Ampuhnya Doa Orang Alim

Sebagai penjawat awam, kita perlu belajar dan mahir memahami politik ofis.

Apabila seseorang naik dengan cepat, pasti akan ada yang dengki, tidak berpuas hati, dan berusaha menariknya ke bawah.

Begitulah perangai ketam Me.layu. Biar sama-sama tidak naik, asalkan semua kelihatan setara dan kononnya harmoni.

Mereka yang lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam akan faham bahawa kenaikan pangkat selalunya lebih bergantung kepada siapa yang kita kenal, bukan semata-mata apa yang kita tahu.

Apabila sudah berjaya duduk di kerusi yang empuk, gunakanlah apa juga kabel yang ada supaya tidak ditarik keluar, kecuali untuk naik pangkat. Kerana kerusi yang selesa pasti ramai yang mengintai.

Begitulah situasi saya ketika itu. Saya sudah lama berada di satu jawatan yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemahiran saya. Saya menjadi ketua kepada sebuah unit kecil, tetapi peranannya amat penting.

Sebelum itu, sepanjang perkhidmatan, saya telah dipindahkan ke lebih sepuluh pejabat dan berkhidmat di bawah hampir dua puluh ketua jabatan. Namun di jawatan tersebut, saya akhirnya menemui ketenangan bekerja.

Selama lima belas tahun, saya berjaya bertahan dan menepis pelbagai usaha untuk menarik saya keluar, hasil bantuan kabel yang besar.

“En Din dah lama sangat duduk situ. About time to move,” kata seorang pegawai perpindahan di Pejabat Pengurusan Jabatan.

Saya hanya tersenyum setiap kali terserempak dengannya di Ibu Pejabat, tanpa memberi sebarang reaksi.

Kabel besar masih melindungi saya.

Namun, selepas lima belas tahun, D-Day akhirnya tiba. Saya menerima surat pertukaran mengejut daripada Pengarah Pengurusan untuk berpindah ke Ibu Pejabat secara lateral.

Dalam surat tersebut, seperti biasa, saya diberikan masa seminggu untuk menyiapkan nota serah tugas dan mengemas pejabat.

Saya dimaklumkan bahawa seorang pegawai telah menggunakan kabel yang lebih tinggi untuk menarik saya keluar kerana beliau berminat dengan jawatan yang saya sandang.

Dalam perkhidmatan kerajaan, seseorang yang mempunyai kabel memang mampu melakukan hampir apa sahaja, kecuali apabila ada kabel yang lebih besar ‘memVETO’ keputusan tersebut.

Saya benar-benar tergamam kerana berasa amat selesa dan tenang bekerja di situ, jauh daripada kerenah pegawai Ibu Pejabat yang sering mengganggu tumpuan kerja.

Lebih memeritkan, surat pertukaran itu ditandatangani oleh bos nombor dua Jabatan.

Saya menemui beliau untuk membuat rayuan, namun rayuan itu ditolak mentah-mentah.

Mahu atau tidak, saya terpaksa akur untuk berpindah ke Ibu Pejabat.

Hati saya semakin tersentuh apabila pegawai yang bakal menggantikan saya menelefon dan meminta tips mengenai tugas serta jawatan yang bakal diambil alih.

Orang kata, mereka yang sedang lemas akan berpaut pada apa sahaja, walaupun sebatang jerami yang hanyut.

Begitulah keadaan saya ketika itu, apabila seorang staf memberi satu cadangan.

“Haji Din, apa kata Haji buat solat hajat. Lebih baik lagi kalau ditambah dengan solat hajat orang alim,” katanya.

“InsyaAllah saya memang buat solat hajat, tetapi adakah kamu kenal sesiapa orang alim yang boleh kita minta tolong,” balas saya.

“Ada seorang alim di kampung saya. Saya perasan ramai orang kampung datang meminta pertolongan beliau.”

Staf ini memang mempunyai rangkaian kenalan yang luas dan mengenali ramai orang alim.

“Baiklah, usahakan untuk berjumpa dengan orang alim itu. Minta beliau buat solat hajat dan doa agar saya tidak dipindahkan,” kata saya.

Dalam hati, saya tahu peluangnya sangat tipis. Saya hanya ada beberapa hari lagi, dan saya sedar saya sedang berharap kepada sesuatu yang hampir mustahil. Namun sebagai orang yang lemas, apa lagi pilihan yang ada.

