Kenapa kita kena istiqomah dengan bersedekah?
- Ada pintu khusus di dalam syurga bagi orang yang suka bersedekah.
- Amalan sedekah antara 7 amalan yang mendapat naungan di yaumul mahsyar kelak.
- Sedekah memadamkan kemurkaan Allah dan menjadi penyelamat dari bakaran neraka.
- Sedekah dapat menyembuhkan penyakit.
Sehinggakan Allah SWT beritahu dalam al-Quran, (dalil dikomen) apabila seseorang itu dimatikan, dia merayu kepada Allah supaya dihidupkan sebentar sahaja (minta tangguh sekejap) agar dia dapat melakukan sedekah… Allahu Akbar. Dia bukan minta nak solat, bukan minta nak zikir, bukan minta nak puasa tapi dia minta nak sedekah….betapa dasyatnya amalan sedekah ni.
Justeru, saya menasihati rakan-rakan fb yang saya kasihi semua, bersedekahlah at least seminggu sekali, demi untuk kesenangan dan keselamatan kita selepas mati nanti. Bersedekahlah ke mana-mana sahaja channel yang anda yakini asalkan kita bersedekah. Untuk jaga istiqomah tetapkan hari jumaat untuk bersedakah.
Walaupun tidak ada dalil khusus yang menetapkan hari-hari tertentu untuk bersedekah, namun hari jumaat tetap hari yang baik untuk kita beramal. Berdasarkan kefahaman umum tentang kemuliaan hari dan ia adalah penghulu segala hari.
Semoga kita menjadi hamba Allah SWT yang beruntung. Semoga para pembaca diberi taufiq dan hidayah untuk berinfaq. Ingatlah kematian itu anytime jangan menunda-nunda untuk berbuat kebaikan.
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI DAN BANYAKKAN BERSELAWAT.
~MRJ