Ada seorang hamba Allah singgah ke rumah saya.Niatnya — solat, tumpang tandas.Dia sahabat saya, juga anak murid saya.

Sambil berbual, dia kata sesuatu yang buat saya terdiam seketika.
Katanya, dia terinspirasi dengan perubahan hidup saya.
Dulu nampak biasa-biasa, sekarang Allah tunjukkan perubahan yang besar dalam hidup saya — katanya “180 darjah”.

Lalu dia bertanya,

“Macam mana nak berjaya macam Ustaz sekarang?”

Saya senyum,

Saya jawab jujur, saya bukan orang hebat. Saya pun banyak kurang.

Cuma satu perkara yang saya perasan sepanjang hidup ini:

Allah sangat memudahkan jalan, walaupun dugaan datang bertubi-tubi.
Saya muhasabah, saya tanya diri sendiri…
Apa yang buatkan Allah permudahkan?

Saya dapati, ada tiga perkara yang saya pegang kuat sejak dulu, dan ia sudah jadi sebati dengan hidup saya.

1️⃣ Menjaga ibu dan isteri — sampai rasa bersalah kalau terkurang,
Saya rasa sangat bersalah kalau saya berkira-kira dengan mak saya dan isteri saya. Walau sesempit mana pun hidup, walau duit tak banyak, saya akan cuba juga penuhi keperluan dan impian mak saya.

Kadang-kadang mak tak minta apa-apa.
Tapi saya yang rasa bersalah kalau tak tanya, “Mak nak apa-apa lagi tak?”

Sebelum balik ke bandar, saya pastikan semuanya siap untuk mak.
Saya nak mak selesa, saya nak mak tenang. Kalau mak ada masalah, hati saya jadi gelisah.

Kalau hari raya, saya akan fikir macam mana nak buat sesuatu supaya mak betul-betul gembira.

Bagi saya, redha Allah sangat rapat dengan redha ibu.
Dan ketenangan rumah tangga datang bila kita jaga isteri dengan ikhlas.

2️⃣ Tiada hasad, tiada dengki, tiada buka aib orang.

Saya tak pernah simpan hasad pada orang, walaupun orang itu pesaing saya dalam bidang pengajian Al-Quran atau tarannum. Kalau saya nampak orang berjaya, saya akan kagum.

Saya akan fikir:
Apa yang dia buat sampai dia boleh sampai ke tahap itu?
Lalu saya tiru usaha dia, bukan dengki dengan kejayaan dia. Saya tak suka memburukkan orang. Walaupun bersembang dengan kawan, saya elak cerita aib orang. Kalau seseorang pernah buat salah dengan saya sekalipun,
saya simpan sendiri. Saya tak cerita pada orang lain. Kalau perbualan mula menyentuh aib orang, saya akan tukar topik.

Saya percaya,
Allah tutup aib kita kerana kita jaga aib orang lain.

3️⃣ Ilmu — kunci sebenar kejayaan

Kalau nak berjaya dalam bisnes, kena ada ilmu bisnes.
Kalau nak berjaya dalam tarannum, kena ada ilmu tarannum.

Tak boleh bila tengok orang berjaya, kita pilih jalan mudah — dengki, maki, jatuhkan reputasi orang di media sosial.

Itu bukan jalan kejayaan.
Kalau kita kalah, kita tambah ilmu.
Kalau kita lemah, kita belajar.
Kalau kita tertinggal, kita perbaiki diri.
Sebab itu saya percaya pada pendidikan.
Sebab itu saya bangunkan UFL sebagai pusat pengajian tarannum — tempat orang menadah ilmu, bukan tempat menjatuhkan orang lain.

Itulah tiga perkara yang saya pegang kuat:

  • Jaga ibu dan isteri
  • Bersihkan hati daripada hasad dan aib orang
  • Kejar kejayaan dengan ilmu, bukan dengki

Saya bukan sempurna.
Saya pun banyak kekurangan.
Tapi mungkin, itulah cara Allah permudahkan jalan hidup saya,
hingga ke tahap saya berada hari ini. Setiap orang ada jalan masing-masing.

Ini jalan saya.
Moga Allah terus membimbing kita semua. 🤍

Sumber FB : Ustaz Fahmy Legacy

Declutter bukan buang kenangan. Kita cuma buang serabut yang diam diam buat kepala rasa penat, walaupun kita tak sedar.

Kalau nak mula, mula dengan 5 benda yang paling selalu jadi penghuni tetap rumah

  1. Kabel telefon & wayar elektronik rosak
    Selalunya kita simpan sebab rasa sayang atau takut “mana tahu perlu nanti”.
  2. Baju lebih setahun tak dipakai
    Kalau setahun berlalu tanpa disentuh, besar kemungkinan ia tak lagi sesuai dengan keperluan, saiz atau gaya hidup kita sekarang. Simpan terlalu banyak baju lama selalunya buat almari penuh, tapi kita tetap rasa “tak ada baju nak pakai”.
  3. Kasut yang tapak dah lekang atau kulit terkopek
    Kita selalu tangguh buang sebab masih boleh pakai, tapi sebenarnya dah tak boleh baiki. Kita pun dah beli kasut lain
  4. Bekas plastik yatim piatu (tanpa penutup)
    Bekas tanpa penutup jarang digunakan, cuma ambil ruang kabinet. Lama lama, dapur jadi serabut walaupun jumlah barang tak bertambah.
  5. Door gift & bunga telur lama berhabuk
    Ia ada nilai kenangan, tapi bila dibiarkan berhabuk dan tak berfungsi, kenangan itu sendiri jadi beban visual. Kenangan sebenar tak hilang walaupun barang dilepaskan.
    .

Declutter bukan tentang membuang semua.
Ia tentang memilih apa yang masih membantu hidup kita hari ini, dan berani lepaskan yang sudah selesai peranan

Owh ya, lakukan senyap senyap sebelum mak tahu dan simpan semula dalam kabinet

Sumber FB : Public Health Malaysia

UTM Open Day