Demo tak kenal BARE?

Takpe. Ramai memang tak kenal.
Sebab lepas kemalangan, kita selalu tengok benda yang nampak saja. Calar. Luka. Bengkak. Motor rosak. Kereta kemek.
Yang tak nampak ni orang selalu buat biasa.

Otak.

Kemalangan yang ada hentakan kepala kadang-kadang tak bagi amaran kuat. Tak semestinya pengsan. Tak semestinya berdarah.
Tapi dalam kepala, boleh jadi ada gegaran yang buat fungsi otak jadi “lain macam”. Kalau lambat sedar, kesan dia boleh panjang.

Sebab tu ingat satu perkataan ini: BARE.

B – Blur
Pandangan kabur, nampak berbayang, susah fokus, rasa “mata tak steady” walaupun luar nampak ok.

A – Asyik pening
Sakit kepala yang tak biasa. Berdenyut. Makin lama makin rasa berat. Ada yang rasa macam dunia senget.

R – Rasa nak muntah
Loya, mual, tekak rasa tak sedap, atau sampai muntah. Ini bukan semata-mata sebab panik. Ini boleh jadi signal kepala terkesan.

E – Emosi pelik
Tiba-tiba cepat marah, mudah sedih, keliru, lambat tangkap, mengantuk luar biasa, rasa “macam bukan diri sendiri”. Ramai malu nak cerita part ni, tapi ini antara yang paling penting.

Ini realiti yang ramai tak nak dengar:
Concussion tak perlu pengsan untuk jadi bahaya.
Ada orang nampak normal, tapi dalam kepala dia tengah “bergelut” senyap-senyap.

Kalau lepas kemalangan anda ada mana-mana tanda BARE, buat 3 benda ini:

  1. Jangan sambung ride/drive dulu
  2. Jangan duduk sorang (bagitahu ahli keluarga atau kawan)
  3. Dapatkan penilaian kesihatan jika simptom tak reda, makin teruk, muntah berulang, jadi keliru, atau mengantuk pelik

Dan satu lagi, jangan lupa: helmet pun boleh rosak dalam diam.
Nampak cantik, nampak elok, tapi struktur dalam yang serap hentakan mungkin dah lemah. Kepala kita bukan tempat untuk “try nasib”.

Demo tak kenal BARE, tak mengapa.
Yang bahaya bila BARE dah ada, tapi kita masih kata, “Aku ok je.”

Tolong share pada orang rumah, geng motor, kawan office. Satu hari nanti, ini mungkin selamatkan seseorang.

Sumber FB : Public Health Malaysia

INSYAA ALLAH HARI ISNIN KITA AKAN MASUK 1 REJAB 1447H

Dua hari lagi kita akan masuk pada bulan Rejab.

Banyak berlegar-legar dimedia sosial hadith-hadith dhoif & palsu berkenaan kelebihan mengingatkan tentang 1 Rejab, fadhilat-fadhilat khusus beramal di bulan Rejab hatta fadhilat tersebut seolah-oleh melebihi kelebihan beramal di bulan Ramadhan dan Dzulhijjah.

Walaupun tidak dinafikan ada terdapat hadith-hadith yang menyebut tentang kelebihan tertentu pada bulan Rejab, namun hampir kesemua hadith-hadith tersebut memiliki kecacatan di dalam periwayatan dan dinyatakan oleh fuquha (ahli fekah) serta muhadithin sebagai hadith-hadith yang mungkar (dhoif yang terlalu lemah).

Antara para ilmuan yang menyangkal tentang wujudnya hadith-hadith berkenaan fadhilat khusus beramal dibulan Rejab adalah Imam Ahmad, Ibnul Qayyim, dalam (Al Manar Al Munif) , Syaikh Sayyid Sabiq (pengarang kitab fikih sunnah), Syaikh Sholih Al Munajjid hafizhohullah (dalam Fatwa Al Islam Sual wal Jawab).

Tidak ada puasa sunat khusus yang disunnahkan sempena 1 Rejab. Namun secara kebetulan 1 rejab jatuh pada hari ISNIN, maka silakanlah berpuasa sunat Isnin. Tidak boleh berpuasa penuh di bulan Rejab. Juga tidak ada anjuran AMALAH KHUSUS samada zikir khusus, bacaan yasin, berkenaan beramal pada malam 1 Rejab.

Dari sujud fakta ilmu, Bulan Rejab termasuk di dalam EMPAT ‘bulan-bulan haram’ selain Dzulkaedah, Dzulhijah, dan Muharam. Maksud bulan-bulan haram adalah bulan yang diharamkan (dilarang) berperang, bulan yang dilarang keras untuk melakukan segala bentuk kezholiman, dosa dan maksiat. Walaupun semua bulan diharamkan melakukan dosa dan maksiat, namun kezholiman, dosa dan maksiat yang dilakukan pada ke empat-empat bulan tersebut akan diberatkan iaitu dalam erti kata yang lain kemurkaan Allah SWT melebihi dari melakukan dosa dari bulan-bulan yang lain.

Kehidupan Nabi ﷺ adalah Dakwah & Jihad. Justeru pada bulan-bulan haram inilah Nabi ﷺ memanfaatkan masa untuk banyak melakukan puasa sunat, seperti isnin khamis , yaumul bidh NAMUN…baginda ﷺ tidak pernah melakukan puasa sebulan penuh dibulan rejab malah baginda melarang melakukan sedemikian kerana puasa sebulan penuh hanya untuk ramadhan sahaja.

KESIMPULAN :

Rejab adalah bulan yang Allah SWT muliakan selain Dzulkaedah, Dzulhijah, dan Muharam. Beramal pada bulan-bulan haram ini akan mendapat pahala yang melebihi dari bulan-bulan yang lain.

Pada bulan rejab ni kita dianjurkan agar perhebatkan amal ibadah sepanjang 30 hari seperti memperbanyakkan puasa sunat, memberi makan kepada orang yang berpuasa, bersedekah, membaca al quran, berzikir, duduk dalam majlis ilmu, bantu fakir miskin, ziarah orang sakit serta meperbanyakkkan solat-solat sunat.

Tidak ada amalan khusus pada bulan Rejab, justeru itu janganlah kita mengkhususkan hari-hari tertentu atau mengada-adakan kaifiyat amalan-amalan tertentu seperti yasinan , majlis tahlilan sempena rejab, solat atau doa khusus pada malam rejab atau puasa khusus sempena menyambut 1 Rejab.

ISTIQOMAH ZIKIR PETANG.

Sumber FB : ~MRJ

Dalam hidup ini, kita tidak disuruh membuat semua orang suka kepada kita. Sebaik apa pun diri kita, mesti akan ada orang yang tidak suka dengan kita. Justeru, fokuslah hanya kepada apa yang Allah suka.Dalam pesanan Siti Aisyah kepada Mu’awiyah:مَنْ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنْ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ”Siapa yang mencari rida Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkannya daripada urusan manusia. Siapa yang mencari rida manusia dalam kemurkaan Allah, Allah akan serahkan urusannya kepada manusia.” (Sunan al-Tirmizi).

Sumber FB : Dr Muhammad Nor

UTM Open Day