jadi rutin, ia berlaku tanpa perlu dipaksa. Sama macam gosok gigi tak perlu fikir panjang, tangan kita sendiri bergerak.

πŸ‘‰ 2. Bina sistem, bukan sekadar matlamat.
Matlamat β€œnak kurus 10kg” nampak besar dan menakutkan. Tapi bila kita tukar kepada sistem β€œjalan kaki 10 minit setiap pagi,” perjalanan jadi lebih ringan, dan hasilnya tetap sampai.

πŸ‘‰ 3. Kuasa 1%.
Perubahan kecil pun berharga. Kurangkan satu sudu gula, tambah lima minit berjalan, lebihkan segelas air kosong jika konsisten, ia mampu bawa perubahan besar.

πŸ‘‰ 4. Tabiat baru atas tabiat lama.
Selepas gosok gigi, baca satu muka surat buku. Selepas solat Subuh, minum segelas air. Rutin lama jadi jambatan untuk bina rutin baru.

πŸ‘‰ 5. Bentuk persekitaran.
Nak berhenti jajan? Jangan simpan di rumah. Nak rajin membaca? Letakkan buku di atas bantal. Hidup jadi lebih mudah bila suasana sekeliling menyokong kita.

πŸ‘‰ 6. Mudahkan langkah pertama.
Letak pakaian sukan siap-siap malam tadi. Isi botol air dan letak di meja. Lagi mudah nak mula, lagi tinggi peluang untuk kekal.

πŸ‘‰ 7. Jangan putuskan rantai.
Setiap kali berjaya buat tabiat baik, tandakan di kalendar. Lama-lama anda akan rasa sayang nak putuskan rentetan itu..
#
πŸ‘‰ 8. Gagal sekali bukan gagal selamanya.
Terlepas sehari bukan bermakna hancur semua usaha. Yang penting, sambung semula esok. Ingat perubahan itu maraton, bukan larian pecut.
.

Kesimpulannya , Jangan tunggu semangat datang baru nak mula, sebab semangat selalu hilang bila kita penat. Mulakan dengan tabiat kecil langkah 1%, konsisten setiap hari.

Hari ini mungkin nampak kecil, tapi esok tabiat itulah yang akan bawa anda ke tempat yang tak pernah anda sangka mampu capai.

PublicHealthMalaysia #fblifestyle