UNTUK WANITA…

.
Tahukah anda dengan perkataan “flex” atau “flexing”?

Ia bermaksud tindakan menunjuk-nunjuk atau mempamerkan kekayaan, status, pencapaian, atau barang mewah untuk menarik perhatian dan kaguman orang lain.

Sebenarnya ianya adalah agak ketinggalan zaman. Wanita dewasa yang bijaksana dan matang serta bermaruah tidak lagi memilih untuk menunjuk-nunjuk harga barangan yang mereka beli, kereta baru, di mana mereka “shopping”.

“Flexing is outdated in 2026”!
(Menunjuk-nunjuk (flexing) sudah ketinggalan zaman pada tahun 2026.)
Melainkan jika anda ingin berkongsi fungsi barang atau faedah serta tips yang bermanfaat.

Kematangan pengguna media sosial lebih sukakan konten yang asli (authentic) dan bermanfaat berbanding mempamerkan harta dan kemewahan semata-mata. Orang yang betul-betul kaya atau berjaya sekarang lebih memilih untuk menjaga privasi (“stealth wealth”) demi keselamatan dan ketenangan.

Wanita dewasa tidak perlu “try hard” untuk pamerkan itu semua…

.
Berikut adalah sikap yang boleh kita amalkan agar tidak mempamerkan harga barang:

  1. Kesedaran Diri:

Sedar bahawa pameran harga barang mahal boleh menimbulkan rasa tidak selesa pada orang lain dan fokus pada nilai sebenar barang, bukan jenama atau harga. Sedar bahawa orang lain punya kemampuan lebih tinggi namun tidak pula pernah pamerkan apa yang mereka beli. Sedar bahawa segala yang kita miliki boleh hilang dalam masa satu saat jika Allah menginginkan. Sedar bahawa ada banyak orang susah dan tidak mampu membeli makanan apa lagi barangan. Harus ada rasa malu untuk menunjuk. Tingkatkan rasa rendah diri.

.

  1. Fokus pada fungsi, faedah, bukan penampilan. Utamakan barang yang berkualiti dan berfungsi baik, bukan sekadar yang paling mahal atau trendy. Anda tahu bahawa fesyen bergerak dengan sangat pantas. Anda tahu, tidak semua orang yang sangat kaya pakai barangan mahal. Mereka berbelanja dengan sangat bijaksana.

.

  1. Kurangkan kongsi di media sosial. Elakkan daripada kerap berkongsi gambar atau video barang baru dengan harga yang jelas, terutama barang mewah. Sungguh ia tidak mendatangkan faedah. Anda lihat banyak wanita bijak akan jawab “saya lupa berapa harga dia”. Kerana sebenarnya pada zaman yang serba moden ini semua orang boleh tahu harga dan jenama barangan dengan satu klik sahaja.

.

  1. Kongsi pengalaman ada sesuatu yang sangat baik, tetapi bukan harga. Jika mahu berkongsi, fokus pada pengalaman menggunakan barang tersebut (contoh: “Kasut ini jujurnya sangat selesa untuk kaki saya yang jenis lebar. Selesa sangat pakai kasut ni untuk jalan jauh!”) daripada harga atau jenamanya. Perkongsian begini mendatangkan faedah.

.

  1. Wanita yang berilmu akan berbelanja serta melabur (membeli barangan yang mendatangkan faedah) dengan bijaksana.

.
sumber FB : Dzuriasikim Dzulkefli

UTM Open Day