Minggu lepas Ustaz dengar kisah kematian anak Tuan Syukri, penerbit program TV3. Anaknya Danish.
Danish baru berusia 24 tahun.
Kematiannya mengejut.
Satu hari balik ke rumah. Dia mengadu sakit dalam perut dan dibawa ke hospital kemudian meninggal di Hospital. Begitu mudah dia pergi.
Bila dia meninggal dunia dalam usia muda, mestilah ibu ayah akan terasa sangat kehilangan dan sedih yang melampau.
Apa berlaku tuan puan?
Kisah Danish ni, ketika jenazahnya berada di rumah, rumah itu dipenuhi dengan kucing.
Banyak kucing datang.
Hairan juga ibu ayah dan orang yang datang.
Ramai orang bercerita tentang kebaikan anak ini.
Pakcik tua bercerita, budak ni baik hormat orang tua.
Jumpa tegur, salam dan hormat pakcik.
Sedangkan ayahnya tak rapat dengan anaknya.
Dia pun tak tahu anaknya ni wataknya sangat baik.
Masa solat jenazah pun ramai.
Yang seronoknya pasal banyaknya kucing datang tadi.
Rupa-rupanya orang taman cerita, Danish selalu beri makan pada kucing-kucing ni.
Kalau kucing sakit dia rawatnya.
Jiwanya halus.
Mungkin disebabkan ini, Allah sayang pada dia.
Wallahu’alam.
Jiwanya sangat halus dan juga sangat pemurah.
Satu hari, adik dia balik ke rumah.
Adiknya mengadu biliknya panas tak ada aircond.
Ayahnya cerita, ketika itu gaji dia baru RM1700.
Dia terus belikan aircond pasang untuk adiknya.
Jarang jumpa abang atau adik beradik yang tak berkira macam ni.
Padahal masa tu dia baru bekerja.
Kawan-kawan di tempat kerja pun bercerita tentang kebaikan Danish ni.
Jemaah surau dan masjid semua puji kebaikan dia.
Sampai ke kucing pun bersedih dengan kematian dia!
Sebab itu ada kata-kata dari Saidina Ali,
“Jadilah orang baik. Orang baik bila ada dia disayangi. Bila dia tiada, dia dirindui. Bila dia mati, dia ditangisi.”
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia (dan makhluk lain).”
(Hadis sahih – riwayat Ahmad)
Mak dia cakap, tak tahu berapa banyak kucing datang rumah waktu tu tanpa bising tanpa bunyi apa. Renung je jenazah seolah-olah rasa sedih dan sebagai penghormatan terakhir atas kematian Danish.
Allahuakbar.
Berkali-kali ayahnya sebut, saya tak tahu apa kebaikan anak saya.
Jadi jom pujuk hati kita, JADILAH ORANG YANG BAIK.
Kadang-kadang kebaikan seseorang, kebaikan anak kita, kebaikan sesiapa kita tak tahu. Kita ayah sibuk bekerja. Ibu kadang sibuk urus rumahtangga. Kita tak tahu anak kita buat apa.
Jadi kita jangan judgmental orang.
Sentiasa bersangka baik sebab kita tak tahu hebatnya dia di sisi Allah.
Kerana di sisi Allah, yang dinilai bukan sejauh mana kita dikenali di dunia, tetapi berapa banyak makhluk yang pernah merasa kebaikan kita!
DISCLAIMER : Ilustrasi janaan AI ini digunakan bagi tujuan penghayatan dan refleksi, bukan untuk menggambarkan individu sebenar.
