ALLAH berfirman dalam Surah Al-Insyiqaq ayat ke 6,
يٰٓاَيُّهَا الْاِنْسَانُ اِنَّكَ كَادِحٌ اِلٰى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيْهِۚ
“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).”
Semua kita ni ada penat masing-masing.
“Saya hanya penguatkuasa sahaja.”
Penat cara penguatkuasa.
“Saya orang biasa, suri rumah saja.”
Siapa kata suri rumah tak penat?
“Saya hanya seorang isteri saja.”
Siapa kata isteri tak penat?
Semua orang ada kepenatan masing-masing yang kadang-kadang orang tengok kita selesa dan bahagia bahkan orang nampak kita ni macam tak ada masalah. Tapi sebenarnya kitalah yang sedang penat tanpa kita tunjuk di hadapan orang lain. Kerana kita wanita ni adalah orang yang paling pandai berpura-pura. Kita nak orang tengok kita bahagia. Sebab itu di media sosial kita tak tunjuk muka serebeh tengah menangis. Kita tak tunjuk kita yang paling terluka. Kita tunjuk di media sosial semua yang baik-baik sahaja. Kita tangkap gambar pegang tangan suami, upload di media sosial nak tunjuk suami kitalah yang paling baik. Seolah-olah kitalah yang paling bahagia.
……
Hari ini komunikasi keluarga sudah hilang dimakan oleh handphone.
Dulu orang bimbang anak main handphone.
Sekarang?
Anak bimbang mak paling banyak main handphone.
“Ustazah, saya tak boleh tidur malam.”
“Kenapa? Insomnia ke?”
“Tak. Malam tadi dok tengok TikTok. Lepas satu-satu.”
TikTok ni dah makan masa rehat kita.
TikTok dah makan masa tidur kita.
TikTok dah makan masa solat kita.
Handphone dah makan rasa syukur kita kepada ALLAH SWT.
Kita tengok orang pergi berjalan, kita kata seronoknya. Kita tak pernah pergi lagi. Kita kata kita tak pernah pun dapat macam tu lagi. Kita tak sedar handphone telah menghilangkan rasa syukur.
Handphone hari ini dah makan banyak benda. Hilang komunikasi dalam keluarga.
Nak masuk tahun baru, antara yang patut kita buat salah satunya adalah pausekan seketika, kurangkan bermedia sosial dan kurangkan memegang handphone di tangan kita.
Yang makin smart, handphone.
Yang kejut kita bangun pagi, handphone.
Yang pertama kita lihat lepas bangun tidur, handphone.
Dok dalam majlis ilmu , pun kita tengok handphone.
Maka azam tahun baru kita, kurangkan sedikit.
Kita bukan nak ambil tahu hal orang tapi kadang-kadang kita disibukkan dengan kisah orang kerana handphone di tangan.
Berkata Jalaluddin Rumi,
“Jangan biarkan orang jahat menjahatkan kita.”
Kita ni bukan jahat pun, bukan nak mengata kat orang pun. Tapi bila dah dok tengok dalam media sosial, kita sakit hati. Kerana kita tengok orang dok komen mengata-ngata, kita pun sama naik mengata kat orang.
Jaga-jaga!
Tahun depan kita mulakan dengan azam kurangkan memegang handphone. Sebab bila masuk tahun baru bertambahnya umur kita, yang kita nak adalah ketenangan.
Tenang yang S-A-K-I-N-A-H.
…..
S = Serahkan apa yang kita tak mampu tanggung kepada ALLAH.
Serahkan yang macam mana?
Kita jaga ALLAH, ALLAH jaga kita.
Maknanya tahun baru , upgrade solat.
Siapa yang biasa solat lambat, mulakan solat di awal waktu.
Siapa yang tak baca Al-Quran, start tahun baru tolong jangan tunggu Ramadhan baru nak mula baca Al-Quran.
Mula daripada sekarang bulan Rejab untuk kita target Ramadhan kali ni dua kali kita khatam Al-Quran.
…
A = Akui diri kita lemah.
Mesti ada solat yang melelehkan airmata kita.
“Ya ALLAH, aku ni lemah wahai ALLAH.”
Akui diri lemah!
Bangun Tahajjud dan mengaku pada ALLAH yang diri kita lemah.
“Ya ALLAH, sepanjang tahun 2025 tak ada pun solat aku di awal waktu. Aku lemah, Ya ALLAH.”
“Ya ALLAH, di tahun 2025 ni aku tak dapat pun sedekah capai target yang aku inginkan. Aku lemah, Ya ALLAH.”
“Ya ALLAH, 2025 mulut aku jahat. Banyak sangat bercakap tentang orang. Aku lemah, Ya ALLAH.”
Akui kelemahan diri kita.
…
K = Kembali menjadi versi yang terbaik diri kita.
Ingat tak kita waktu dulu kecil-kecil, orang buat apa pun, kita tak rasa sakit hati pun. Mak pulas telinga kita, tapi kepada mak lah kita kembali peluk mak semula.
Tapi kenapa kita tak sabar sekarang?
Kenapa kita tak boleh nak terima?
Kenapa kita tak boleh nak redho?
Sebab terlalu banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kita.
Maka ajaklah diri kita menjadi versi terbaik.
Orang nak kata apa pada kita, biarlah orang kata apa pun. Yang penting kita buat yang terbaik dan serahkan kepada ALLAH.
Menjadi versi terbaik pada diri kita, orang akan judge kita. Orang lain nak kata apa, biarkan mereka.
…
I = Ikhlas dalam memberi dan menerima.
“Ya ALLAH, aku ikhlas menerima apa yang KAU beri.”
Inilah redho.
Redho ni bermaksud dah tiada bantahan,
“Mengapa mesti aku?”
Mulut dah tak mempersoalkan. Itu tanda redho.
Kalau masih mempersoalkan dan masih protes lagi, itu tandanya masih belum redho dan masih belum ikhlas lagi pada kehidupan yang sedang kita tempuh.
Ikhlas memberi dan ikhlas menerima, ALLAH tak pernah tidur dari melihatnya.
Ikhlas pada apa yang ALLAH beri, ALLAH akan tambah pada apa yang kita syukuri.
…
N = Nikmati apa yang kita ada.
Tahun depan azam kita terima apa yang kita ada. Syukur apa yang kita ada.
“Alhamdulillah. ALLAH bagi kesihatan yang baik.”
“Alhamdulillah, aku ada anak.”
“Alhamdulillah, aku ada suami.”
…
A = Atur keutamaan diri.
Orang perempuan ni semua benda dia nak buat. Dia buat kadang-kadang yang bukan tanggungjawab dia .
Jadi mulai tahun depan, aturkan ikut keutamaan.
Mana satu untuk dunia, mana satu untuk Akhirat. Mana satu untuk keluarga, mana satu untuk kita bahagia.
Atur mengikut keutamaannya.
…
H = Hidupkan harapan dalam diri.
Beri diri ruang untuk rasa bahagia. Beri diri peluang untuk membuktikan diri kita masih boleh buat apa yang kita ingini. Hidupkan harapan dalam diri kerana akhirnya you are the best adviser to your life.
[Tazkirah dari Ustazah Nazirah Abu Bakar live dari PICC]
Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّ
yusnizayaziz
9 Rejab 1447H
30 Disember 2025