Staf tersebut menghubungi rakannya dan mereka berjumpa dengan orang alim itu untuk menceritakan keadaan sebenar.

“Pakcik sendiri pernah buat solat hajat supaya anak pakcik dapat berpindah balik ke kampung, tetapi tidak dimakbulkan. Namun insyaAllah pakcik akan cuba bantu rakan tuan. Mana tahu masih ada rezekinya di situ,” kata orang alim tersebut.

Beliau adalah seorang imam di sebuah masjid di sebuah kampung kecil.

Sehari selepas pertemuan itu, tiada apa-apa yang luar biasa berlaku.

Hati saya semakin sayu memikirkan perpindahan yang hampir pasti.

Dua hari sebelum tarikh pertukaran, seorang lelaki yang tidak saya kenali datang ke pejabat untuk melawat rakannya, seorang jurutera di bawah pengawasan saya.

Kami diperkenalkan. Apabila beliau melihat kotak-kotak di pejabat, beliau bertanya. Saya memaklumkan bahawa itu hari-hari terakhir saya kerana bakal berpindah.

“Tuan, mahu tak saya tolong batalkan surat pertukaran tuan,” katanya tiba-tiba.

“Bagaimana tuan boleh buat begitu sedangkan tuan orang luar,” balas saya, agak terkejut.

“Saya kenal rapat bos nombor satu. Malam ini saya ada makan malam dengannya. Saya akan cuba minta beliau batalkan pertukaran tuan,” katanya yakin.

Ringkas cerita, keesokan harinya, pertukaran saya dibatalkan oleh bos nombor satu.

Sehingga hari ini, fikiran saya masih tertanya-tanya bagaimana solat hajat dan doa orang alim itu boleh membawa kepada pembatalan pertukaran saya, tanpa sebarang sebab yang jelas.

Mengapa dua hari sebelum tarikh pertukaran, muncul seorang insan misteri yang saya tidak kenal menawarkan bantuan?

Adakah semua ini sekadar kebetulan?

Wallahua’lam.

Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar
FB: zainuddin omar

  • saya masih terngiang kisah cerita ini.

PANDUAN SOLAT SUNAT FAJAR BUAT FOLLOWER BARU. INI ADALAH AMALAN RINGAN, NAMUN PAHALANYA CUKUP-CUKUP BESAR. KUATKAN DIRIMU AGAR ISTIQOMAH.

APAKAH SOLAT SUNAT FAJAR?

Ia juga dipanggil sebagai solat sunat qabliah subuh atau solat sunat subuh.

Apa maksud fajar? Terbitnya cahaya yang berupa benang-benang putih dilangit menandakan masuknya waktu subuh.

SYARATNYA?
Mesti masuk waktu subuh (di dalam waktu subuh) dilakukan selepas azan.

CARANYA?
2 rakaat seperti solat subuh tanpa perlu membaca qunut.

a. Rakaat pertama (Al Fatihah & Al-Kafirun)
b. Rakaat kedua (Al Fatihah & Al-Ikhlas)

Selesai mengerjakan dua rakaat solat sunat fajar ini baharulah kita mengerjakan solat fardhu subuh.

Lafadz niat?
Sekadar melahirkan rasa di dalam hati tanpa perlu dilafadzkan, (sahaja aku solat sunat fajar kerana Allah)

Kalau lewat bangun jam 6.30 boleh lagikah utk lakukan solat sunat fajar? Ya boleh selagi waktu subuh masih ada dan sempat sebelum terbit matahari, maka buatlah solat sunat fajar.

Jika datang masjid lalu muazzin telah mengundangkan iqomah bagaimana (tak sempat buat lagi)? Solat sunat fajar ini boleh di qadha sebaik selepas mengerjakan solat fardhu subuh.

Kepentingan Solat Fajar?
Walaupun ia tidak wajibkan namun penekanan pada solat sunat fajar ini seolah-oleh sama penting seperti solat wajib (fardhu). Ia sangat ditekankan sehinggakan Nabi ﷺ melakukannya walaupun di dalam safar atau berada di medan jihad atau dalam keadaan uzur sekalipun.

Ganjaran?
Allah SWT nak beri sesuatu yang lebih baik nilainya dari dunia dan seluruh isinya. (HR Al- Bukhori)

Justeru, meninggalkan solat sunat fajar adalah satu kerugian yang tak terperi

~Sumber FB : MRJ

UTM Open Day